Hud Hud

Hud Hud Berita Gembira

17/09/2025
𝐌𝐀𝐊𝐒𝐔𝐃 𝐊𝐀𝐓𝐀 𝐑𝐀𝐁𝐁 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐀𝐇 (𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟏)Di dalam Al-Quran terdapat terjemahan perkataan ‘Tuhan’ yang berasal daripada perk...
22/07/2025

𝐌𝐀𝐊𝐒𝐔𝐃 𝐊𝐀𝐓𝐀 𝐑𝐀𝐁𝐁 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐀𝐇
(𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟏)

Di dalam Al-Quran terdapat terjemahan perkataan ‘Tuhan’ yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu ‘𝑅𝑎𝑏𝑏’.

Secara bahasa, kata ‘𝑅𝑎𝑏𝑏’ ialah bentuk masdar daripada kata ‘𝑟𝑎𝑏𝑏𝑎-𝑦𝑎𝑟𝑢𝑏𝑏𝑢’.

Jadi perkataan 𝑅𝑎𝑏𝑏 adalah masdar yang digunakan untuk 𝑓𝑎’𝑖𝑙 (pelaku).

Perkataan ‘Ar-Rabb’ tidak disebutkan secara sendirian kecuali bagi Allah.

Sekiranya kata 𝑅𝑎𝑏𝑏 ini 𝑑𝑖𝑖𝑑ℎ𝑎𝑓𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 (ditambahkan kepada yang lain), maka perkataan itu boleh digunakan untuk Allah dan boleh juga digunakan untuk selain-Nya.

(𝐷𝑟. 𝑆ℎ𝑎𝑙𝑖ℎ 𝑏𝑖𝑛 𝐹𝑎𝑢𝑧𝑎𝑛, 2001:25)

Namun demikian, perkataan ‘𝑅𝑎𝑏𝑏’ dalam bahasa Arab juga diterjemahkan dengan kata lain selain ‘Tuhan’.

Untuk melihat beberapa terjemahan dan meneroka makna perkataan ‘𝑅𝑎𝑏𝑏’, akan ditunjukkan beberapa firman Allah yang ada dalam Al-Quran daripada surah Al-Fatihah (1) ayat 2 dan surah An-Nas (114) ayat 1 berikut ini:

𝑆𝑒𝑔𝑎𝑙𝑎 𝑝𝑢𝑗𝑖 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ, 𝑇𝑢ℎ𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑚𝑒𝑠𝑡𝑎 𝑎𝑙𝑎𝑚
𝐾𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ: “𝐴𝑘𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑙𝑖𝑛𝑑𝑢𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑇𝑢ℎ𝑎𝑛 (𝑌𝑎𝑛𝑔 𝑀𝑒𝑚𝑒𝑙𝑖ℎ𝑎𝑟𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑀𝑒𝑛𝑔𝑢𝑎𝑠𝑎𝑖) 𝑚𝑎𝑛𝑢𝑠𝑖𝑎.

Daripada dua ayat yang disebut di atas, perkataan ‘𝑅𝑎𝑏𝑏’ dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai ‘Tuhan’ semesta alam dan ‘Tuhan’ manusia.

Sementara itu, perkataan ‘𝑅𝑎𝑏𝑏’ dalam surah atau ayat yang lain turut mempunyai terjemahan yang berbeza.

Ini dapat ditunjukkan dalam surah Yusuf (12) ayat 50 berikut ini :

وَقَالَ ٱلۡمَلِكُ ٱئۡتُونِى بِهِۦ‌ۖ فَلَمَّا جَآءَهُ ٱلرَّسُولُ قَالَ ٱرۡجِعۡ إِلَىٰ رَبِّكَ فَسۡـَٔلۡهُ مَا بَالُ ٱلنِّسۡوَةِ ٱلَّـٰتِى قَطَّعۡنَ أَيۡدِيَہُنَّ‌ۚ إِنَّ رَبِّى بِكَيۡدِهِنَّ عَلِيمٌ۬

“𝑅𝑎𝑗𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑘𝑎𝑡𝑎: “𝐵𝑎𝑤𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑎 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎𝑘𝑢.” 𝑀𝑎𝑘𝑎 𝑡𝑎𝑡𝑘𝑎𝑙𝑎 𝑢𝑡𝑢𝑠𝑎𝑛 𝑖𝑡𝑢 𝑑𝑎𝑡𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑌𝑢𝑠𝑢𝑓, 𝑏𝑒𝑟𝑘𝑎𝑡𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑌𝑢𝑠𝑢𝑓: “𝐾𝑒𝑚𝑏𝑎𝑙𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝒕𝒖𝒂𝒏𝒎𝒖 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑛𝑦𝑎𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖𝑚𝑎𝑛𝑎 ℎ𝑎𝑙𝑛𝑦𝑎 𝑤𝑎𝑛𝑖𝑡𝑎-𝑤𝑎𝑛𝑖𝑡𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑢𝑘𝑎𝑖 𝑡𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎. 𝑆𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏𝒌𝒖 𝑀𝑎ℎ𝑎 𝑀𝑒𝑛𝑔𝑒𝑡𝑎ℎ𝑢𝑖 𝑡𝑖𝑝𝑢 𝑑𝑎𝑦𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎.”

Perkataan ‘𝑅𝑎𝑏𝑏𝑖𝑘𝑎’ dalam ayat di atas diterjemahkan sebagai ‘Tuanmu’ dan kata ‘𝑅𝑎𝑏𝑏𝑖𝑦’ diterjemahkan sebagai ‘Tuhanku’.

Kedua-dua perkataan di atas mempunyai akar kata yang sama iaitu ‘𝑅𝑎𝑏𝑏’ tetapi ditafsirkan dalam dua terjemahan yang berbeza.

Jika disebutkan ‘𝑟𝑎𝑏𝑏 𝑎𝑑-𝑑𝑎𝑎𝑟’, maka maksudnya tuan rumah atau pemilik rumah dan ‘𝑟𝑎𝑏𝑏 𝑎𝑙-𝑓𝑎𝑟𝑎𝑠’ p**a bermaksud ‘pemilik kuda’.

Penggunaan kata ‘𝑅𝑎𝑏𝑏’ dengan maksud ‘tuan’ boleh dilihat dalam Al-Quran surah Yusuf (12) ayat 41-42 berikut ini :

يَـٰصَٰحِبَىِ ٱلسِّجۡنِ أَمَّآ أَحَدُكُمَا فَيَسۡقِى رَبَّهُ ۥ خَمۡرً۬ا‌ۖ وَأَمَّا ٱلۡأَخَرُ فَيُصۡلَبُ فَتَأۡڪُلُ ٱلطَّيۡرُ مِن رَّأۡسِهِۦ‌ۚ قُضِىَ ٱلۡأَمۡرُ ٱلَّذِى فِيهِ تَسۡتَفۡتِيَانِ (٤١) وَقَالَ لِلَّذِى ظَنَّ أَنَّهُ ۥ نَاجٍ۬ مِّنۡهُمَا ٱذۡڪُرۡنِى عِندَ رَبِّكَ فَأَنسَٮٰهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ ذِڪۡرَ رَبِّهِۦ فَلَبِثَ فِى ٱلسِّجۡنِ بِضۡعَ سِنِينَ (٤٢)

41 “𝐻𝑎𝑖 𝑘𝑒𝑑𝑢𝑎 𝑝𝑒𝑛𝑔ℎ𝑢𝑛𝑖 𝑝𝑒𝑛𝑗𝑎𝑟𝑎, “𝐴𝑑𝑎𝑝𝑢𝑛 𝑠𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖 𝑎𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑑𝑢𝑎 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟𝑖 𝑚𝑖𝑛𝑢𝑚 𝒕𝒖𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘ℎ𝑎𝑚𝑎𝑟; 𝑎𝑑𝑎𝑝𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑖𝑎 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑠𝑎𝑙𝑖𝑏 𝑙𝑎𝑙𝑢 𝑏𝑢𝑟𝑢𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑙𝑎𝑛𝑦𝑎. 𝑇𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑝𝑢𝑡𝑢𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑟𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑑𝑢𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑦𝑎𝑘𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎 (𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎𝑘𝑢).”

