Kelab Mahasiswa Penyokong PAS - Siswa PAS

Kelab Mahasiswa Penyokong PAS - Siswa PAS Facebook Rasmi Kelab Penyokong Mahasiswa PAS (SiswaPAS)

🔰 [ 15 TOKOH PROFIL TINGGI SERTAI PAS ] 🔰Kemasukan 15 tokoh baharu ke dalam PAS membuktikan bahawa perjuangan yang berpr...
15/06/2026

🔰 [ 15 TOKOH PROFIL TINGGI SERTAI PAS ] 🔰

Kemasukan 15 tokoh baharu ke dalam PAS membuktikan bahawa perjuangan yang berprinsip dan konsisten terus mendapat kepercayaan pelbagai lapisan masyarakat.

SiswaPAS Malaysia menyambut baik perkembangan ini dan berharap pengalaman serta kepakaran yang dibawa dapat memperkukuh agenda membina negara yang lebih sejahtera dan berintegriti.

📲 Terus ikuti perkembangan SiswaPAS:-
WhatsApp: https://shorturl.at/LTsQt
Instagram: https://shorturl.at/rk25w
TikTok: https://shorturl.at/lhe06

”MEMIMPIN UMMAH, TERAJUI PERUBAHAN”

SISWAPAS NASIONAL 2026/2027

🔰 [ PARTI WAWASAN : DIMENSI BAHARU POLITIK MALAYSIA ] 🔰SiswaPAS mengambil maklum berhubung penubuhan Parti Wawasan sebag...
14/06/2026

🔰 [ PARTI WAWASAN : DIMENSI BAHARU POLITIK MALAYSIA ] 🔰

SiswaPAS mengambil maklum berhubung penubuhan Parti Wawasan sebagai sebuah wadah politik baharu yang pastinya akan memberi warna tersendiri kepada landskap politik negara.

Penubuhan sesebuah parti politik merupakan hak yang dijamin dalam sistem demokrasi. Namun, persoalan yang lebih utama ialah sejauh mana parti ini mampu menawarkan gagasan, dasar dan perjuangan yang memberi manfaat kepada rakyat serta menyumbang kepada kestabilan negara.

SiswaPAS berpandangan bahawa rakyat berhak menilai setiap perkembangan politik secara matang berdasarkan prinsip, rekod dan hala tuju yang dibawa, bukan sekadar sentimen semata-mata.

Dalam apa jua perubahan yang berlaku, kepentingan rakyat dan masa depan negara mestilah terus menjadi keutamaan.

📲 Terus ikuti perkembangan SiswaPAS:-
WhatsApp: https://shorturl.at/LTsQt
Instagram: https://shorturl.at/rk25w
TikTok: https://shorturl.at/lhe06

”MEMIMPIN UMMAH, TERAJUI PERUBAHAN”

SISWAPAS NASIONAL 2026/2027



14/06/2026

Sapa hadir semalam? Komen sikit

[ PRN JOHOR & NEGERI SEMBILAN: SISWAPAS BERSEDIA MEMBANTU KEMENANGAN PAS ]SiswaPAS Nasional mengambil maklum pengumuman ...
13/06/2026

[ PRN JOHOR & NEGERI SEMBILAN: SISWAPAS BERSEDIA MEMBANTU KEMENANGAN PAS ]

SiswaPAS Nasional mengambil maklum pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan. Pilihan raya ini merupakan medan penting bagi rakyat menentukan hala tuju pentadbiran negeri untuk tahun-tahun mendatang, khususnya ketika rakyat terus berdepan cabaran kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan dan kebajikan masyarakat.

Sehubungan itu, SiswaPAS Nasional menegaskan bahawa seluruh pimpinan dan jentera mahasiswa SiswaPAS di seluruh negara kini berada dalam keadaan siap siaga bagi membantu gerak kerja pilihan raya demi memastikan kemenangan calon-calon PAS dan Perikatan Nasional. SiswaPAS percaya bahawa mahasiswa dan anak muda mempunyai peranan besar dalam mencorakkan keputusan pilihan raya serta menentukan masa depan Johor dan Negeri Sembilan melalui penyertaan aktif dalam proses demokrasi.

Justeru, SiswaPAS Nasional menyeru seluruh mahasiswa dan anak muda agar keluar mengundi, terlibat dalam gerak kerja pilihan raya serta bersama-sama membawa perubahan ke arah sebuah kerajaan negeri yang lebih berintegriti, beramanah dan prihatin terhadap rakyat. Masa depan negeri tidak boleh diserahkan kepada orang lain semata-mata, sebaliknya perlu dipimpin oleh kesedaran dan keberanian generasi muda untuk membuat pilihan yang terbaik demi rakyat dan negara.

