09/06/2026
π ππππ¬π¦ππ π£ππ₯ππ¨ππ¨π πππ₯πππ¦ππ π πππ‘πππ‘ ππ’π πππ π π£ππ¦ππ₯ππ‘ ππ¨π₯π¨π π¬ππ‘π ππ‘πππ¨π¦ππ πππ‘ πππ₯πππ¬π π¦πππ‘π
Geneva, Switzerland | 9 Jun 2026
YB Datoβ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi libat urus bersama kepimpinan International Organisation of Employers (IOE) bagi membincangkan usaha memperkukuh pasaran buruh yang inklusif, mampan dan berdaya saing.
Perbincangan memberi fokus kepada cabaran dunia pekerjaan semasa serta usaha mengimbangi pertumbuhan ekonomi, perlindungan pekerja dan kepentingan majikan. YB Menteri turut menegaskan komitmen Kerajaan MADANI dalam melaksanakan dasar perburuhan yang progresif dan seimbang demi memperkukuh kebajikan pekerja serta daya saing negara.
Antara inisiatif yang dikongsikan ialah Akta Pekerja Gig 2025, Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) 2026β2030 serta Skim LINDUNG 24 JAM yang memperluas perlindungan sosial kepada pekerja.
IOE turut menghargai usaha Malaysia dalam memperkukuh standard perburuhan dan menyatakan hasrat untuk memperluas kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pembangunan kemahiran masa hadapan, kecerdasan buatan (AI), transformasi digital serta ekonomi hijau.
Turut hadir YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin bin Umar, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) KESUMA bersama pegawai-pegawai kanan KESUMA dan agensi di bawah kementerian.