Pejabat Atase Pendidikan Kelantan Kaherah

Pejabat Atase Pendidikan Kelantan Kaherah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Atase Pendidikan Kelantan Kaherah, Government Organization, Wisma Tengku Mahkota , Kelantan, , 22 El-Baramikah Street, 7th District, Nasr City.

Pejabat Atase Pendidikan Kelantan menguruskan urusan kebajikan dan pendidikan semua mahasiswa Timur Tengah termasuk Mesir, Jordan, Tunisia, Madinah dan Saudi Arabia.

[TURATHUNA]Panduan Menyelami Khazanah Ilmu Warisan Ulama'.‘ PENGAJIAN HADIS : SATU PERBAHASAN MENYELURUH ’Makluman kepad...
16/12/2025

[TURATHUNA]

Panduan Menyelami Khazanah Ilmu Warisan Ulama'.
‘ PENGAJIAN HADIS :
SATU PERBAHASAN MENYELURUH ’

Makluman kepada SEMUA PELAJAR negeri Kelantan khasnya dan MALAYSIA amnya, Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah akan mengadakan Program TURATHUNA Siri Ketiga yang memfokuskan kepada Perbahasan Menyeluruh Dalam Mendalami Pengajian Kitab Turath Bidang Hadis.

Maklumat majlis adalah seperti berikut:
Hari: Khamis
Tarikh: 18 Disember 2025
Waktu: 7.00 Malam
Tempat: Surau Wisma Tengku Mahkota Kelantan

Penerangan akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hanis bin Zaharin, Calon PhD (Ijazah Doktor Falsafah) Dalam Pengajian Hadis Universiti Al-Azhar.

Penyertaan adalah PERCUMA dan TERBUKA kepada SEMUA PELAJAR MALAYSIA pelbagai bidang sama ada USULUDDIN, SYARIAH, BAHASA ARAB, ULUM ISLAMIYYAH, QIRAAT mahupun SAINS KESIHATAN.

Sama-sama kita mengambil manfaat dan istifadah daripada program ini. Insya-ALlah.

Sekian, harap maklum.

"Transformasi Mahasiswa Murabbi Rabbani"

✨ JEMPUTAN TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR KELANTAN & MALAYSIA ✨📚 MUMTAZ MA’ANMemaknai Perjalanan IlmuPejabat Pegawai Kebaj...
16/12/2025

✨ JEMPUTAN TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR KELANTAN & MALAYSIA ✨

📚 MUMTAZ MA’AN
Memaknai Perjalanan Ilmu

Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah dengan penuh hormat menjemput semua pelajar Kelantan khususnya serta pelajar Malaysia amnya untuk menghadiri satu sesi perkongsian inspiratif yang sarat dengan nilai, pengalaman dan motivasi kehidupan sebagai penuntut ilmu.

🎙️ Bersama:
Dr. Oki Setiana Dewi

🗓 Tarikh: 17 Disember 2025 (Rabu)
⏰ Masa: 7.30 malam
📍 Tempat: Surau Wisma Tengku Mahkota Kelantan

🔍 Antara pengisian utama:
• Inspirasi kembara ilmu dan perjalanan menuntut hikmah
• Suntikan motivasi menjelang peperiksaan
• Perkongsian cabaran sebenar dalam pengurusan masa
• Pembinaan imej dan jati diri muslimah sejati

Program ini diharap dapat membantu para pelajar memaknai makna kecemerlangan bukan sekadar pada pencapaian akademik tetapi juga dalam pembentukan sahsiah, disiplin dan hala tuju kehidupan.

✅ SEMUA PELAJAR DIJEMPUT HADIR
Mari bersama-sama kita memperkukuh langkah, menyusun niat dan memaknai perjalanan ilmu dengan lebih bermakna.