42 “ 𝐷𝑎𝑛 𝑌𝑢𝑠𝑢𝑓 𝑏𝑒𝑟𝑘𝑎𝑡𝑎 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑘𝑒𝑡𝑎ℎ𝑢𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡 𝑑𝑖 𝑎𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑑𝑢𝑎: “𝑇𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑎𝑑𝑎𝑎𝑛𝑘𝑢 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝒕𝒖𝒂𝒏𝒎𝒖.” 𝑀𝑎𝑘𝑎 𝑠𝑒𝑡𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑎 𝑙𝑢𝑝𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 (𝑘𝑒𝑎𝑑𝑎𝑎𝑛 𝑌𝑢𝑠𝑢𝑓) 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝒕𝒖𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂. 𝐾𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎 𝑖𝑡𝑢 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑎 (𝑌𝑢𝑠𝑢𝑓) 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑝𝑒𝑛𝑗𝑎𝑟𝑎 𝑏𝑒𝑏𝑒𝑟𝑎𝑝𝑎 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑙𝑎𝑚𝑎𝑛𝑦𝑎.”

Selanjutnya ada ayat lain p**a yang mentafsirkan ‘𝑅𝑎𝑏𝑏’ dengan terjemahan yang berbeza dengan ‘Tuhan’ iaitu yang bermaksud ‘mendidik’ seperti yang ditunjukkan dalam Al-Quran surah Al-Isra’ (17) ayat 24 berikut ini:

وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

“𝐷𝑎𝑛 𝑟𝑒𝑛𝑑𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑟𝑖𝑚𝑢 𝑡𝑒𝑟ℎ𝑎𝑑𝑎𝑝 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑑𝑢𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑢ℎ 𝑘𝑒𝑠𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑢𝑐𝑎𝑝𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ: “𝑊𝑎ℎ𝑎𝑖 𝑇𝑢ℎ𝑎𝑛𝑘𝑢, 𝑘𝑎𝑠𝑖ℎ𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑘𝑒𝑑𝑢𝑎𝑛𝑦𝑎, 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖𝑚𝑎𝑛𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑑𝑢𝑎 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝒎𝒆𝒏𝒅𝒊𝒅𝒊𝒌 𝑎𝑘𝑢 𝑤𝑎𝑘𝑡𝑢 𝑘𝑒𝑐𝑖𝑙.”

Bersambung...

𝐇𝐔𝐊𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐈𝐋𝐈𝐑𝐀𝐍 (𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑)Giliran kekuasaan Kerajaan Allah seterusnya diberikan kepada Bani Ismail, yakni bangsa...
17/06/2025

𝐇𝐔𝐊𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐈𝐋𝐈𝐑𝐀𝐍
(𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑)

Giliran kekuasaan Kerajaan Allah seterusnya diberikan kepada Bani Ismail, yakni bangsa Arab dengan memilih Muhammad sebagai Rasul-Nya.

Melalui bimbingan dan kepemimpinan Rasulullah Muhammad, Tuhan Semesta Alam kembali memenangkan din-Nya iaitu menegakkan Kerajaan-Nya di muka bumi.

Allah kembali menjadikan kehidupan umat manusia menjadi kehidupan yang penuh damai dan sejahtera atau 𝑟𝑎ℎ𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑙𝑖𝑙 ‘𝑎𝑙𝑎𝑚𝑖𝑛.

Sepertimana rasul-rasul sebelumnya, Muhammad SAW berserta pengikutnya juga berhasil menegakkan din Allah atau hukum Tuhan Semesta Alam di muka bumi iaitu dalam bentuk dianugerahkan kekuasaan politik di muka bumi oleh Allah Yang Maha Kuasa.

Sejajar dengan tradisi Tuhan Semesta Alam, maka kekuasaan umat nabi Muhammad juga mengalami masa keruntuhan iaitu ketika kekuasaan Abasiyah yang berpusat di Basrah (kini Iraq) dihancurkan oleh bangsa Mongol yang diketuai oleh Genghis Khan pada abad ke-13.

Inilah sebenarnya hari kematian atau ajal bagi umat yang dibangunkan oleh Rasulullah Muhammad.

Akibat dari runtuhnya kekuasaan tersebut, umat nabi Muhammad kembali menjadi umat yang terjajah dan menjadi hamba bangsa-bangsa.

Sekalipun ada kekuasaan yang muncul setelah itu namun hanya bersifat kebangsaan (kerajaan bangsa) bukan bersifat 𝑟𝑎ℎ𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑙𝑖𝑙 ‘𝑎𝑙𝑎𝑚𝑖𝑛 lagi.

Inilah realiti politik yang harus diakui oleh umat Nabi Muhammad.
Umat Islam harus bersedia menerima ketetapan Allah ini dan seterusnya belajar daripada tradisi para Rasul untuk dapat kembali menegakkan din-Nya atau kembali mendapat anugerah kekuasaan dari-Nya.

Hingga saat ini, umat Bani Israel dan Bani Ismail masih berada dalam keadaan dijajah oleh peradaban kekuasaan bangsa-bangsa musyrik yang sememangnya sedang mendapat giliran dari Allah untuk berkuasa di muka bumi.

Persoalannya, sampai bila?

Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya tetapi orang beriman diberikan keupayaan untuk membaca dan melihat tanda-tanda perubahan zaman tersebut.

Pada masa ini, dunia sedang dikuasai oleh peradaban kekuasaan bangsa-bangsa musyrik dengan ideologi masing-masing yang tidak bersumber pada Din Allah.

Secara khusus, dunia hari ini dikuasai oleh dua ideologi besar iaitu ideologi Barat dengan fahaman liberal-kapitalis dan ideologi Timur dengan fahaman sosialis-komunis.

Secara politik, negara-negara yang menjalankan sistem liberal-kapitalis disebut sebagai Blok Barat dan yang menjalankan sistem sosialis-komunis bergabung menjadi negara-negara Blok Timur.

Pergelutan antara Blok Barat dan Blok Timur sesungguhnya selalu ada dalam sejarah kekuasaan bangsa-bangsa di dunia ini sepertimana blok Rumawi (Barat) dan blok Persia (Timur) pada zaman nabi Muhammad.

Bahkan dalam Al-Quran ada satu surah yang disebut surat Ar-Rum (Roma).

Di tempat lain hari ini, negara-negara Islam atau negara dengan rakyat yang majoritinya beragama Islam menjadi negara kelas ketiga, menjadi negara-negara boneka yang berkiblat ke Barat atau ke Timur.

Dalam hal ini, Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Baqarah (2) ayat 177 seperti berikut:

“𝐵𝑢𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑎𝑑𝑎𝑝𝑘𝑎𝑛 𝑤𝑎𝑗𝑎ℎ𝑚𝑢 𝑘𝑒 𝑎𝑟𝑎ℎ 𝑡𝑖𝑚𝑢𝑟 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑟𝑎𝑡 𝑖𝑡𝑢 𝑠𝑢𝑎𝑡𝑢 𝑘𝑒𝑏𝑎𝑗𝑖𝑘𝑎𝑛, 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝑘𝑒𝑏𝑎𝑗𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑖𝑡𝑢 𝑖𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ, ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑘𝑒𝑚𝑢𝑑𝑖𝑎𝑛, 𝑚𝑎𝑙𝑎𝑖𝑘𝑎𝑡-𝑚𝑎𝑙𝑎𝑖𝑘𝑎𝑡, 𝑘𝑖𝑡𝑎𝑏-𝑘𝑖𝑡𝑎𝑏, 𝑛𝑎𝑏𝑖-𝑛𝑎𝑏𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑏𝑎𝑡𝑛𝑦𝑎, 𝑎𝑛𝑎𝑘-𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑦𝑎𝑡𝑖𝑚, 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑖𝑠𝑘𝑖𝑛, 𝑚𝑢𝑠𝑎𝑓𝑖𝑟 (𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑒𝑟𝑙𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑜𝑙𝑜𝑛𝑔𝑎𝑛) 𝑑𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎-𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎; 𝑑𝑎𝑛 (𝑚𝑒𝑚𝑒𝑟𝑑𝑒𝑘𝑎𝑘𝑎𝑛) ℎ𝑎𝑚𝑏𝑎 𝑠𝑎ℎ𝑎𝑦𝑎, 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑖𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑜𝑙𝑎𝑡, 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑢𝑛𝑎𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑧𝑎𝑘𝑎𝑡; 𝑑𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑒𝑝𝑎𝑡𝑖 𝑗𝑎𝑛𝑗𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑎𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑖𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑗𝑎𝑛𝑗𝑖, 𝑑𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑎𝑏𝑎𝑟 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑚𝑝𝑖𝑡𝑎𝑛, 𝑝𝑒𝑛𝑑𝑒𝑟𝑖𝑡𝑎𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑝𝑒𝑝𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛. 𝑀𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑖𝑡𝑢𝑙𝑎ℎ 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟 (𝑖𝑚𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎); 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑖𝑡𝑢𝑙𝑎ℎ 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑎𝑘𝑤𝑎.”

