15/05/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐
โKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) hari ini menzahirkan komitmen berterusan dalam memperkukuh institusi keluarga sempena sambutan Hari Keluarga Antarabangsa 2026.
โSelaras dengan tema global yang diumumkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu โFamilies, Inequalities and Child Wellbeingโ, tumpuan khusus diberikan kepada usaha mengurangkan jurang sosial dan ekonomi demi menjamin kesejahteraan perkembangan kanak-kanak.
๐๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐๐ญ๐ข๐ ๐๐ญ๐ซ๐๐ญ๐๐ ๐ข๐ค ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐:
โ๐๐๐ฌ๐๐ซ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฎ๐๐ซ๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐: Memperkasakan lima nilai teras utama iaitu Kasih Sayang, Akhlak, Sihat dan Selamat, Berilmu serta Harmoni sebagai identiti Negara Bangsa.
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ฎ๐๐ซ๐ ๐: Pemantapan Kursus Perkahwinan SMARTSTART, Program Keibubapaan Positif, dan Program Pembangunan Remaja.
๐๐ค๐ฌ๐๐ฌ ๐๐ฌ๐ข๐ค๐จ๐ฌ๐จ๐ฌ๐ข๐๐ฅ: Perluasan program remaja KafeTEEN melalui kolaborasi strategik bersama NGO, institusi pendidikan, dan komuniti setempat.
๐๐๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ฌ๐๐ฌ๐ค๐๐ง ๐๐ฎ๐ค๐ญ๐ข:Penganjuran seminar penyelidikan berdasarkan Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia 2025 untuk memandu polisi masa hadapan.
โInstitusi keluarga merupakan asas kepada pembangunan negara yang mampan dan harmoni. Keluarga yang stabil bukan sahaja melahirkan generasi yang berdaya tahan, malah menjadi tunjang kepada nilai sosial yang kukuh.