IADA Batang Lupar

  • Home
  • IADA Batang Lupar

IADA Batang Lupar KAWASAN PEMBANGUNAN PERTANIAN BERSEPADU (IADA) BATANG LUPAR, SRI AMAN, SARAWAK

Gayu Guru Gerai Nyamai, Senang Lantang Nguan Menua.Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.Selamat Menyambut Hari Gawai dan Pe...
30/05/2026

Gayu Guru Gerai Nyamai, Senang Lantang Nguan Menua.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.
Selamat Menyambut Hari Gawai dan Pesta Kaamatan 2026.
Ikhlas daripada Warga IADA Batang Lupar






17/05/2026

Sekitar rakaman kawasan tanaman padi di Blok C, Tanjung Bijat pada 13 Mei 2026 (Rabu) yang memperlihatkan perkembangan semasa tanaman di kawasan IADA Batang Lupar.

Usaha pemantauan dan pengurusan berterusan dilaksanakan bagi memastikan produktiviti tanaman padi sentiasa berada pada tahap yang baik demi menyokong pembangunan sektor pertanian dan kesejahteraan pesawah di kawasan IADA Batang Lupar.






📢 KENYATAAN SEBUT HARGA KERJAIADA Batang Lupar mempelawa kontraktor yang berkelayakan dan berdaftar untuk menyertai Sebu...
13/05/2026

📢 KENYATAAN SEBUT HARGA KERJA

IADA Batang Lupar mempelawa kontraktor yang berkelayakan dan berdaftar untuk menyertai Sebut Harga bagi kerja-kerja pemulihan dan penyelenggaraan sistem saliran serta infrastruktur kawasan tanah sawah di Blok C, Tanjung Bijat, Sri Aman.

📅 Tarikh: 26 Mei 2026 (Selasa)
📍 IADA Batang Lupar, Sri Aman

Sila rujuk kenyataan sebut harga berikut untuk maklumat lanjut. Terima kasih.






KURSUS AMALAN PERTANIAN BAIK MYGAP DALAM TANAMAN PADI ANJURAN KAWASAN PEMBANGUNAN PERTANIAN BERSEPADU (IADA) BATANG LUPA...
12/05/2026

KURSUS AMALAN PERTANIAN BAIK MYGAP DALAM TANAMAN PADI ANJURAN KAWASAN PEMBANGUNAN PERTANIAN BERSEPADU (IADA) BATANG LUPAR TAHUN 2026

Tarikh : 11 hingga 12 Mei 2026 (Isnin-Selasa)
Masa: 8:00 pagi-4:30 petang
Tempat : Dewan Suarah, Sri Aman.

Penceramah : Encik Ahkaw Nyien Anak Noyak (Bahagian Jaminan Kualiti Makanan, Jabatan Pertanian Sarawak)






01/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 !

Selamat Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga KPKM!

Bersempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei 2026 yang bertemakan “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa” ini, Pengurusan Tertinggi KPKM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keringat, komitmen dan dedikasi anda semua. Setiap peranan yang anda galas, di ladang, di makmal, di pejabat atau di lapangan, adalah nadi yang menggerakkan keterjaminan makanan negara.

Sebagai Kesuma Bangsa dan tulang belakang KPKM, anda semua merupakan aset paling berharga Kementerian ini. Terima kasih kerana terus memacu agenda Malaysia MADANI dengan semangat kerja berintegriti, inovatif dan berdaya tahan. Komitmen anda memastikan rakyat Malaysia menikmati bekalan makanan yang cukup, selamat dan berkualiti setiap hari.

Semoga sambutan Hari Pekerja tahun ini menyuntik semangat baharu untuk kita terus berkhidmat dengan cemerlang demi negara tercinta.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi KPKM & Warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan





KURSUS PENGURUSAN TANAMAN PADI DAN KAWALAN PENYAKIT SERTA PEROSAK TANAMAN PADI ANJURAN KAWASAN PEMBANGUNAN PERTANIAN BER...
24/04/2026

KURSUS PENGURUSAN TANAMAN PADI DAN KAWALAN PENYAKIT SERTA PEROSAK TANAMAN PADI ANJURAN KAWASAN PEMBANGUNAN PERTANIAN BERSEPADU (IADA) BATANG LUPAR

Tarikh : 21 hingga 23 April 2026 (Selasa - Khamis
Masa: 8:00 pagi-4:30 petang
Tempat : Dewan Suarah, Sri Aman.






📢 KENYATAAN SEBUT HARGAKawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar mempelawa kontraktor yang berkelayaka...
22/04/2026

📢 KENYATAAN SEBUT HARGA

Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar mempelawa kontraktor yang berkelayakan dan berdaftar untuk menyertai sebutharga bagi:

Kerja-Kerja Pembangunan Kawasan Tanaman Padi Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan di Blok Able, Stumbin Tahun 2026.

📍 Tempat: Pejabat IADA Batang Lupar, Sri Aman

Kontraktor yang memenuhi syarat dijemput untuk hadir ke sesi taklimat dan lawatan tapak seperti yang telah ditetapkan.

Sebarang maklumat lanjut, sila rujuk dokumen sebutharga atau hubungi pihak IADA Batang Lupar.

🔹 Peluang terbuka kepada kontraktor yang berkelayakan






19/04/2026
19/04/2026

Bang Mat faham apa yang sedang dihadapi oleh pesawah kita ketika ini apabila kos pertanian meningkat susulan kenaikan harga bahan api global.

Namun, tidak tepat untuk mengatakan Kerajaan tidak membantu. Dalam keadaan subsidi melonjak tinggi dan pelbagai sektor turut terkesan, Kerajaan perlu mengimbangi keutamaan demi menjaga kebajikan seluruh rakyat.

Komitmen Kementerian dan Kerajaan untuk membantu pesawah tetap kukuh, melalui peruntukan RM2.62 bilion, serta pelbagai cadangan bantuan yang sedang diperhalusi ketika ini.

Bang Mat mahu pesawah dan semua yang terlibat dalam sektor pertanian bersama-sama menghadapi krisis ini dengan tenang. Kita perlu susun semula langkah, memahami bahawa kita sedang berada dalam situasi mencabar yang memerlukan kesabaran, perancangan rapi dan tindakan berperingkat.

Insya-Allah, kita mampu harungi krisis ini. Buat semua petani, penternak dan nelayan... usaha akan terus diperkukuh demi menjaga kebajikan anda semua serta memastikan makanan negara sentiasa terjamin.





Address

Sublot 2, Lot 160, Jalan Sabu

95000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

083-320966

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IADA Batang Lupar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IADA Batang Lupar:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share