Allah menegaskan bahawa sistem Barat dan sistem Timur bukanlah sesuatu yang dapat membawa ‘kebaikan’ dalam kehidupan manusia.

Sistem yang dapat membawa manusia ke dalam kehidupan yang penuh kebaikan yang sebenarnya ialah sistem keimanan (kepatuhan) kepada Allah, Tuhan Semesta Alam dengan menjalankan segala kehendak dan perintah-Nya.

Namun demikian, sudah menjadi tradisi Tuhan Semesta Alam bahawa semua sistem kekuasaan itu diberi tempoh oleh Dia untuk berkuasa dan apabila tiba saatnya, sistem kekuasaan yang tadinya berkuasa akan diruntuhkan (dimatikan) oleh-Nya.

Tentu saja, pergiliran antara kekuasaan bangsa-bangsa musyrik dengan ideologinya masing-masing dan kekuasaan Kerajaan Allah dengan ideologi yang ℎ𝑎𝑞 (𝑑𝑖𝑛 𝑎𝑙-ℎ𝑎𝑞) memiliki ‘masa’ dan tempatnya tersendiri.

Ini ialah dua perkara yang tidak boleh bercampur seperti pergiliran waktu antara malam hari dan siang hari.

Namun demikian, setiap kejadian alam selalu ada tanda-tanda awalnya.

Masuknya waktu malam ditandai dengan terbenamnya matahari dan binatang-binatang malam sudah mulai keluar dari sarangnya untuk mencari makan.

Sedangkan masuknya waktu siang ditandai dengan terbitnya fajar di ufuk timur.

Beruntunglah orang-orang yang beriman yang memahami kehendak dan rencana Allah dengan bersilih gantinya giliran kekuasaan Kerajaan Allah terhadap kekuasaan kerajaan bangsa-bangsa musyrik.

Manakala orang-orang yang menyangka diri mereka beriman kepada Allah tetapi tidak boleh menerima hadirnya kekuasaan Kerajaan Allah adalah tergolong di kalangan orang-orang yang rugi. Ini adalah disebabkan mereka gagal mengfungsikan kurniaan akal yang diberikan Allah.

Bersilihnya pergantian siang terhadap gelap malam adalah perumpamaan yang telah ditunjukkan Allah terhadap penglihatan manusia tetapi hanya sedikit di dalam golongan manusia yang mampu untuk mengfungsikan kurniaan akal untuk melihat keilmuan akan hadirnya kekuasaan Kerajaan Allah yang memberikan 'sinar', 'terang' dan 'cahaya' kepada manusia.

Dapatkah anda membaca apa yang akan berlaku pada dunia ini tidak lama lagi?

𝐇𝐔𝐊𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐋𝐈𝐑𝐀𝐍  (𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟏)  Sifat dari tradisi Tuhan Semesta Alam dalam mengendalikan kehidupan umat manusia di muka...
15/06/2025

𝐇𝐔𝐊𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐋𝐈𝐑𝐀𝐍
(𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟏)

Sifat dari tradisi Tuhan Semesta Alam dalam mengendalikan kehidupan umat manusia di muka bumi ini ialah tradisi pergantian dan pergiliran.

Pada hakikatnya, kekuasaan yang diberikan atau dianugerahkan-Nya kepada para penguasa musyrik mahupun kepada para Rasul tidak kekal selamanya.

Ada ketikanya yang menguasai dunia ini ialah penguasa musyrik atau kerajaan bangsa-bangsa dan ada ketikanya yang diberi giliran untuk berkuasa ialah para rasul dan orang-orang beriman (Kerajaan Allah).

Perubahan peradaban kekuasaan di dunia hanyalah sesuatu yang silih berganti dan dipergilirkan oleh Allah, sama seperti pergiliran antara malam dan siang yang selalu berganti dan bergiliran.

Tradisi pergantian dan pergiliran peradaban kekuasaan ialah sesuatu yang tidak pernah berubah sepanjang kehidupan manusia.

Fakta sejarah yang boleh diambil sebagai contoh ialah perjalanan peradaban kekuasaan Bani Israel seperti yang digambarkan secara ringkas dalam Al-Quran surat Al-Isrā (17) ayat 4-7 berikut ini:

4 “𝐷𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝐾𝑎𝑚𝑖 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟ℎ𝑎𝑑𝑎𝑝 𝐵𝑎𝑛𝑖 𝐼𝑠𝑟𝑎𝑒𝑙 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝐾𝑖𝑡𝑎𝑏 𝑖𝑡𝑢: "𝑆𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑟𝑜𝑠𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖 𝑚𝑢𝑘𝑎 𝑏𝑢𝑚𝑖 𝑖𝑛𝑖 𝑑𝑢𝑎 𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑠𝑡𝑖 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑜𝑚𝑏𝑜𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑟𝑖 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑠𝑜𝑚𝑏𝑜𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑠𝑎𝑟".

5 “𝑀𝑎𝑘𝑎 𝑎𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑑𝑎𝑡𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑎𝑎𝑡 ℎ𝑢𝑘𝑢𝑚𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑔𝑖 (𝑘𝑒𝑗𝑎ℎ𝑎𝑡𝑎𝑛) 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑎𝑚𝑎 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝑘𝑒𝑑𝑢𝑎 (𝑘𝑒𝑗𝑎ℎ𝑎𝑡𝑎𝑛) 𝑖𝑡𝑢, 𝐾𝑎𝑚𝑖 𝑑𝑎𝑡𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎𝑚𝑢 ℎ𝑎𝑚𝑏𝑎-ℎ𝑎𝑚𝑏𝑎 𝐾𝑎𝑚𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑝𝑢𝑛𝑦𝑎𝑖 𝑘𝑒𝑘𝑢𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑠𝑎𝑟, 𝑙𝑎𝑙𝑢 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑎𝑗𝑎𝑙𝑒𝑙𝑎 𝑑𝑖 𝑘𝑎𝑚𝑝𝑢𝑛𝑔-𝑘𝑎𝑚𝑝𝑢𝑛𝑔, 𝑑𝑎𝑛 𝑖𝑡𝑢𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑎𝑠𝑡𝑖 𝑡𝑒𝑟𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎.

6 “𝐾𝑒𝑚𝑢𝑑𝑖𝑎𝑛 𝐾𝑎𝑚𝑖 𝑏𝑒𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎𝑚𝑢 𝑔𝑖𝑙𝑖𝑟𝑎𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑙𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑘𝑒𝑚𝑏𝑎𝑙𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝐾𝑎𝑚𝑖 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑡𝑢𝑚𝑢 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎 𝑘𝑒𝑘𝑎𝑦𝑎𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑎𝑛𝑎𝑘-𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝐾𝑎𝑚𝑖 𝑗𝑎𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑘𝑒𝑙𝑜𝑚𝑝𝑜𝑘 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑏𝑖ℎ 𝑏𝑒𝑠𝑎𝑟.

