Klinik Kesihatan Rembia

Klinik Kesihatan Rembia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Kesihatan Rembia, KLINIK KESIHATAN REMBIA, Alor Gajah.

Bagaimana Berjalan 10,000 Langkah Membantu Kesihatan?Berjalan 10,000 langkah sehari boleh membantu mengurangkan risiko p...
11/06/2026

Bagaimana Berjalan 10,000 Langkah Membantu Kesihatan?
Berjalan 10,000 langkah sehari boleh membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik seperti:

❤️Penyakit Jantung

Berjalan secara konsisten meningkatkan peredaran darah, mengurangkan kolesterol jahat (LDL), dan mengawal tekanan darah. Ini membantu mengurangkan risiko serangan jantung.

😣Tekanan Darah Tinggi

Aktiviti berjalan membantu melancarkan aliran darah dan menjadikan dinding saluran darah lebih fleksibel, mengurangkan tekanan darah tinggi secara semula jadi.

🤡Diabetes

Berjalan membakar kalori, meningkatkan sensitiviti insulin, dan membantu mengawal kadar gula dalam darah, mengurangkan risiko diabetes jenis 2.

😕Obesiti

Dengan berjalan 10,000 langkah sehari, seseorang boleh membakar lebih banyak kalori dan mengekalkan berat badan yang ideal. Ini juga membantu mengelakkan penyakit berkaitan obesiti seperti apnea tidur dan kolesterol tinggi.

😘Kemurungan

Berjalan membantu merangsang hormon endorfin, yang dikenali sebagai "hormon bahagia". Ini dapat mengurangkan tekanan, kemurungan, dan kebimbangan.

Makan buah secara keseluruhannya (whole fruit) umumnya lebih baik daripada minum jus buah, walaupun kedua-duanya berasal...
11/06/2026

Makan buah secara keseluruhannya (whole fruit) umumnya lebih baik daripada minum jus buah, walaupun kedua-duanya berasal daripada sumber yang sama. Perbezaan utama terletak pada kandungan serat, kesan terhadap gula darah, dan tahap rasa kenyang.

1. Kandungan serat yang lebih tinggi

Apabila anda makan buah, anda mendapat serat semula jadi yang terdapat dalam isi buah. Serat membantu:

Melambatkan penyerapan gula ke dalam darah.
Menyokong kesihatan sistem penghadaman.
Memberikan rasa kenyang lebih lama.

Sebaliknya, kebanyakan jus buah mengandungi sedikit atau tiada serat kerana proses pemerasan atau penapisan membuang sebahagian besar serat tersebut.

2. Kawalan gula darah yang lebih baik

Walaupun buah mengandungi gula semula jadi (fruktosa), serat membantu mengurangkan kadar kenaikan gula darah. Jus buah p**a lebih mudah diminum dalam kuantiti yang banyak dalam masa singkat, menyebabkan pengambilan gula menjadi lebih tinggi.

Contohnya:

Sebiji oren mungkin membuat seseorang berasa kenyang.
Segelas jus oren boleh mengandungi gula daripada 3–4 biji oren, tetapi tidak memberikan rasa kenyang yang sama.

3. Lebih mengenyangkan

Mengunyah buah mengambil masa dan merangsang mekanisme kenyang dalam badan. Jus buah boleh diminum dengan cepat, menyebabkan seseorang mengambil lebih banyak kalori tanpa sedar.

4. Nutrien masih ada, tetapi tidak sama

Jus buah masih mengandungi vitamin dan mineral tertentu seperti vitamin C. Namun, sebahagian nutrien boleh berkurangan semasa pemprosesan, penyimpanan, atau pendedahan kepada udara dan cahaya.

Jadi, kalau ada pilihan, makan buah dulu, jus kemudian. 🍎🥭🍊

Yang benau admin jeles kawan admin baru beli slow juicer..hahhahaa

Orang kolesterol tinggi,jangan fokus turunkan kolestrol nanti akan stress kalau tak turun.CUT TERUS: ❌ Makanan bergoreng...
11/06/2026

Orang kolesterol tinggi,jangan fokus turunkan kolestrol nanti akan stress kalau tak turun.

