15/01/2026
Operasi Pasukan Khas Hazmat & CBRNe Negeri Melaka Membantu PDRM di dalam kes penemuan sebutir bom lama Unexploded Ordnance (UXO).
Tarikh : 15 Januari 2026
Lokasi : Bemban, Melaka
*TINDAKAN OPERASI*
Setibanya PKO BBP Jasin Bestari dan Pasukan Hazmat & CBRNe didapati benar terdapat penemuan sebutir bom lama atau dikenali sebagai Unexploded Ordnance (UXO) jenis Aerial Shellbomb dengan kapasiti 500 lbs (226 kg). Semua pasukan tindakbalas mendapatkan taklimat dari PDRM dan memberi pandangan teknikal bagi operasi pemusnahan bom yang dilaksanakan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Melaka. Tindakan awal adalah membuat Pengurusan dan Kawalan Tempat Kejadian dimana menetap dan membuat isolation perimeter sejauh 800 meter dari bom berkenaan pada setiap sudut. PKO BBP Jasin Bestari membuat peletakan jentera juga sejauh 800 meter (staging) dengan membuat dua aliran, dua dividing breaching, dan empat nozzle 200 kaki serta memastikan hos bertekanan air. Semua pasukan JBPM memilih untuk menggunakan PPE Level D (Structural Fire Fighting Suit) dan berlindung di dalam jentera pada jarak 800 meter juga sehingga letupan dilaksanakan. Setelah letupan dibuat, PDRM memberi kebenaran kepada pasukan Hazmat & CBRNe untuk membuat pengawasan, pengesanan dan pengenalpastian suhu dan gas beracun di lokasi kejadian menggunakan beberapa alat seperti 4 Gas Meter, Gas Analyser Gasmet GT5000, Chemical Agent Detector AP4C, dan Thermal Imaging Camera. Komander Hazmat & CBRNe menetapkan penggunaan Level D juga sebagai perlundungan kepada risiko kebakaran. Hasil pengukuran mendapati terdapat sedikit bacaan pada Methane, Ethanol, Isopropanol dan Methanol di bawah paras bahaya namun selepas pengukuran semul dilaksanakan, gas-gas berkenaan telah tiada dikesan. Penilaian Komander Hazmat mendapati gas-gas ini kebanyakannya jenis mudah terbakar dan terhasil selepas bom diletupkan dan semuany bersifat lebih ringan dari udara. Komander Hazmat & CBRNe telah menggarahkan penyediaan nyahcemar jenis Emergency Decontamination menggunakan satu aliran hos 200 kaki satu nozzle. Bagi penamatan operasi, PDRM mengumumkan operasi tamat seterusnya Komander Hazmat & CBRNe memanggil semua anggota untuk membuat Incident Debriefing sebelum pengemasan peralatan. Setelah selesai, semua anggota bertolak balik ke balai
Peranan bomba ketika kes melibatkan ancaman bom
- menasihatkan perimeter selamat (hazard control zone)
- memadam kebakaran
- menyelamatkan nyawa
- membuat pengesan kewujudan Toxic Industrial Chemical (TIC) dan Chemical Warfare Agents (CWA)
- menubuhkan koridor nyahcemar