7 “𝐽𝑖𝑘𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑏𝑎𝑖𝑘 (𝑏𝑒𝑟𝑒𝑟𝑡𝑖) 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑏𝑎𝑖𝑘 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑑𝑖𝑟𝑖𝑚𝑢 𝑠𝑒𝑛𝑑𝑖𝑟𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑗𝑖𝑘𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑗𝑎ℎ𝑎𝑡, 𝑚𝑎𝑘𝑎 (𝑘𝑒𝑗𝑎ℎ𝑎𝑡𝑎𝑛) 𝑖𝑡𝑢 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑑𝑖𝑟𝑖𝑚𝑢 𝑠𝑒𝑛𝑑𝑖𝑟𝑖, 𝑑𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑑𝑎𝑡𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑎𝑎𝑡 ℎ𝑢𝑘𝑢𝑚𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑔𝑖 (𝑘𝑒𝑗𝑎ℎ𝑎𝑡𝑎𝑛) 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑑𝑢𝑎, (𝐾𝑎𝑚𝑖 𝑑𝑎𝑡𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑎𝑖𝑛) 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑢𝑟𝑎𝑚𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑘𝑎-𝑚𝑢𝑘𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑚𝑎𝑠𝑢𝑘 𝑘𝑒 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑚𝑎𝑠𝑗𝑖𝑑, 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖𝑚𝑎𝑛𝑎 𝑚𝑢𝑠𝑢ℎ-𝑚𝑢𝑠𝑢ℎ𝑚𝑢 𝑚𝑒𝑚𝑎𝑠𝑢𝑘𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑎𝑚𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎𝑠𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒ℎ𝑎𝑏𝑖𝑠-ℎ𝑎𝑏𝑖𝑠𝑛𝑦𝑎 𝑎𝑝𝑎 𝑠𝑎𝑗𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑘𝑢𝑎𝑠𝑎𝑖.”

Ketika Kerajaan Allah yang dianugerahkan kepada umat nabi Musa telah sampai pada masa akhir kekuasaannya, maka umat nabi Musa berubah menjadi umat yang terkutuk dan terjajah.

Hal ini ialah kerana Bani Israel telah melakukan perzinaan ideologi dengan ideologi bangsa-bangsa. Kerana itu Allah mengutus hamba-hamba-Nya iaitu Raja Nebukadnezar dari Babel untuk membumihanguskan kekuasaan Bani Israel.

Kemudian apabila tiba saatnya, Allah sekali lagi memberi giliran kedua kepada Bani Israel untuk bangkit mengalahkan penguasa bangsa-bangsa musyrik (Rumawi) dengan cara mengutus Nabi Isa sebagai Rasul-Nya.

Nabi Isa kemudiannya mengajak Bani Israel untuk kembali berjuang menegakkan din atau sistem kehidupan yang haq supaya umat Bani Israel yang tadinya terkutuk dan terjajah (berdosa) kembali menjadi umat yang diberkati oleh Tuhan Semesta Alam iaitu menjadi umat yang berkuasa di muka bumi.

Dalam perjalanannya, umat Nabi Isa (Bani Israel) kembali melakukan kerosakan di muka bumi untuk kali yang kedua.

Sebagai azab atau hukumannya, kekuasaan yang dipegang oleh Bani Israel kembali diruntuhkan oleh Allah melalui tangan hamba-hamba-Nya yang lain.

Selanjutnya, Kerajaan Allah tidak lagi dianugerahkan kepada Bani Israel kerana mereka sudah melakukan kerosakan sebanyak dua kali.

Bani Israel telah mengkhianati kesetiaan mereka kepada Tuhan-nya, Allah Yang Maha Esa sebanyak dua kali.

Di dalam penjelasan di atas, terdapat banyak pelajaran yang boleh dijadikan keilmuan untuk kita melihat bagaimana kehendak dan rencana Allah berlaku di atas muka bumi ini. Penggiliran yang berlaku di antara sistem Tuhan dan sistem manusia adalah seperti berlakunya penggiliran siang dan malam.

Ketika jatuhnya era peradaban sistem Allah yang ditegakkan oleh Nabi Musa, di sini kita melihat generasi terkemudian di zaman Nabi Musa sudah mula melakukan kerosakan dengan meninggalkan sistem Tuhan di atas muka bumi. Akibatnya bumi Tuhan telah ditakhluk dan dijajah dengan kuasa besar manusia yang menjadikan generasi terkemudian hidup dalam penghinaan atau disimbolkan sebagai hidup dalam kutukan Tuhan.

Di sini bermula aturan baru iaitu era peradaban sistem Tuhan yang akan ditegakkan oleh Nabi Isa dalam menantikan kejatuhan era sistem manusia yang dieplopori oleh kuasa besar manusia seperti mana yang telah tersebut di atas.

Bersambung...

𝐇𝐔𝐊𝐔𝐌 𝐀𝐉𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍  (𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑)  Telah dijelaskan sebelumnya bahawa pergantian dan pergiliran suatu peradaban kek...
09/06/2025

𝐇𝐔𝐊𝐔𝐌 𝐀𝐉𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍
(𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑)

Telah dijelaskan sebelumnya bahawa pergantian dan pergiliran suatu peradaban kekuasaan bangsa-bangsa umpama pergiliran waktu antara malam dan siang.

Begitu juga ajal (batas waktu) bagi peradaban kekuasaan bangsa-bangsa tersebut berlaku pada masa yang sama dengan pergantian tersebut.

Masuknya waktu malam yang ditandai dengan terbenamnya matahari merupakan waktu ajal (masa kematian) bagi sebuah peradaban kekuasaan.

Sebaliknya, terbitnya fajar merupakan waktu kelahiran bagi suatu peradaban kekuasaan.

Walaupun masa datangnya ajal (masa kematian) kekuasaan bangsa-bangsa dirahsiakan oleh Allah tetapi tanda-tanda datangnya ajal suatu kekuasaan bangsa (umat) dapat diketahui.

Harus diingatkan bahawa sekuat apa pun suatu bangsa yang sedang berkuasa (termasuk blok Barat dan Timur) saat ini, ketika ajal kekuasaannya tiba, maka mereka tidak dapat menghindarinya.

Dalam bahasa 𝑘𝑖𝑡𝑎𝑏𝑖𝑦𝑎ℎ, Allah memberitahu kepada para Rasul-Nya apakah tanda-tanda akhir zaman atau tanda-tanda kedatangan zaman baharu.

Nabi Isa misalnya, memberitahu umatnya tentang tanda-tanda akhir zaman seperti yang tertulis dalam Injil Matius 24: 3-14 dan Injil Lukas 21:25-33:

Di antara tanda-tanda kesudahan dunia (akhir zaman) yang disampaikan oleh Nabi Isa (Yesus) adalah:

1) Kamu akan mendengar deru perang dan khabar-khabar tentang perang atau akan terjadi perang antara bangsa;

2) Akan terjadi kemelesetan ekonomi, khususnya makanan; dan

3) Akan terjadi gempa bumi yang dahsyat.

Pada zaman Nabi Musa, sebelum kekuasaan Firaun ditenggelamkan atau dibinasakan oleh Allah, Dia mengirimkan sepuluh tulah kepada masyarakat bangsa Mesir seperti yang tertulis dalam Kitab Keluaran 7: 14 sehingga Keluaran 11: 10.

Peristiwa ini juga digambarkan dalam beberapa ayat Al-Quran, misalnya dalam surah Al-A’rāf (7) ayat 130 dan 133 berikut ini:

“130𝐷𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝐾𝑎𝑚𝑖 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑢𝑘𝑢𝑚 (𝐹𝑖𝑟𝑎𝑢𝑛 𝑑𝑎𝑛) 𝑘𝑎𝑢𝑚𝑛𝑦𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 (𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑡𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛) 𝑚𝑢𝑠𝑖𝑚 𝑘𝑒𝑚𝑎𝑟𝑎𝑢 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑘𝑢𝑟𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑢𝑎ℎ-𝑏𝑢𝑎ℎ𝑎𝑛, 𝑠𝑢𝑝𝑎𝑦𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑚𝑏𝑖𝑙 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑗𝑎𝑟𝑎𝑛.”

