PERWAKILAN Hong Kong SAR

PERWAKILAN Hong Kong SAR Ladies Association of the Ministry of Foreign Affairs of Malaysia - Hong Kong chapter

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSelamat Hari Malaysia 2026๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พTarikh 16 September adalah tarikh bagi seluruh rakyat Malaysia bagi memperingati detik ber...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSelamat Hari Malaysia 2026๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Tarikh 16 September adalah tarikh bagi seluruh rakyat Malaysia bagi memperingati detik bersejarah pembentukan Negara Malaysia tercinta.

Hari Malaysia bukan sekadar tarikh, tetapi simbol perpaduan, keharmonian, dan semangat kebangsaan yang terus menyatukan kita walau di mana jua berada.

Semoga semangat muhibah ini terus subur, menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, makmur, dan dihormati di persada dunia.




14/09/2026

12 September 2026 - ASEAN Film Festival 2026

PERWAKILAN Hong Kong yang diketuai Puan Pengerusi, Puan Idawati Zakariah serta ahli-ahli PERWAKILAN lain berpeluang menyaksikan tayangan filem โ€œTegkangโ€ di Emperor Cinema, iSQUARE, sempena ASEAN Film Festival 2026.

Sesi tayangan ini turut dihadiri oleh komuniti tempatan serta warga Malaysia di Hong Kong, termasuk anak-anak pegawai Konsulat Jeneral, sebagai usaha pemerkasaan Bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak warganegara Malaysia di luar negara.โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹โ€‹

Festival ini dimanfaatkan sebagai wadah memperkukuh silang budaya serta mengetengahkan keunikan karya seni rantau ASEAN di persada antarabangsa.




Selamat Hari Lahir, Puan Intan Abu Hassan! ๐Ÿ’Semoga hari istimewa ini dipenuhi dengan momen indah, kesihatan yang berpanj...
10/09/2026

Selamat Hari Lahir, Puan Intan Abu Hassan! ๐Ÿ’

Semoga hari istimewa ini dipenuhi dengan momen indah, kesihatan yang berpanjangan, serta kebahagiaan yang sentiasa mengiringi puan di mana sahaja berada.

Moga setiap langkah Puan sentiasa diberkati dan membawa kegembiraan bersama insan tersayang. Nikmati hari penuh makna ini dengan hati yang ceria!

08/09/2026

03 September 2026 - Latihan Bowling

Biro Sosial dan Sukan telah menganjurkan satu sesi latihan bowling di SCCA Bowling Centre Hong Kong. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memupuk gaya hidup sihat and cergas di kalangan ahli. Program ini diketuai oleh Puan Idawati Zakariah, Pengerusi PERWAKILAN Hong Kong serta dihadiri oleh ahli-ahli PERWAKILAN yang lain.




30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSelamat Hari Kebangsaan 2026๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Ogos adalah detik bersejarah lahirnya sebuah negara merdeka.

Marilah kita sama-sama menghayati erti kebebasan dan mengekalkan semangat muhibah demi masa depan yang gemilang.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-69!




Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448HHari ini umat Islam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pemb...
25/08/2026

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H

Hari ini umat Islam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa rahmat dan cahaya bagi seluruh alam.

Semoga sambutan pada tahun ini mengingatkan kita akan akhlak mulia Baginda serta menginspirasi untuk terus meneladani sifat kasih sayang, keadilan, dan kesederhanaan dalam kehidupan seharian.

Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.




17/08/2026

14 Ogos 2026 - ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พResepsi Sambutan Hari Kebangsaan๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Konsul Jeneral Malaysia di Hong Kong, Tuan Muzambli Markam telah menganjurkan resepsi sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di Grand Lisboa Palace, Macao.

Ahli-ahli PERWAKILAN berserta tetamu-tetamu kehormat dan diaspora Malaysia turut hadir menyerikan majlis penuh muhibah ini.




17/08/2026

12 Ogos 2026 - ๐Ÿ€14th Asian Netball Championships 2026๐Ÿ€

Perlawanan sengit antara Pasukan Malaysia dan Pasukan Hong Kong berlangsung di Kai Tak Arena sempena 14th Asian Netball Championships dari 8 sehingga 15 Ogos 2026.

Ahli-ahli PERWAKILAN Hong Kong yang diketuai oleh Puan Idawati Zakaria, Pengerusi PERWAKILAN Hong Kong turut hadir bagi menyaksikan perlawanan ini. Kehadiran ini melambangkan sokongan padu terhadap pasukan negara dalam arena sukan serantau.




17/08/2026

08 Ogos 2026 - ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPesta Durian@Macao๐ŸŒบ

Konsul Jeneral Malaysia di Hong Kong, Tuan Muzambli Markam selaku Penaung PERWAKILAN Hong Kong bersama-sama dengan Pengerusi PERWAKILAN Hong Kong, Puan Idawati Zakaria serta pegawai konsulat telah menghadiri sambutan Pesta Durian di Grand Lisboa Palace, Macao.

Pelbagai makanan Malaysia dan juga buah-buahan tempatan turut dihidangkan. Persembahan tarian tradisional menambah warna-warni suasana.




Address

50 Gloucester Road
Wan Chai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERWAKILAN Hong Kong SAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share