✨ Jemputan Rasmi Kepada Semua Pelajar Kelantan & Malaysia di Mesir ✨Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Ten...
08/12/2025

✨ Jemputan Rasmi Kepada Semua Pelajar Kelantan & Malaysia di Mesir ✨

Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah dengan kerjasama Education Malaysia Egypt dan Akademi Kenegaraan Malaysia dengan penuh hormat menjemput seluruh pelajar Kelantan khususnya dan para mahasiswa Malaysia di Mesir amnya untuk menghadiri ;

KULIAH MAGHRIB PERDANA & TAKLIMAT KENEGARAAN

📅 Tarikh: 8 Disember 2025 (Isnin)
⏰ Masa: 4.00 petang (sebelum Maghrib)
📍 Tempat: Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK)

Majlis ini memberi peluang kepada para pelajar memahami hal ehwal kenegaraan, hala tuju negara serta aspirasi kepimpinan dalam membina generasi mahasiswa Rabbani Murabbi yang berwibawa.

🎓 Semua pelajar dijemput hadir.

Sijil Penyertaan disediakan kepada peserta yang mendaftar.
Sila daftar melalui pautan berikut. Sila klik : https://forms.gle/ddQPrYEQxCorAkuD6

Program ini merupakan peluang besar untuk kembali memperkukuh jatidiri, memahami naratif besar pembangunan negara serta menyelami gagasan Transformasi Mahasiswa Rabbani Murabbi.

Jom hadir beramai-ramai dengan semangat ilmu dan kecintaan kepada tanah air.

DAURAH ILMU AQIDAHMakluman kepada semua pelajar negeri Kelantan khasnya dan luar Kelantan amnya, Pejabat Pegawai Kebajik...
01/12/2025

DAURAH ILMU AQIDAH

Makluman kepada semua pelajar negeri Kelantan khasnya dan luar Kelantan amnya, Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah akan mengadakan program tersebut sebagaimana berikut ;

Kitab: Bidayatul Hidayah Syarah Al-Muqaddimah Al-Sanusiah karangan As-Syeikh Muhammad Zain bin Al-Faqih Jalaluddin Al-Lasyi Al-Syafie

Pengajar: Al-Faḍhīl Ustaz Muhamad Fakhry bin Mohd Zaidy al-Kelantānī

Bermula: 5 hingga 11 Disember 2025
Hari: Setiap hari kecuali Isnin & Selasa

Waktu:
* Sesi 1: 3.30 – 5.00 petang
* Sesi 2: 5.45 – 8.00 malam

Tempat: Surau Wisma Tengku Mahkota Kelantan, Kaherah, Mesir

Para peserta yang berminat boleh mendapatkan kitab tersebut dengan harga RM 35 melalui tempahan menggunakan pautan Google Form di bawah.

https://forms.gle/JYJa5KU6zAUMdEQF8

Pengajian ini dianjurkan secara percuma dan terbuka kepada semua pelajar yang berminat.

Lokasi Tempat Pengajian:
https://share.google/8MeFmglDYOJLpZ0fj

Sebarang pertanyaan:
Ustaz Akmal Hakimi - wa.me/+60139817227
Ustaz Nik Salihin - wa.me/+60103067071

Sekian, harap maklum.

"Transformasi Mahasiswa Murabbi Rabbani"

29/11/2025
[TURATHUNA] Panduan Menyelami Khazanah Ilmu Warisan Ulama'.‘ FIQH WA USULUH : SATU PERBAHASAN MENYELURUH ’Makluman kepad...
23/11/2025

[TURATHUNA]
Panduan Menyelami Khazanah Ilmu Warisan Ulama'.

‘ FIQH WA USULUH :
SATU PERBAHASAN MENYELURUH ’

Makluman kepada SEMUA PELAJAR negeri Kelantan khasnya dan MALAYSIA amnya, Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah akan mengadakan Program TURATHUNA Siri Kedua yang memfokuskan kepada Perbahasan Menyeluruh Dalam Mendalami Pengajian Kitab Turath Syariah Wa Usuluhu.

Maklumat majlis adalah seperti berikut:

Hari: Isnin
Tarikh: 24 November 2025
Waktu: Selepas Solat Isyak (8.00 Malam)
Tempat: Surau Wisma Tengku Mahkota Kelantan

Penerangan akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Najmi bin Inche Ibrahim, Calon PhD (Ijazah Doktor Falsafah) Universiti Al-Azhar (Mendapat Pangkat Mumtaz dalam Master Usul Fiqh Universiti Al-Azhar).

