28/05/2026
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION’S EXHIBITION @ KL INTERNATIONAL BOOK FAIR 2026 (PBAKL) 2026
Calling all International students in Malaysia! EMGS is pleased to meet you at the KL International Book Fair or also known as ‘Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (PBAKL)’, to answer your questions on all things and anything related to your study journey in Malaysia.
🗓️ 29th May – 7th June 2026
⏰ 10.00 AM to 10.00 PM
📍 MAPIM Pavilion, Level 2, Dewan Tun Dr Ismail, (WTCKL)
Come bring along friends and family, we look forward to seeing you there!
--
PAMERAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI BERSEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2026
Anda ada pertanyaan mengenai kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) ❓🎓
Atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang peluang biasiswa, pinjaman PTPTN serta pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)❓
Bagi calon yang ingin meneruskan pengajian ke IPT, jangan lepaskan peluang kedua anda melalui permohonan rayuan UPUOnline®️. Dapatkan pelbagai maklumat berkaitan rayuan kemasukan IPT❗🎓
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat yang tepat, panduan berguna dan bantuan yang disediakan di Pameran Kementerian Pendidikan Tinggi bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 seperti ketetapan berikut:
🗓️ 29 Mei - 7 Jun 2026 (Jumaat - Ahad)
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 Pavilion MAPIM, Aras 2, Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Antara perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengunjung yang hadir ke reruai KPT adalah:
✅ Konsultasi Kemasukan Pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, MARA Bahagian Pendidikan Tinggi dan Permohonan Rayuan UPUOnline®️;
✅ Konsultasi Pinjaman/ Bayaran Balik/ Simpan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);
✅ Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL);
✅ Konsultasi Penawaran Biasiswa/ Bantuan Kewangan/ Bayaran Balik Penajaan KPT; dan
✅ Khidmat Pelanggan.
Ayuh warga Lembah Klang dan sekitarnya❗ Dapatkan maklumat berkaitan laluan kemasukan ke IPT, peluang penajaan, pembangunan kerjaya serta pelbagai inisiatif KPT yang dapat menyokong perjalanan akademik dan masa depan anda.
Jumpa anda di sana‼️