11/02/2026
Dari Skrin ke Meja: 10 Board Game Hidupkan Budaya Belajar & Berinteraksi di NADI Machang Bubuk
Bukit Mertajam – Pusat Khidmat ADUN Machang Bubuk dengan kerjasama Persatuan Jelajah Aspirasi Malaysia telah menyerahkan 10 set board game kepada Pusat NADI Machang Bubuk sebagai usaha menggalakkan pembelajaran santai dan interaksi bersemuka dalam komuniti.
Antara permainan yang disumbangkan ialah Vagrant Dash, Pasaraya Supermarket Manager, Math Magic 2, Drama Pukul 7, My Rainforest, HR: The Toxic Workplace Game, Ali Baba and the Forty Thieves, Kuih Muih serta permainan antarabangsa pop**ar Rummikub.
Inisiatif ini menawarkan alternatif riadah yang lebih seimbang berbanding permainan dalam talian dan penggunaan telefon pintar berlebihan. Melalui board game, peserta dapat membina pemikiran strategik, kemahiran komunikasi dan semangat kerjasama secara semula jadi dalam suasana santai dan menyeronokkan.
Program dimulakan dengan sesi bimbingan oleh Game Master, sebelum peserta digalakkan menggunakan permainan sebagai medium membina jaringan sosial, aktiviti “ice-breaking” dan pertandingan persahabatan.
Orang ramai daripada semua peringkat umur dijemput hadir ke NADI Machang Bubuk untuk merasai pengalaman ini.
Jom turun ke meja permainan, bina strategi, eratkan silaturahim, dan hidupkan komuniti.
YB Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Edaran Media Pusat Khidmat ADUN Machang Bubuk