Sekretariat Perikatan Nasional DUN Bukit Antarabangsa- RASMI

  • Home
  • India
  • MG Road
  • Sekretariat Perikatan Nasional DUN Bukit Antarabangsa- RASMI

Sekretariat Perikatan Nasional DUN Bukit Antarabangsa- RASMI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekretariat Perikatan Nasional DUN Bukit Antarabangsa- RASMI, Political organisation, B-M-12 Spring Ville, Jalan UP 1/1C Ukay Perdana, MG Road.

PERIKATAN NASIONAL DUN BUKIT ANTARABANGSA melibatkan kerjasama parti POLITIK di DUN Bukit Antarabangsa melibatkan kawasan pilihanraya yang meliputi kawasan Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa serta Kuala Ampang

Persidangan Pewakilan Parti PribumiBersatuAmpangTahun 2021
28/11/2021

Persidangan Pewakilan Parti PribumiBersatuAmpang
Tahun 2021

SEKRETARIAT DUN BUKIT ANTARABANGSA DILANCARKAN DENGAN RASMINYAOleh : Rosilawati YahyaAMPANG : Sekretariat Perikatan Nasi...
07/03/2021

SEKRETARIAT DUN BUKIT ANTARABANGSA DILANCARKAN DENGAN RASMINYA

Oleh : Rosilawati Yahya

AMPANG : Sekretariat Perikatan Nasional DUN Bukit Antarabangsa dengan rasminya telah dilancarkan oleh Ketua Bahagian Bersatu Ampang, Tuan Hj Mohd Isa Bin Hj Mohd Saidi, pada satu majlis bertempat di Ukay Perdana.

Di dalam majlis tersebut, Dato` Shuhaini Shafie telah menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi Sekretariat Perikatan Nasional DUN Bukit Antarabangsa, turut mendapat watikah pelantikan adalah wakil Parti PAS Kawasan Ukay Perdana, Ustaz Muhammad Ikhwan Bin Mohd Rosli, wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan, PEKT daripada Bukit Antarabangsa, Amin Osman dan Pertubuhan Bukan Kerajaan, PEKT Ukay Perdana, Zunaidi Bin Zainal Abidin.

Upacara pelancaran tersebut diadakan jam 5 petang dan dihadiri oleh pemimpin tertinggi Parti Bersatu Bahagian Ampang, Armada Bersatu Ampang, Srikandi Bersatu Ampang, Srikandi Muda Bersatu Ampang. pemimpin Parti PAS kawasan, wakil daripada pejabat DUN Bukit Antarabangsa, Setiausaha Politik YB Datuk Zuraida Kamarudin kawasan Bukit Antarabangsa, wakil persatuan penduduk, para peniaga serta beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Dalam majlis tersebut, Hj Isa Saidi diberi taklimat oleh Dato’ Shuhaini Shafie tentang carta organisasi serta maklumat para pengundi di DUN Bukit Antarabangsa.

04/02/2021

As salammualaikum semua, kami ada Kuiz Bulanan untuk semua penduduk DUN Bukit Antarabangsa...

Jom cuba jawab

1. Ada berapakah buah gerai burger di Bukit Antarabangsa dan di Ukay Perdana.
2. Nyatakan 2 nama pemilik/peniaga setiap gerai burger tersebut.

Hadiah dan nama akan disiarkan pada 1 Mac 2021.

Selamat mencuba

Tahniah kepada semua, terus taburkan bakti pada masyarakat, jaga rakyatIkhlas daripada :PEJABAT SEKRETARIAT PARTI BERSAT...
02/02/2021

Tahniah kepada semua, terus taburkan bakti pada masyarakat, jaga rakyat

Ikhlas daripada :
PEJABAT SEKRETARIAT PARTI BERSATU DUN BUKIT ANTARABANGSA

Selamat Hari Wilayah Persekutuan daripada YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin
01/02/2021

Selamat Hari Wilayah Persekutuan daripada YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

KES KANAK-KANAK LELAKI USIA 7 TAHUN MENINGGAL DUNIAPUTRAJAYA, 31 Jan - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarak...
31/01/2021

KES KANAK-KANAK LELAKI USIA 7 TAHUN MENINGGAL DUNIA

PUTRAJAYA, 31 Jan - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menzahirkan rasa hiba dan kesedihan yang amat mendalam atas kematian Allahyarham Adik Zubaidi Amir Qusyairi bin Abdul Malik pada 29 Januari 2021.

Beliau turut merasakan keperitan dan kedukaan yang dirasai oleh ibu-ibu yang mempunyai anak sebaya dengan Allahyarham Adik Zubaidi dan berkehendakkan agar kematian Allahyarham Adik Zubaidi disiasat segera dengan teliti, dan hukuman yang tegas dan setimpal diberikan kepada pesalah agar perkara sebegini tidak berulang lagi, di samping menjadi pengajaran kepada para ibu bapa yang cuai dalam penjagaan anak, termasuklah yang melakukan penderaan dan salah laku kepada kanak-kanak.