“133𝑀𝑎𝑘𝑎 𝐾𝑎𝑚𝑖 𝑘𝑖𝑟𝑖𝑚𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑡𝑎𝑢𝑓𝑎𝑛, 𝑏𝑒𝑙𝑎𝑙𝑎𝑛𝑔, 𝑘𝑢𝑡𝑢, 𝑘𝑎𝑡𝑎𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑟𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑏𝑢𝑘𝑡𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑗𝑒𝑙𝑎𝑠, 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑜𝑚𝑏𝑜𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑟𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑎𝑢𝑚 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑑𝑜𝑠𝑎.”

Tanda-tanda akhir zaman ini ialah sesuatu yang juga telah menjadi Tradisi Tuhan Semesta Alam, sehingga ia akan terus berulang di setiap zaman, iaitu pada setiap kedatangan misi risalah Allah yang dibawa oleh manusia pilihan-Nya.

Tradisi ini dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Qashash (28) ayat 58-59 berikut ini:

“58 𝐷𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑎𝑝𝑎 𝑏𝑎𝑛𝑦𝑎𝑘𝑛𝑦𝑎 (𝑝𝑒𝑛𝑑𝑢𝑑𝑢𝑘) 𝑛𝑒𝑔𝑒𝑟𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝐾𝑎𝑚𝑖 𝑏𝑖𝑛𝑎𝑠𝑎𝑘𝑎𝑛, 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑢𝑑𝑎ℎ 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔-𝑠𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑒ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎; 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑖𝑡𝑢𝑙𝑎ℎ 𝑡𝑒𝑚𝑝𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑑𝑖𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑖𝑎𝑑𝑎 𝑑𝑖𝑑𝑖𝑎𝑚𝑖 (𝑙𝑎𝑔𝑖) 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑑𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝑘𝑒𝑐𝑢𝑎𝑙𝑖 𝑠𝑒𝑏𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑐𝑖𝑙. 𝐷𝑎𝑛 𝐾𝑎𝑚𝑖 𝑖𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑃𝑒𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠(𝑛𝑦𝑎).”

“59 𝐷𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑅𝑎𝑏𝑏-𝑚𝑢 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎𝑠𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑡𝑎-𝑘𝑜𝑡𝑎, 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝐷𝑖𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑢𝑡𝑢𝑠 𝑑𝑖 𝑖𝑏𝑢 𝑘𝑜𝑡𝑎 𝑖𝑡𝑢 𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑙 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑐𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑦𝑎𝑡-𝑎𝑦𝑎𝑡 𝐾𝑎𝑚𝑖 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎; 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑝𝑒𝑟𝑛𝑎ℎ (𝑝𝑢𝑙𝑎) 𝐾𝑎𝑚𝑖 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎𝑠𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑡𝑎-𝑘𝑜𝑡𝑎; 𝑘𝑒𝑐𝑢𝑎𝑙𝑖 𝑝𝑒𝑛𝑑𝑢𝑑𝑢𝑘𝑛𝑦𝑎 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑒𝑎𝑑𝑎𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑘𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑧𝑎𝑙𝑖𝑚𝑎𝑛.”

Sekiranya kita membaca situasi sosiopolitik kekuasaan bangsa-bangsa di dunia saat ini, diyakini bahawa tanda-tanda akhir zaman itu sedang berlaku dan akan mencapai kemuncaknya dalam beberapa tahun akan datang.

Krisis sosial, krisis makanan (ekonomi) dan krisis politik akan berlaku secara merata di dunia ini, termasuk di negara yang kita cintai ini.

Konflik politik yang berdasarkan kepentingan ekonomi negara-negara berkuasa dunia akan mencetuskan perang dunia ketiga.
Perang antara blok Barat dan blok Timur akan berlaku lagi, sebagaimana perang antara Romawi dan Persia pada zaman nabi Muhammad.

Tetapi semua itu ialah sebahagian daripada senario besar Allah dalam rangka untuk menegakkan kembali kekuasaan Kerajaan-Nya di muka bumi sebagai sesuatu yang akan dianugerahkan atau dikurniakan kepada bangsa yang dipilih-Nya.

Sekiranya bangsa Nusantara ini ingin menjadi bangsa yang dianugerahkan kekuasaan dari Allah, maka syarat utamanya ialah bangsa ini harus menjadi bangsa yang benar-benar beriman hanya kepada-Nya dan sanggup untuk beramal soleh.

Iman dan amal soleh ialah syarat utama untuk mendapatkan anugerah kekuasaan dari Dia Yang Maha Kuasa, sepertimana janji Allah dalam Al-Quran surah An-Nūr (24) ayat 55 berikut ini:

“𝐷𝑎𝑛 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑒𝑟𝑗𝑎𝑛𝑗𝑖 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎𝑛 𝑑𝑖 𝑎𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑒𝑟𝑗𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑚𝑎𝑙-𝑎𝑚𝑎𝑙 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑤𝑎 𝐷𝑖𝑎 𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ-𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑘𝑢𝑎𝑠𝑎 𝑑𝑖 𝑚𝑢𝑘𝑎 𝑏𝑢𝑚𝑖, 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖𝑚𝑎𝑛𝑎 𝐷𝑖𝑎 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑘𝑢𝑎𝑠𝑎, 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ 𝐷𝑖𝑎 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑒𝑔𝑢ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑎𝑔𝑎𝑚𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑟𝑒𝑑𝑎𝑖-𝑁𝑦𝑎 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝑑𝑎𝑛 𝐷𝑖𝑎 𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟-𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑢𝑘𝑎𝑟 (𝑘𝑒𝑎𝑑𝑎𝑎𝑛) 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑑𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑒𝑡𝑎𝑘𝑢𝑡𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑛𝑡𝑎𝑢𝑠𝑎. 𝑀𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑏𝑑𝑖 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎-𝐾𝑢 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑎𝑑𝑎 𝑚𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑠𝑒𝑘𝑢𝑡𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑎𝑡𝑢 𝑎𝑝𝑎 𝑝𝑢𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝐴𝑘𝑢. 𝐷𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑖𝑎𝑝𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 (𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝) 𝑘𝑎𝑓𝑖𝑟 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑑𝑎ℎ (𝑗𝑎𝑛𝑗𝑖) 𝑖𝑡𝑢, 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑖𝑡𝑢𝑙𝑎ℎ 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑓𝑎𝑠𝑖𝑘.”

Demikianlah janji Allah yang bersifat pasti dan Dia tidak pernah lalai akan janji-Nya.

Bukankah semua kekuasaan di muka bumi ini adalah dari Dia dan atas kehendak Dia?

Sudahkah anda bersiap sedia untuk menanti kedatangan zaman baharu?

Zaman baharu adalah bersifat pasti kerana ini adalah penggenapan dari Allah supaya termaktubnya sistem Allah di atas muka bumi yang secara langsungnya akan berlaku keseimbangan alam dan manusia yang saling tunduk patuh dengan kekuasaan Allah.

Sudah pasti peralihan zaman ini akan ditandai dengan kepelbagaian konflik sebagai hasil keputusan daripada kehidupan manusia yang beratus tahun meninggalkan sistem Allah dengan meartabatkan sistem manusia.

𝐇𝐔𝐊𝐔𝐌 𝐀𝐉𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍  (𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟏)  Selain hukum pergantian dan pergiliran pada peradaban kekuasaan bangsa-bangsa sebaga...
21/05/2024

𝐇𝐔𝐊𝐔𝐌 𝐀𝐉𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍
(𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟏)

Selain hukum pergantian dan pergiliran pada peradaban kekuasaan bangsa-bangsa sebagai satu sifat daripada tradisi Tuhan Semesta Alam, hukum ajal adalah sesuatu yang tidak terlepas dari suatu peradaban kekuasaan.

Hukum ajal berkaitan dengan umur seseorang manusia dan juga berkaitan dengan umur umat atau umur bangsa.
Ketika berbicara soal ajal, bererti berbicara juga soal kelahiran dan kematian.

Dengan kata lain, segala sesuatu yang lahir pasti akan mati.
Inilah hukum ajal dan kesepasangan yang tidak dapat dihindari oleh siapa pun atau oleh kekuatan apa pun.

