09/04/2026
Majlis Sambutan Ulang Tahun Penubuhan ke-53 KETENGAH bakal berlangsung serentak di tiga lokasi dalam wilayah Terengganu Tengah iaitu di Dataran Wisma JKKR, FELDA Jerangau Barat, Ajil, Hulu Terengganu; Pekarangan Sekolah Kebangsaan LKTP Jerangau, Dungun dan Dewan Orang Ramai (DORA), Bandar Seri Bandi, Kemaman.
Sambutan ini mengangkat semangat kebersamaan, menonjolkan keunikan komuniti desa, dan mengeratkan hubungan silaturrahim yang telah lama terjalin.
Ayuh, datang beramai-ramai memeriahkan ulang tahun KETENGAH ke-53! Ingat, temujanji kita pada hari Sabtu ini. Jumpa anda di sana!