Menurutnya di dalam kenyataan media, pihak Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan hak dan kebajikan kanak-kanak. Kementerian akan terus komited meningkatkan kesedaran melalui kerjasama pelbagai pihak dalam usaha melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama serta memastikan tindakan tegas di ambil kepada pesalah yang terlibat dengan penderaan dan salah laku kepada kanak-kanak.

Kementerian juga sedang mengkaji secara menyeluruh Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara dengan menitikberatkan agar kanak-kanak bebas daripada segala perkara negatif melalui advokasi, pencegahan dan khidmat sokongan.

"Saya menyeru agar rakyat Malaysia terus menanamkan rasa cintakan keluarga dan menghargai anak-anak sebagai suatu amanah dan anugerah daripada Tuhan, saya berharap agar masyarakat turut menjadi “mata dan telinga” kepada pihak Kerajaan." katanya.

"Kita harus terus memupuk sikap ambil peduli kepada masalah kejiranan setempat agar dapat terus melaporkan sebarang kecurigaan yang berlaku di kawasan kediaman masing-masing kepada pihak berkuasa." tegasnya.

Rakyat juga diseru untuk melaporkan terus sebarang kejadian sebegini ke Talian Kasih 15999 dan Talian Whatsapp 019-26 15999 yang beroperasi 24 jam. Orang awam juga boleh membuat laporan di 108 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di seluruh negara atau Balai Polis yang berdekatan.

Dalam hal ini, beliau turut menasihatkan kepada pihak keluarga yang berhasrat mengambil atau telah mengambil kanak-kanak ke dalam pemeliharaan,jagaan atau kawalannya perlu membuat pemakluman kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat sepertimana yang tertakluk dalam Akta Kanakkanak 2001.

Jabatan Kebajikan Masyarakat bersedia memberi khidmat nasihat terhadap peraturan-peraturan dan prosedur yang sah yang perlu dipatuhi dalam urusan pengambilan anak angkat.

https://www.facebook.com/112183975526837/posts/3730652700346595/
31/01/2021

https://www.facebook.com/112183975526837/posts/3730652700346595/

Ampun Tuanku

Hari ini 31 Januari 2021M bersamaan 18 Jamadil Akhir 1442H genap 2 tahun KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Patik mewakili seluruh rakyat Malaysia berdoa semoga KDYMM SPB Tuanku terus beroleh keberkatan, kemakmuran dan kesihatan yang berkekalan sebagai Payung Negara.

DAULAT TUANKU
MENJUNJUNG KASIH TUANKU

Nantikan perutusan YAB Perdana Menteri malam ini Gaisss
31/01/2021

Nantikan perutusan YAB Perdana Menteri malam ini Gaisss

Salam Takziah
24/01/2021

Salam Takziah

KENYATAAN MEDIAKETUA PENERANGAN BERSATU BERSATU seru rakyat bersama YAB Tan Sri MuhyiddinPengumuman Pakej Bantuan Perlin...
22/01/2021

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENERANGAN BERSATU

BERSATU seru rakyat bersama YAB Tan Sri Muhyiddin

Pengumuman Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan betapa beliau sentiasa mencari jalan untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat.

Iltizam YAB Tan Sri Muhyiddin untuk menjaga rakyat dan menjana kembali ekonomi membuktikan betapa beliau merupakan seorang Perdana Menteri yang sentiasa mendahulukan rakyat dan negara.

Matlamat untuk memberi penekanan kepada memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat, dan menyokong kelangsungan perniagaan merupakan pendekatan yang bertepatan dengan keperluan semasa.

Rakyat perlukan tunai di tangan untuk membolehkan mereka berbelanja, baik untuk kehidupan seharian mahupun untuk menjaga kesihatan. Semua lapan inisiatif dalam agenda "Memelihara Kebajikan Rakyat" pasti akan membantu mempertingkat jumlah tunai di tangan kita semua.

Sepuluh lagi inisiatif dalam kerangka "Menyokong Kelangsungan Perniagaan" p**a akan memastikan pengusaha kecil dan sederhana yang menjadi tulang belakang ekonomi negara akan dapat terus menjalankan aktiviti mereka, lantas kekal menjadi majikan atau sumber pendapatan majoriti rakyat.

Semua ini akan mewujudkan kitaran ekonomi domestik yang lebih terjamin, dan menyumbang kepada penjanaan kembali ekonomi negara.

BERSATU menggesa agar kerajaan meneruskan fokus kepada rakyat dan negara dan tidak menghiraukan suara-suara sumbang. BERSATU yakin rakyat dapat melihat dengan jelas keikhlasan YAB Tan Sri Muhyiddin dalam menjaga negara ini, dan betapa besar beza antara beliau dengan mereka yang tidak habis-habis dengan kepentingan peribadi.

BERSATU juga mengajak semua pihak agar memberi sokongan penuh kepada YAB Tan Sri Muhyiddin dan kerajaan dalam usaha-usaha yang dijalankan.

WAN SAIFUL WAN JAN
KETUA PENERANGAN
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Address

B-M-12 Spring Ville, Jalan UP 1/1C Ukay Perdana
Mg Road
68000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekretariat Perikatan Nasional DUN Bukit Antarabangsa- RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sekretariat Perikatan Nasional DUN Bukit Antarabangsa- RASMI:

Share