Arnold Toynbee (1971), dalam bukunya "𝐴 𝑆𝑡𝑢𝑑𝑦 𝑜𝑓 𝐻𝑖𝑠𝑡𝑜𝑟𝑦" menyatakan, bahawa "Semua peradaban bersifat kitaran".

Perjalanan peradaban bagaikan riwayat organisma yang hidup, mengalami tahap kelahiran, membesar dan runtuh (mati).

Walau bagaimanapun, keruntuhannya tidak selalu berakhir dengan kehancuran sepenuhnya.

Ini ialah sebahagian daripada hukum sejarah.

Proses itu akan berulang dan akan berganti meskipun dengan corak yang tidak sepenuhnya sama dengan peradaban sebelumnya kerana ada kalanya peradaban baharu yang dihasilkan daripada pertumbuhan semula mampu melebihi prestasi peradaban yang digantikannya.

Hal ini sesungguhnya sudah ditegaskan oleh Allah dalam Al-Quran surat Luqman (31) ayat 28:

“𝑇𝑖𝑑𝑎𝑘𝑙𝑎ℎ 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑐𝑖𝑝𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑘𝑖𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑖𝑡𝑢 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑖𝑛𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑛𝑦𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑝𝑒𝑟𝑡𝑖 (𝑚𝑒𝑛𝑐𝑖𝑝𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑘𝑖𝑡𝑘𝑎𝑛) 𝑠𝑎𝑡𝑢 𝑗𝑖𝑤𝑎 𝑠𝑎𝑗𝑎. 𝑆𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑀𝑎ℎ𝑎 𝑀𝑒𝑛𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑟 𝑙𝑎𝑔𝑖 𝑀𝑎ℎ𝑎 𝑀𝑒𝑙𝑖ℎ𝑎𝑡.”

Setiap individu manusia secara umumnya akan mengalami masa kelahiran, masa membesar dan akhirnya mati (wafat).

Begitu juga dengan umat (bangsa) mempunyai masa kelahiran dan kematian yang sama seperti manusia.

Satu perkara yang berkaitan dengan hukum ajal ini ialah waktunya menjadi rahsia Allah dan ketika waktu ajal itu tiba, maka tidak dapat ditunda atau dimajukan.

Kerana waktunya dirahsiakan, maka Allah meminta manusia dan bangsa (umat) untuk selalu membetulkan diri dan bersedia untuk menyambut kedatangannya yang terjadi secara tiba-tiba.

Beberapa firman Allah yang menegaskan isu hukum ajal tersebut adalah seperti berikut:

Al-Quran surah Al-A’raf (7) ayat 34 :

“𝑇𝑖𝑎𝑝-𝑡𝑖𝑎𝑝 𝑢𝑚𝑎𝑡 𝑚𝑒𝑚𝑝𝑢𝑛𝑦𝑎𝑖 𝑎𝑗𝑎𝑙 (𝑏𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑤𝑎𝑘𝑡𝑢); 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑎𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑡𝑎𝑛𝑔 𝑤𝑎𝑘𝑡𝑢𝑛𝑦𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑢𝑛𝑑𝑢𝑟𝑘𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎 𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑠𝑎𝑎𝑡 𝑝𝑢𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 (𝑝𝑢𝑙𝑎) 𝑚𝑒𝑚𝑎𝑗𝑢𝑘𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎.”

Al-Quran surah Yunus (10) ayat 47-49 :

“47 𝑇𝑖𝑎𝑝-𝑡𝑖𝑎𝑝 𝑢𝑚𝑎𝑡 𝑚𝑒𝑚𝑝𝑢𝑛𝑦𝑎𝑖 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑙; 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑎𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑡𝑎𝑛𝑔 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑙 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝑑𝑖𝑏𝑒𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑝𝑢𝑡𝑢𝑠𝑎𝑛 𝑎𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑎𝑑𝑖𝑙 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 (𝑠𝑒𝑑𝑖𝑘𝑖𝑡 𝑝𝑢𝑛) 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑑𝑖𝑎𝑛𝑖𝑎𝑦𝑎.”

“48 𝑀𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛: "𝐵𝑖𝑙𝑎𝑘𝑎ℎ (𝑑𝑎𝑡𝑎𝑛𝑔𝑛𝑦𝑎) 𝑎𝑛𝑐𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑖𝑡𝑢, 𝑗𝑖𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑚𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟?”

“49 𝐾𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ: "𝐴𝑘𝑢 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑏𝑒𝑟𝑘𝑢𝑎𝑠𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑡𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑚𝑢𝑑𝑎𝑟𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 (𝑝𝑢𝑙𝑎) 𝑘𝑒𝑚𝑎𝑛𝑓𝑎𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑑𝑖𝑟𝑖𝑘𝑢, 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑖𝑛𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑘𝑒ℎ𝑒𝑛𝑑𝑎𝑘𝑖 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ". 𝑇𝑖𝑎𝑝-𝑡𝑖𝑎𝑝 𝑢𝑚𝑎𝑡 𝑚𝑒𝑚𝑝𝑢𝑛𝑦𝑎𝑖 𝑎𝑗𝑎𝑙. 𝐴𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑡𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑗𝑎𝑙 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑢𝑛𝑑𝑢𝑟𝑘𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎 𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑠𝑎𝑎𝑡 𝑝𝑢𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 (𝑝𝑢𝑙𝑎) 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎ℎ𝑢𝑙𝑢𝑘𝑎𝑛(𝑛𝑦𝑎).”

Al-Quran surah Al-ḥijr (15) ayat 4-5 :

“4 𝐷𝑎𝑛 𝐾𝑎𝑚𝑖 𝑡𝑖𝑎𝑑𝑎 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎𝑠𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑎𝑡𝑢 𝑛𝑒𝑔𝑒𝑟𝑖 𝑝𝑢𝑛, 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑖𝑛𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑑𝑎 𝑏𝑎𝑔𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑘𝑒𝑡𝑒𝑛𝑡𝑢𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑠𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝𝑘𝑎𝑛.”

“5 𝑇𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑎𝑑𝑎 𝑠𝑢𝑎𝑡𝑢 𝑢𝑚𝑎𝑡 𝑝𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎ℎ𝑢𝑙𝑢𝑖 𝑎𝑗𝑎𝑙𝑛𝑦𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 (𝑝𝑢𝑙𝑎) 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑢𝑛𝑑𝑢𝑟𝑘𝑎𝑛(𝑛𝑦𝑎).”

Al-Quran surah Fathir (35) ayat 43-45:

“43 𝐾𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎 𝑘𝑒𝑠𝑜𝑚𝑏𝑜𝑛𝑔𝑎𝑛 (𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎) 𝑑𝑖 𝑚𝑢𝑘𝑎 𝑏𝑢𝑚𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎 𝑟𝑒𝑛𝑐𝑎𝑛𝑎 (𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎) 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑗𝑎ℎ𝑎𝑡. 𝑅𝑒𝑛𝑐𝑎𝑛𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑗𝑎ℎ𝑎𝑡 𝑖𝑡𝑢 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑖𝑚𝑝𝑎 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑖𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑛𝑐𝑎𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎 𝑠𝑒𝑛𝑑𝑖𝑟𝑖. 𝑇𝑖𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑛𝑎𝑛𝑡𝑖-𝑛𝑎𝑛𝑡𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑖𝑛𝑘𝑎𝑛 (𝑏𝑒𝑟𝑙𝑎𝑘𝑢𝑛𝑦𝑎) 𝑠𝑢𝑛𝑛𝑎ℎ (𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑒𝑟𝑙𝑎𝑘𝑢) 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑟𝑑𝑎ℎ𝑢𝑙𝑢. 𝑀𝑎𝑘𝑎 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖-𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑔𝑎𝑛𝑡𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑠𝑢𝑛𝑛𝑎ℎ 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ, 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖-𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 (𝑝𝑢𝑙𝑎) 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑒𝑚𝑢𝑖 𝑝𝑒𝑛𝑦𝑖𝑚𝑝𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑠𝑢𝑛𝑛𝑎ℎ 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑖𝑡𝑢.”

