22/05/2026
Ucapan Tahniah:
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025
Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG), Jabatan Kerja Raya
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada sembilan (9) orang pegawai dari Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG), Jabatan Kerja Raya Malaysia yang telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2025.
Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan tertinggi jabatan atas dedikasi, integriti, dan usaha yang telah dicurahkan sepanjang tahun. Kecemerlangan anda semua adalah tulang belakang kepada kekuatan dan kestabilan negara.
Pegawai yang menerima APC 2025 adalah seperti berikut:
1.Encik Mohamed Zairol bin Mohamed (Jurutera Awam J10)
2.Encik Abdul Razak bin Abdul Hamid (Jurutera Awam J10)
3.Puan Nur Hafiqah Eliza binti Husain (Jurutera Awam J9)
4.Ir. Nur Hazirah binti Abu Salim (Jurutera Awam J9)
5.Encik Amir Muhsin bin Che Husni (Jurutera Awam J9)
6.Encik Azmi bin Mamat (Penolong Jurutera Awam JA7)
7.Encik Mohd Nazmi bin Abu Bakar (Penolong Jurutera Awam JA5)
8.Puan Natasya Anina binti Fuzli (Penolong Jurutera Awam JA5)
9.Cik Alia Nasuha binti Mohd Saadum (Pembantu Tadbir N1)
"Kecemerlangan bukanlah satu tindakan spontan, ia adalah satu tabiat yang berterusan."
Semoga pengiktirafan ini menjadi penyuntik semangat dan inspirasi kepada seluruh warga CKG JKR Malaysia untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik demi agama, bangsa, dan negara.
Selamat Maju Jaya dan Syabas Sekali Lagi!
*JOM FOLLOW, LIKE, SHARE & TWEET*
Facebook: https://facebook.com/CawanganKejuruteraanGeoteknik
X: https://x.com/CK_Geoteknik
Instagram: https://www.instagram.com/ckgeoteknikJKR_official/
Youtube: https://youtube.com/channel/UCEZ6EoId2y8qTW1SdwxDKiQ
Tiktok: https://www.tiktok.com/