09/09/2025
8 SEPT 2025: MAJLIS MENANDATANGANI MOA GERAN SEPADAN ANTARA UMK DAN AL BALQA APPLIED UNIVERSITY (BAU)
Telah berlangsung majlis menandatangani MOA bagi 10 projek penyelidikan antara UMK dan Al-Balqa Applied University melibatkan kerjasama penyelidikan bernilai lebih USD 160,000.
Majlis yang telah disempurnakan secara atas talian ini telah dihadiri pengurusan tertinggi universiti masing-masing, di mana UMK diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Arham Bin Abdullah (Naib Canselor) dan BAU diketuai oleh Prof. Dr . Ahmad Fakhry Al-Ajlouni (Presiden).
Hadir dari pihak kedutaan bagi menyaksikan pemeteraian MOA ialah TYT Ambassador Mohamad Nasri Abdul Rahman, dan Prof Madya Dr Radzuwan Ab Rashid, Pengarah EM Jordan.
EM Jordan mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada UMK dan BAU yang telah mengambil bahagian dengan jayanya dalam projek Geran Sepadan Malaysia-Jordan, sebuah projek anjuran EM Jordan di bawah inisiatif pengantarabangsaan penyelidikan.
Education Malaysia Jordan-EMJ
Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi JPT
Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT