AADK Daerah Alor Gajah

AADK Daerah Alor Gajah LAMAN FACEBOOK RASMI AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH ALOR GAJAH

29/05/2026

KESIDANG 29 Mei - Remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan selepas dia disyaki membekalkan rokok elektronik mengandungi dadah 'v**e mushro

29/05/2026

Masa depan kita dipertaruhkan! Jangan biarkan musibah dadah sintetik merosakkan keharmonian kejiranan anda.

Anda mempunyai kuasa untuk memilih. Setiap ahli komuniti perlu bijak menilai. ‘Adakah kita memilih manfaat, atau musibah?’ Keputusan anda hari ini menentukan kualiti hidup kita esok.

Tunjukkan semangat perpaduan! Jadilah pemimpin dalam komuniti anda dengan meningkatkan Kesedaran dan Pengetahuan. Dapatkan fakta sahih dari sumber rasmi AADK, kerana ilmu adalah pelindung terbaik rezeki dan keluarga kita.

Kita lindungi Komuniti, kita jaga Rezeki. Mari kita buktikan kita adalah komuniti yang kuat!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



29/05/2026

Daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai Allah SWT daripada menumpahkan darah (sembelihan korban)."
(Riwayat al-Tirmidzi: 1493)

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati makna pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang menjadi teras ibadah korban.

Aidiladha mendidik kita tentang nilai pengorbanan yang tulus, keinsafan dalam kehidupan serta kepentingan membantu dan menyantuni sesama insan.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan

28/05/2026
28/05/2026

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merekodkan hampir 15,000 tangkapan membabitkan kes penagihan dan penyalahgunaan dadah di seluruh negara sehingga Mei lalu.

28/05/2026
Zaman berubah, trend pun berubah. 🚨 Kalau dulu penyalahgunaan bahan terlarang lebih banyak berlaku secara bersemuka, har...
28/05/2026

Zaman berubah, trend pun berubah. 🚨

Kalau dulu penyalahgunaan bahan terlarang lebih banyak berlaku secara bersemuka, hari ini semuanya boleh berlaku di hujung jari, lebih pantas, lebih sukar dikesan dan lebih membimbangkan.

Infografik ini menunjukkan bagaimana trend penagihan berubah mengikut zaman, termasuk cara mendapatkan bahan,dengan hanya berhubung di media sosial, remaja boleh mendapatkan bahan-bahan terlarang tanpa perlu mengenali siapa si penjual.

Perubahan trend ini menuntut ibu bapa, guru dan komuniti untuk lebih peka terhadap tanda-tanda awal penyalahgunaan bahan terlarang. Dadah bukan lagi isu lapuk, tetapi ancaman bahaya yang semakin kompleks.

AADK Kuala Langat menyeru semua lapisan masyarakat bersama-sama ambil peranan membendung gejala ini sebelum terlambat.

Address

MP944 Jalan MELAKA PERDANA 1, TAMAN MELAKA PERDANA
Alor Gajah
78000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
14:45 - 17:00

Telephone

+6065561235

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Alor Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share