“44 𝐷𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑏𝑒𝑟𝑗𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑑𝑖 𝑚𝑢𝑘𝑎 𝑏𝑢𝑚𝑖, 𝑙𝑎𝑙𝑢 𝑚𝑒𝑙𝑖ℎ𝑎𝑡 𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖𝑚𝑎𝑛𝑎 𝑘𝑒𝑠𝑢𝑑𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝑠𝑒𝑑𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑖𝑡𝑢 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑙𝑒𝑏𝑖ℎ 𝑏𝑒𝑠𝑎𝑟 𝑘𝑒𝑘𝑢𝑎𝑡𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎? 𝐷𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑎𝑑𝑎 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑎𝑡𝑢 𝑝𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑚𝑒𝑙𝑒𝑚𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑎𝑖𝑘 𝑑𝑖 𝑙𝑎𝑛𝑔𝑖𝑡 𝑚𝑎ℎ𝑢𝑝𝑢𝑛 𝑑𝑖 𝑏𝑢𝑚𝑖. 𝑆𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑀𝑎ℎ𝑎 𝑀𝑒𝑛𝑔𝑒𝑡𝑎ℎ𝑢𝑖 𝑙𝑎𝑔𝑖 𝑀𝑎ℎ𝑎 𝐾𝑢𝑎𝑠𝑎.”

“45 𝐷𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑠𝑒𝑘𝑖𝑟𝑎𝑛𝑦𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑒𝑘𝑠𝑎 𝑚𝑎𝑛𝑢𝑠𝑖𝑎 𝑑𝑖𝑠𝑒𝑏𝑎𝑏𝑘𝑎𝑛 𝑢𝑠𝑎ℎ𝑎𝑛𝑦𝑎, 𝑛𝑒𝑠𝑐𝑎𝑦𝑎 𝐷𝑖𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎𝑙𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑝𝑒𝑟𝑚𝑢𝑘𝑎𝑎𝑛 𝑏𝑢𝑚𝑖 𝑠𝑢𝑎𝑡𝑢 𝑚𝑎𝑘ℎ𝑙𝑢𝑘 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑡𝑎 𝑝𝑢𝑛 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝𝑖 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑘𝑎𝑛 (𝑝𝑒𝑛𝑦𝑒𝑘𝑠𝑎𝑎𝑛) 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝑠𝑎𝑚𝑝𝑎𝑖 𝑤𝑎𝑘𝑡𝑢 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑟𝑡𝑒𝑛𝑡𝑢; 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑎𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑑𝑎𝑡𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑗𝑎𝑙 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑖𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑀𝑎ℎ𝑎 𝑀𝑒𝑙𝑖ℎ𝑎𝑡 (𝑘𝑒𝑎𝑑𝑎𝑎𝑛) ℎ𝑎𝑚𝑏𝑎-ℎ𝑎𝑚𝑏𝑎-𝑁𝑦𝑎.”

Kita pada hari ini diperkenalkan dengan istilah akhir zaman. Istilah akhir zaman ini sebenarnya adalah sesuatu yang tidak asing dalam pendengaran kita. Cuma pemahaman mungkin berbeza untuk mengolah maksud akhir zaman.

Kebiasaannya akhir zaman yang difahami adalah merujuk kepada tahun-tahun terakhir untuk kemusnahan bumi. Inilah yang menjadi kekeliruan di mana sangkaan kita kemusnahan bumi akan berlaku dalam masa terdekat apabila muncul tanda-tanda akhir zaman.

Tetapi bukan itu yang sebenarnya berlaku, akhir zaman adalah merujuk kepada berakhirnya era peradaban yang telah dibawa oleh para rasul. Begitulah berakhirnya zaman (akhir zaman) pada masa Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Isa dan begitu juga Nabi Muhammad.

Bersambung...

𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐇𝐔𝐋 𝐐𝐔𝐃𝐔𝐒   (𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑)  Kitab-kitab Allah menyebut orang-orang yang tidak beriman kepada Firman All...
14/05/2024

𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐇𝐔𝐋 𝐐𝐔𝐃𝐔𝐒
(𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑)

Kitab-kitab Allah menyebut orang-orang yang tidak beriman kepada Firman Allah sebagai orang yang hidup di dunia orang mati.

Apabila atas izin Allah seseorang beriman kepada Firman Allah, dia dikatakan sebagai orang yang bangkit dari dunia orang mati:

“𝐷𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 ‘𝑠𝑢𝑑𝑎ℎ 𝑚𝑎𝑡𝑖’ 𝑘𝑒𝑚𝑢𝑑𝑖𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑎 𝐾𝑎𝑚𝑖 ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝐾𝑎𝑚𝑖 𝑏𝑒𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑐𝑎ℎ𝑎𝑦𝑎 (𝑖𝑙𝑚𝑢) 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑐𝑎ℎ𝑎𝑦𝑎 (𝑖𝑙𝑚𝑢) 𝑖𝑡𝑢 𝑑𝑖𝑎 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑏𝑒𝑟𝑗𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑑𝑖 𝑡𝑒𝑛𝑔𝑎ℎ-𝑡𝑒𝑛𝑔𝑎ℎ 𝑚𝑎𝑠𝑦𝑎𝑟𝑎𝑘𝑎𝑡 𝑚𝑎𝑛𝑢𝑠𝑖𝑎, 𝑠𝑒𝑟𝑢𝑝𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑎𝑑𝑎𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑎𝑑𝑎 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑔𝑒𝑙𝑎𝑝 𝑔𝑢𝑙𝑖𝑡𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖-𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑙𝑢𝑎𝑟 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝑝𝑎𝑑𝑎𝑛𝑦𝑎? 𝐷𝑒𝑚𝑖𝑘𝑖𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑗𝑎𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑓𝑖𝑟 𝑖𝑡𝑢 𝑚𝑒𝑚𝑎𝑛𝑑𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑎𝑖𝑘 𝑎𝑝𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑘𝑒𝑟𝑗𝑎𝑘𝑎𝑛.” (𝑨𝒍-𝑨𝒏'𝒂𝒂𝒎 (6): 122).

“𝑆𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑎𝑡𝑖 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑟 (𝑚𝑒𝑛𝑔𝑒𝑟𝑡𝑖) 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑗𝑢𝑔𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑏𝑢𝑡 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑟 𝑝𝑎𝑛𝑔𝑔𝑖𝑙𝑎𝑛 (𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎ℎ), 𝑎𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑒𝑟𝑝𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑢.” (𝑨𝒏-𝑵𝒂𝒎𝒍 (27): 80)

Nabi Muhammad seperti nabi-nabi sebelumnya, hidup di dunia orang mati.

Muhammad hanya menjadi orang yang hidup di hadapan Allah ketika Dia menurunkan Ruhul Qudus ke dalam diri Muhammad. [𝑨𝒔𝒚-𝑺𝒚𝒖’𝒂𝒓𝒂' (26): 192-194 𝒅𝒂𝒏 𝑭𝒖𝒔𝒉𝒔𝒉𝒊𝒍𝒂𝒕 (41): 30]

Sejak Muhammad diangkat sebagai nabi, maka semua ucapannya bukan lagi datang daripada fikiran peribadinya, tetapi apa yang diucapkannya ialah suara Tuhan, iaitu yang disebut sebagai ‘wahyu’ [𝑨𝒏-𝑵𝒂𝒋𝒎 (53): 3].

Daripada rumusan ini, kita dapat memahami bahawa setiap nabi, khususnya dan orang yang beriman, umumnya hanyalah ‘pengantara’ bagi Tuhan untuk berbicara kepada manusia.
Al-Kitab menyatakan bahawa semua nabi ialah mulut Tuhan, (𝑼𝒍. 18: 18).

Kerana semua Nabi dan Rasul Allah merupakan mulut Tuhan Yang Maha Esa, maka ajaran semua Nabi dan Rasul Allah adalah sama iaitu ajaran Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan semesta alam.

Perbezaannya hanyalah dalam soal bahasa.