Penyertaan adalah PERCUMA dan TERBUKA kepada SEMUA PELAJAR MALAYSIA pelbagai bidang sama ada USULUDDIN, SYARIAH, BAHASA ARAB, ULUM ISLAMIYYAH, QIRAAT mahupun SAINS KESIHATAN. Sama-sama kita mengambil manfaat dan istifadah daripada program ini. Insya-ALlah.

Sekian, harap maklum.

"Transformasi Mahasiswa Murabbi Rabbani"

📣 JEMPUTAN TERBUKA!✨ IV CANNULATION 101: Practical Workshop🎓 Mahu kuasai kemahiran asas penting dalam bidang perubatan?J...
10/11/2025

📣 JEMPUTAN TERBUKA!
✨ IV CANNULATION 101: Practical Workshop

🎓 Mahu kuasai kemahiran asas penting dalam bidang perubatan?
Jom sertai Bengkel Praktikal IV Cannulation 101 bersama Khayran Affan yang akan berkongsi teknik sebenar serta langkah-langkah tepat dalam prosedur pemasangan branula (IV line).

📅 Tarikh: Selasa, 11 November 2025
🕢 Masa: Selepas Solat Isyak (7.30 malam)
🏠 Tempat: Surau Wisma Tengku Mahkota Kelantan

🎯 Terbuka kepada semua pelajar perubatan!
Datanglah menimba pengalaman dan kemahiran sebenar dunia klinikal bersama rakan-rakan.

Anjuran:
Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah

📸 Majlis Graduasi Universiti Al-Azhar, Helwan🌸 Kecemerlangan Anak Kelantan di Pentas AntarabangsaAlhamdulillah, segala p...
07/11/2025

📸 Majlis Graduasi Universiti Al-Azhar, Helwan
🌸 Kecemerlangan Anak Kelantan di Pentas Antarabangsa

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT.

Semalam menyaksikan satu lagi detik membanggakan buat Negeri Kelantan apabila Wan Tasnim Salsabila binti Wan Mohd Sharafi, anak kelahiran negeri Kelantan telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di Universiti Al-Azhar pada usia 19 tahun dengan pangkat Mumtaz Ma‘a Martabat Syaraf, pencapaian tertinggi dalam bidang pengajian Islam.

Lebih membanggakan, beliau turut diberi penghormatan menyampaikan ucapan mewakili pelajar antarabangsa (Wafidat) dalam Majlis Graduasi Qism Usuluddin, Kuliah Pengajian Islam dan Bahasa Arab Banat, Universiti Al-Azhar yang berlangsung di Helwan University, Kaherah.

Turut hadir meraikan kejayaan ini ialah Pegawai dan Penolong Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah Ustaz Che Khairuleffendi bin Che Kamaruzaman dan Ustaz Haji Nawi Saleh yang bersama memberikan sokongan dan semangat kepada graduan cemerlang ini.

Tahniah diucapkan kepada Wan Tasnim Salsabila serta ibu bapa beliau atas kejayaan yang mengharumkan nama keluarga, negeri dan Malaysia di bumi Anbiya’.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat seluruh mahasiswa dan mahasiswi Kelantan di Mesir untuk terus menuntut ilmu dengan tekun dan ikhlas lillahi ta‘ala.

✨ Mumtaz di dunia, Mumtaz di sisi Allah.

'Transformasi Mahasiswa Rabbani Murabbi'

Address

Wisma Tengku Mahkota , Kelantan, , 22 El-Baramikah Street, 7th District
Nasr City

Opening Hours

Monday 8am - 1pm
2pm - 3:30pm
Tuesday 8am - 3:30pm
Wednesday 8am - 3:30pm
Thursday 8am - 3:30pm
Sunday 8am - 3:30pm

Telephone

+201111349917

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Atase Pendidikan Kelantan Kaherah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Atase Pendidikan Kelantan Kaherah:

Shortcuts

Share