CUT TERUS:

❌ Makanan bergoreng
❌ Gula & minuman manis
❌ Air berkotak / air berperisa
❌ Kuih, kek, roti manis
❌ Fast food & makanan proses
❌ Minyak sayur proses (canola, soya, sunflower, dsb)

APA PERLU FOKUS:

✅ Jalan laju / joging setiap hari
✅ Makan real food, bukan makanan kilang
✅ Cukup air kosong
✅ Tidur cukup & urus stres
✅ Konsisten — bukan ikut mood

APA BOLEH MAKAN (TERMASUK LEMAK SIHAT):

✔️ Sup bening
✔️ Ikan bakar / kukus
✔️ Ayam bakar / rebus
✔️ Telur
✔️ Sayur hijau
✔️ Buah sederhana (makan, bukan jus)

LEMAK SIHAT — WAJIB AMBIL:

✔️ Habbatussauda
✔️ Minyak zaitun (extra virgin)
✔️ Minyak kelapa / santan sederhana
✔️ Mentega sebenar (terutama grass-fed)
✔️ Ikan berlemak (sardin segar (bukan sardin tin), ikan kembung, salmon)

Kolesterol bukan musuh.

Musuh sebenar: gula + makanan proses + malas bergerak.

Buat betul-betul. Follow betul-betul apa aku tulis ni.

6 bulan lagi pergi test darah — tengok sendiri hasil dia.

P/S : Cut sarapan,cut makan malam.

💪🏼💪🏼
05/06/2026

💪🏼💪🏼

🌟 SELAMAT MAJU JAYA KLINIK KESIHATAN REMBIA!🌟

Seluruh barisan pengurusan dan warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat maju jaya buat rakan-rakan seperjuangan di Klinik Kesihatan Rembia! 🏥✨

Untuk makluman, KK Rembia bakal menduduki Penilaian Akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) pada 16 Jun 2026 ini.

Mari kita sama-sama doakan agar segala persiapan dan urusan penilaian mereka dipermudahkan serta membuahkan hasil yang cemerlang. Kami yakin warga kerja KK Rembia pasti berikan yang terbaik! 💪😊

Klinik Kesihatan Rembia
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

Baru baru ni..geng kesihatan tengah demam 10k cabaran langkah sihat itu saya...ini melibatkan seluruh JKN se Malaysia😯😯 ...
30/05/2026

Baru baru ni..geng kesihatan tengah demam 10k cabaran langkah sihat itu saya...ini melibatkan seluruh JKN se Malaysia😯😯 dan jumlah penyertaan seramai 4234 kump**an...

Melibatkan seramai maksimum 20 orang dalam 1 kump**an dan cabaran berlangsung selama 3bulan nokkkkkk....🫠🫠 Dan Klinik Kesihatan Rembia juga tak ketinggalan menghantar wakil seramai 20 orang bagi mewakili Klinik Kesihatan Rembia...

Semoga team Klinik Kesihatan Rembia dapat berjuang habis habisan dan memberi saingan sihat diantara 1 sama lain sehingga ke akhir garisan...

💪🏼Dr Hakim💪🏼Dr Nadia💪🏼Dr Diana💪🏼Dr Azhar💪🏼Dr Reza💪🏼En Asri💪🏼En Amel💪🏼Ma Nazri💪🏼Ma Adli💪🏼Ma Aibaq💪🏼Ma Zal💪🏼Ppf Amalina💪🏼Mlt Shikin💪🏼PSP Haris💪🏼Kanselor Hafiz💪🏼Matron Hazaifah💪🏼Sr Suhailla💪🏼Sn Anand💪🏼Jm Fauziah💪🏼Po Naemah💪🏼

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada seluruh Team KESRA Klinik Kesihatan Rembia atas komitmen, kerja...
30/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada seluruh Team KESRA Klinik Kesihatan Rembia atas komitmen, kerjasama dan usaha yang telah dicurahkan dalam melaksanakan ibadah korban pada tahun ini bagi mewakili para penama korban.

Ibadah korban bukan sekadar menyembelih haiwan, malah ia merupakan simbol ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan kepada Allah SWT, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. Melalui ibadah yang mulia ini, kita berpeluang berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan, menyemai sifat kasih sayang serta memupuk rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan.

Selain itu, pelaksanaan ibadah korban secara bergotong-royong turut menjadi medan yang mempereratkan ukhuwah dan silaturrahim sesama ahli pasukan serta masyarakat. Semangat kerjasama, saling membantu dan bertolak ansur yang ditunjukkan sepanjang program ini adalah antara nilai-nilai murni yang wajar terus dipupuk dan dikekalkan.

Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh Team KESRA Klinik Kesihatan Rembia diterima sebagai amal soleh, serta dikurniakan keberkatan dan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT. Semoga juga para penama korban menerima keberkatan daripada ibadah yang telah dilaksanakan dan terus diberikan kesihatan, rezeki yang melimpah serta rahmat-Nya.

Tahniah sekali lagi kepada Team KESRA Klinik Kesihatan Rembia. Semoga semangat kebersamaan dan silaturrahim yang terjalin melalui ibadah korban ini terus mekar dan berkekalan.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
“Ibadah Korban, Pengorbanan Diikhlaskan, Ukhuwah Diperkukuhkan.” 🤲🏻✨

Selamat Hari Raya Aidiladha dari Klinik Kesihatan Rembia ♥️
30/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha dari Klinik Kesihatan Rembia ♥️

Selamat Menyambut Hari Jururawat Klinik Kesihatan Rembia 2026♥️Matron Rohaya♥️Matron Hazaifah♥️Matron Azlina♥️Sr Suhaila...
12/05/2026

Selamat Menyambut Hari Jururawat Klinik Kesihatan Rembia 2026

♥️Matron Rohaya♥️Matron Hazaifah♥️Matron Azlina♥️Sr Suhaila♥️Sr Asmah♥️Sn Azimah♥️Sn Atie♥️Sn Aida♥️Sn Munirah♥️Sn Syu♥️Sn Shira♥️Sn Anin♥️Sn Shahida♥️Sn Zuraiza♥️Sn Raihana♥️Jm Vina♥️Jm Azalina♥️Jm Atikah♥️Jm Iezatul♥️Jm Nik♥️Jm Mira♥️Jm Hasfiza♥️Jm Fauziah♥️Jm Mimi♥️

Sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia, KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jururawat atas komitmen, dedikasi serta khidmat bakti yang dicurahkan dalam memperkukuh sistem kesihatan negara.

Kecekalan dan profesionalisme para jururawat dalam memberikan rawatan, sokongan serta penjagaan terbaik kepada masyarakat amat dihargai dan menjadi tunjang penting dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia! ❤️

Keputihan ni sebenarnya normal untuk wanita. F***j memang keluarkan cecair untuk bersihkan dan lindungi diri. Kalau warn...
12/05/2026

Keputihan ni sebenarnya normal untuk wanita. F***j memang keluarkan cecair untuk bersihkan dan lindungi diri. Kalau warna jernih atau putih cair, tak berbau dan tak gatal — biasanya sihat.

Tapi kalau keputihan jadi:

🤢kuning atau hijau,
😷bau kuat,
😘gatal,
🥺pedih,
🤡atau pekat macam susu basi,

itu tanda mungkin ada jangkitan.

Punca biasa jadi tak sihat sebab kawasan terlalu lembap, pakai seluar ketat, sabun wangi, stres, kurang jaga kebersihan atau jangkitan kuman/kulat.

Cara jaga:

✅pakai seluar dalam kapas,
✅jangan guna pencuci wangi,
✅sentiasa keringkan kawasan sulit,
✅minum air cukup,
✅elak tahan pakaian basah lama sangat.

Kalau berbau kuat atau gatal teruk, elok jumpa doktor supaya tahu punca sebenar.

“Jom buat saringan HIV secara anonymous di klinik berdekatan anda.Kalau anda pernah terdedah kepada risiko tinggi, janga...
12/05/2026

“Jom buat saringan HIV secara anonymous di klinik berdekatan anda.
Kalau anda pernah terdedah kepada risiko tinggi, jangan derma darah sebelum membuat ujian.

Menderma darah ketika berisiko tinggi boleh membahayakan penerima darah kerana HIV mungkin belum dapat dikesan pada peringkat awal jangkitan. Ini boleh menyebabkan penularan penyakit kepada orang lain.

Saringan awal membantu anda mendapatkan rawatan lebih cepat, menjaga kesihatan diri dan melindungi orang tersayang.
Jangan takut, jangan malu — ujian HIV adalah sulit, cepat dan penting untuk keselamatan semua.

Jom saring HIV secara anonymous hari ini.”

Address

KLINIK KESIHATAN REMBIA
Alor Gajah
78000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6063161076

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Rembia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share