Tuan Hazimi Ikhwan
Ketua Jabatan Penerangan Siswa Pas 2026/2027

📲 Terus ikuti perkembangan SiswaPAS:-
`WhatsApp:` https://shorturl.at/LTsQt
`Instagram:` https://shorturl.at/rk25w
`TikTok:` https://shorturl.at/lhe06

”MEMIMPIN UMMAH, TERAJUI PERUBAHAN”

SISWAPAS NASIONAL 2026/2027



[ KEPUTUSAN PAS PUSAT MEMPERKUKUH AGENDA PENYATUAN UMMAH ]Ramai yang bermain dengan spekulasi mengapa PAS sanggup membua...
12/06/2026

[ KEPUTUSAN PAS PUSAT MEMPERKUKUH AGENDA PENYATUAN UMMAH ]

Ramai yang bermain dengan spekulasi mengapa PAS sanggup membuat keputusan yang kelihatan kepentingan sendiri ketika parti berada dalam kedudukan yang semakin kuat. Dengan jumlah Ahli Parlimen yang ramai, menguasai beberapa negeri dan pengaruh yang terus berkembang, PAS sebenarnya boleh memilih untuk kekal dalam keadaan yang lebih baik bersama Parti Bersatu dan PN.

Namun perjuangan PAS tidak pernah berasaskan soal kuasa semata-mata. Prinsip dan matlamat perjuangan Islam sentiasa menjadi keutamaan. Atas dasar itu, keputusan PAS Pusat untuk terus memperkukuh agenda Penyatuan Ummah perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar, iaitu menyatukan kekuatan umat Islam dan orang Melayu demi masa depan negara.

Perkembangan mutakhir juga menunjukkan bahawa retakan dalam Parti Bersatu semakin jelas. Tindakan AJK Siswa Bersatu yang menarik diri dan meletakkan jawatan menjadi isyarat bahawa di peringkat akar umbi wujud ketidakpuasan hati serta perpecahan yang semakin ketara. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan kepada kestabilan dan hala tuju parti tersebut.

Dalam masa yang sama, Bersatu juga sering dilihat menghalang usaha PAS untuk menjalinkan kerjasama yang lebih luas dengan gabungan parti-parti Melayu yang lain. Persoalannya, bagaimana agenda Penyatuan Ummah dapat direalisasikan sepenuhnya jika ruang untuk menyatukan kekuatan politik Melayu-Islam sentiasa dibatasi ?

PAS telah membuktikan sebelum ini bahawa parti ini sanggup mengambil risiko demi mempertahankan prinsip. Ketika bersama Pakatan Rakyat dahulu, PAS memilih mempertahankan dasar perjuangannya walaupun terpaksa melepaskan peluang yang hampir membawa kepada Putrajaya. Menariknya, setiap kali PAS berpegang teguh kepada prinsip, parti ini tidak menjadi lemah, bahkan semakin kuat dan mendapat sokongan yang lebih luas.

Kerana itu, keputusan PAS Pusat hari ini bukanlah soal mengejar keuntungan politik jangka pendek, tetapi usaha memperkukuh agenda yang lebih besar iaitu penyatuan umat. Kuasa boleh datang dan pergi, tetapi prinsip serta matlamat perjuangan tidak boleh diperdagangkan.

Sambungan di ruangan komen.

[ KENYATAAN MEDIA PENGERUSI PERIKATAN NASIONAL ]PN akan terus diurus secara tertib, berprinsip dan berlandaskan perlemba...
11/06/2026

[ KENYATAAN MEDIA PENGERUSI PERIKATAN NASIONAL ]

PN akan terus diurus secara tertib, berprinsip dan berlandaskan perlembagaan.

— YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi Perikatan Nasional

”MEMIMPIN UMMAH, TERAJUI PERUBAHAN”

SISWAPAS NASIONAL 2026/2027



🔰 [ KENYATAAN MEDIA: SISWAPAS MENYOKONG PENUH KEPUTUSAN PAS PUSAT, MENYERU PERKUKUH THIQAH, TAAT DAN WALA’ ] 🔰SiswaPAS m...
09/06/2026

🔰 [ KENYATAAN MEDIA: SISWAPAS MENYOKONG PENUH KEPUTUSAN PAS PUSAT, MENYERU PERKUKUH THIQAH, TAAT DAN WALA’ ] 🔰

SiswaPAS menjunjung tinggi keputusan yang diputuskan melalui saluran syura dan menyeru seluruh ahli agar terus memperkukuh thiqah kepada kepimpinan, taat kepada keputusan jamaah serta memelihara wala’ kepada perjuangan Islam. Bersama kita kukuhkan saf, pelihara kesatuan dan terus istiqamah dalam perjuangan demi ummah dan negara.