Ketika Allah mahu berbicara kepada Bangsa Israel, Allah menggunakan bahasa Ibrani atau bahasa yang digunakan oleh anak cucu Yakub dan tatkala Allah mengajarkan ajaran-Nya kepada Bangsa Arab daripada keturunan Ismail, Allah menggunakan bahasa Arab [𝑰𝒃𝒓𝒂𝒉𝒊𝒎 (14): 4]

Berkaitan dengan kandungan ajaran, sama ada visi mahupun misinya, adalah sama iaitu sistem ketaatan atau kepatuhan manusia kepada Allah, Tuhan semesta alam, [𝑨𝒔𝒚-𝑺𝒚𝒖𝒓𝒂 (42): 13]

Kitab-kitab yang diajarkan oleh Tuhan menjadi ukuran kebenaran bagi orang beriman.

Manakala agama atau ajaran kehidupan yang tidak sesuai dengan kitab-kitab Allah, maka agama atau ajaran itu bukan berasal dari Tuhan dan dipandang sebagai agama berhala [𝑨𝒏-𝑵𝒊𝒔𝒂 (4): 60] 𝒅𝒂𝒏 [𝑼𝒍. 17: 2-5].

Firman ialah perkataan Allah yang diajarkan atau diwahyukan kepada para nabi.

Firman Allah, jika difahami dan diimani, di dalamnya mengandungi Ruh atau kekuatan yang membuatkan kalbu manusia yang ‘mati’ menjadi ‘hidup’.

Jadi, Ruh Qudus tidak dapat dipisahkan daripada Firman.
Seseorang itu tidak mungkin mendapat Ruh Qudus jika dia tidak memahami Firman yang diucapkan atau dikatakan oleh para nabi atau utusan Tuhan.

Roh Kudus bukanlah sesuatu yang selain daripada Firman.
Jika seorang nabi atau utusan Tuhan meninggal dunia, maka jasadnya kembali kepada tanah tetapi Ruh yang merupakan Firman Tuhan itu akan kembali kepada Tuhan.

Firman Tuhan yang disampaikan melalui Yesus sebagai pengantara itu diajarkan kepada murid-muridnya, sehingga murid-muridnya pun memiliki Ruh Qudus seperti apa yang dimiliki oleh Yesus.

Jadi, tanpa memahami Firman Tuhan yang diajarkan oleh para Nabi dan Rasul termasuk Yesus, tidak mungkin seseorang itu memiliki Ruhul Qudus.

Bersemayamnya Ruhul Qudus adalah di dalam qolbu orang-orang yang beriman. Tidak mungkin orang-orang yang belum dibersihkan kekotorannya menjadi tempat bersemayam Ruhul Qudus di dalam qolbu. Firman Allah merupakan keilmuan Allah yang difahami oleh orang-orang yang mahu memahaminya dengan Ruhul Qudus.

Tanpa Ruhul Qudus, bermaksud manusia yang hidup di atas muka bumi hanya akan bersikap menduga-duga dan menyangka bahawa apa yang mereka praktikkan di dalam kehidupan adalah sistem yang sebenar. Manusia sudah tidak lagi berada di dalam fitrah penciptaan Allah. Maka hancurlah kehidupan dan tiada keseimbangan lagi serta manusia berada di dalam azab dan kutukan Allah.

12/05/2024

Tinggalan Rasulullah?

Sudah berapa kali dunia disajikan dengan tatapan tinggalan Rasulullah Muhammad saw berupa rambut baginda. Berebut-rebut orang yang mengaku diri mereka umat Muhammad ingin mengambil 'berkah' dari tinggalan ini.

Soalnya, adakah ini tinggalan sebenar Rasulullah Muhammad? Akan kita bahaskan soal ini di hujung penulisan ini. Sebelum itu, mari kita perhatikan apakah tinggalan sebenar yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad saw kepada kita?

Ketika baginda menunaikan Haji Wada (terakhir), baginda meninggalkan kepada umatnya 10 wasiat dan tidak satu pun dari wasiat tersebut membicarakan tentang tinggalan dari tubuh mahupun harta baginda.

Mari kita amati salah satu dari 10 wasiat baginda di bawah:

تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللهِ وَ سُنَّةَ رَسُوْلِهِ
Maksudnya: Aku TELAH TINGGALKAN buat kalian DUA perkara PUSAKA yang kalian tidak akan tersesat selama-lamanya selagi mana kalian berpegang kepada keduanya iaitu KITAB ALLAH dan SUNNAH RASUL-RASUL-NYA. - Riwayat Al-Imam Malik di lam al-Muwatto’ (3)

Di dalam hadith di atas Nabi Muhammad menegaskan tidak akan tersesat umatnya buat selamanya selagi berpegang kepada dua perkara ini; Kitab Allah dan Sunnah Rasul-rasul-Nya.

Jika begitu tinggi magnitud kepentingan tinggalan ini, sehinggakan dengannya kita tidak tersesat selamanya, maka mengapa harus ada perkara lain yang kita hadap? genggamlah kitab Allah seeratnya, baca dan fahamilah ia.

Kitab Allah membicarakan tentang kisah-kisah Nabi dan Rasul terdahulu yang melalui pelbagai cabaran dalam menegakkan dien Allah di muka bumi. Manakala Sunnah Rasul-rasul-Nya membicarakan tentang ketetapan, pergerakan dan cara Rasul-rasul Allah dalam menegakkan dien.

Namun malangnya, setelah tertegaknya dien Allah selang beberapa ratus tahun, manusia kembali mensyirikkan Allah dengan memecah belah dien mereka kepada beberapa golongan. Masing-masing merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. Perhatikan ayat di bawah:

Surah Ar-Rum 30, Ayat 31-32:

مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
dengan kembali bertaubat kepada-Nya, dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah shalat dan JANGANLAH kamu termasuk orang-orang yang MENSYIRIKKAN ALLAH,

مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ
yaitu orang-orang yang MEMECAH-BELAH DIEN mereka dan mereka MENJADI BEBERAPA GOLONGAN. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.

Salah satu definasi orang yang mensyirikkan Allah adalah memecah-belah dien. Inilah apa yang berlaku kepada umat Islam zaman sekarang. Mereka memecah-belah dien kepada beberapa golongan sedang kita diajak untuk bersatu dalam menegakkan dien. Perhatikan firman Allah di bawah:

Surah Ash-Shura 42, Ayat 13:

شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ
Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang dien apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: TEGAKKANLAH DIEN dan JANGANLAH KAMU BERPECAH-BELAH tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik dien yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada dien itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (dien)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya).

Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, dan Muhammad telah diwasiatkan dengan syariat yang sama iaitu; tegakkan dien dan jangan berpecah-belah

Inilah perkara utama yang dituntut Allah dan Rasulnya agar dikerjakan kita. Bukanlah menghadap perkara-perkara yang tidak menyumbang kepada penegakan dien.

Perbahasan tentang adakah itu rambut (tinggalan) sebenar Rasulullah Muhammad? mari kita perhatikan hadith di bawah:

Qatadah bertanya kepada Anas, “Seperti apa ciri-ciri rambut Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam?” Anas menjawab ” Rambut Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berada di tengah-tengah antara kerinting dan lurus, sementara panjangnya mencapai bagian bawah daun telinganya” - (Riwayat Tirmizi, Bukhari,Muslim, Nasa’i dan Ahmad)

Sesetengan hadith lain mengatakan antara paras telinga dan tengkuk. Maka kalau itulah parasnya rambut Nabi, rambut siapakah yang mereka usap?

Tidak perlulah kita menghadap perkara yang kita tidak pasti. Hadaplah perkara-perkara yang kita sudah pasti akan kebenaran dan kesahihannya, iaitu Kitab Allah.

Surah Al-Furqan 25, Ayat 30:
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan".

Surah Yunus 10, Ayat 36:
وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلا ظَنًّا إِنَّ الظَّنَّ لا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.

Fikir-fikirkan.




Adresse

Paris

Site Web

Notifications

Soyez le premier à savoir et laissez-nous vous envoyer un courriel lorsque Hud Hud publie des nouvelles et des promotions. Votre adresse e-mail ne sera pas utilisée à d'autres fins, et vous pouvez vous désabonner à tout moment.

Partager