12/05/2022
Isnin, 2 Mei 2022- Rumah Malaysia Nur-Sultan, Kazakhstan
YBhg Dato' Syed Bakri Mohamad Bakri dan YBhg Datin Sharifah Fadzlina Syed Abdullah telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri buat rakyat Malaysia di Kazakhstan serta sahabat Malaysia yang sudi meraikan hari bahagia ini bersama Keluarga Malaysia.
Majlis ini telah berlangsung dengan sangat meriah serta dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat yang terdiri dari Duta Besar Negara Turki, Korea, Croatia, Labenon, Italy, Indonesia dan beberapa negara lain.
Majlis juga turut dimeriahkan oleh HBS, LRS serta rakyat Malaysia yang bertugas di Kazakhstan berserta keluarga mereka. Tidak ketinggalan juga sahabat-sahabat dari negara tuan rumah turut meraikan hari yang berbahagia ini.
Pelbagai juadah menu raya telah disediakan seperti ketupat, rendang, nasi tomato, ayam masak merah, bihun sup, lontong, kuah kacang serta aneka kuih muih telah dijamu kepada tetamu yang hadir.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.