📲 Terus ikuti perkembangan SiswaPAS:-
`WhatsApp:` https://shorturl.at/LTsQt
`Instagram:` https://shorturl.at/rk25w
`TikTok:` https://shorturl.at/lhe06

“MEMIMPIN UMMAH, TERAJUI PERUBAHAN”

SISWAPAS NASIONAL 2026/2027


KENYATAAN MEDIA PAS PUSATKERJASAMA POLITIK PAS–BERSATUMesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada har...
08/06/2026

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

KERJASAMA POLITIK PAS–BERSATU

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut:

i. Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;

ii. Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;

iii. Menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU;

iv. Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan

v. Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 22 Zulhijjah 1447 / 8 Jun 2026

https://www.facebook.com/share/p/1CuAbiBBhL/?mibextid=wwXIfr

04/06/2026

🔰 [ ISU NIK ALIF : HENTIKAN BUDAYA VICTIM BLAMING ] 🔰

SiswaPAS kesal terhadap tindakan UMNOSiswa yang dilihat cenderung mempertikaikan dan menyalahkan Saudara Nik Alif dalam isu yang sedang hangat diperkatakan. Ketika mahasiswa daripada pelbagai latar belakang tampil menunjukkan solidariti, masih terdapat pihak yang memilih untuk membentuk persepsi terhadap mangsa sebelum siasatan selesai dijalankan.

Persoalannya bukan mengapa mangsa bersuara, tetapi mengapa masih wujud kecenderungan untuk meragui mangsa sebelum keputusan pihak berkuasa diperoleh. Setiap individu berhak diberikan ruang yang adil untuk didengar dan proses siasatan mesti dihormati tanpa sebarang prejudis.

SiswaPAS menyeru semua pihak agar menghentikan budaya victim blaming serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara bebas, telus dan profesional demi menegakkan keadilan.

🎥 Dapatkan penjelasan penuh dalam video ini.

📲 Terus ikuti perkembangan SiswaPAS:-
`WhatsApp:` https://shorturl.at/LTsQt
`Instagram:` https://shorturl.at/rk25w
`TikTok:` https://shorturl.at/lhe06

“MEMIMPIN UMMAH, TERAJUI PERUBAHAN”

SISWAPAS NASIONAL 2026/2027



🔰 [ KENYATAAN MEDIA || ISU NIK ALIF: MARUAH MAHASISWA DITAMPAR, SISWAPAS BANTAH KERAS TINDAKAN TIDAK BERADAB ] 🔰Mahasisw...
03/06/2026

🔰 [ KENYATAAN MEDIA || ISU NIK ALIF: MARUAH MAHASISWA DITAMPAR, SISWAPAS BANTAH KERAS TINDAKAN TIDAK BERADAB ] 🔰

Mahasiswa bukan hamba kepada mana-mana tokoh, dan maruah mereka bukan sesuatu yang boleh diperlakukan sesuka hati. SiswaPAS mengecam sekeras-kerasnya dakwaan insiden yang menimpa Saudara Nik Alif Aiman serta menuntut siasatan yang telus dan permohonan maaf terbuka sekiranya dakwaan tersebut terbukti benar.

Perbezaan pandangan tidak boleh dijawab dengan kekerasan, dan pengaruh bukan lesen untuk merendahkan sesiapa. Hari ini yang dipertaruhkan bukan sekadar maruah seorang mahasiswa, tetapi prinsip keadilan, adab dan penghormatan terhadap generasi muda yang bakal memimpin negara.

📲 Terus ikuti perkembangan SiswaPAS:-
`WhatsApp:` https://shorturl.at/LTsQt
`Instagram:` https://shorturl.at/rk25w
`TikTok:` https://shorturl.at/lhe06

“MEMIMPIN UMMAH, TERAJUI PERUBAHAN”

SISWAPAS NASIONAL 2026/2027



PertahanMaruahMahasiswa

Address

Thongwa

Telephone

+60326925000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Mahasiswa Penyokong PAS - Siswa PAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Mahasiswa Penyokong PAS - Siswa PAS:

Share