Pejabat Atase Pendidikan Perak

Pejabat Atase Pendidikan Perak Pejabat Agensi di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang menyelia akademik dan kebajikan Anak Perak di Mesir, Jordan dan Maghribi.

Kaherah, 6 September 2026 - Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak berkesempatan menghadiri sesi "viva voce" calon Sarjan...
06/09/2026

Kaherah, 6 September 2026 - Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak berkesempatan menghadiri sesi "viva voce" calon Sarjana dalam bidang Bahasa Arab daripada Perak, Saudari Aida Hidayah binti Yusof Zaki bertempat di Dewan Syeikh Imam Akbar Ahmad Tayyib, Fakulti Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar, Mesir.

Dalam sesi tersebut, Saudari Aida Hidayah telah membentangkan tesis beliau bertajuk "BENTUK-BENTUK IMBUHAN DAN MAKNANYA DALAM KITAB TAJ AL-'ARUS DARI JAWAHIR AL-QAMUS KARYA AL-ZABIDI, JILID KETUJUH: PENGUMPULAN & ANALISIS".

Selepas melalui sesi soal jawab selama hampir 3 jam, Saudari Aida Hidayah telah dianugerahkan Sarjana Bahasa Arab (Linguistik) dengan pangkat Mumtaz.

Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak ingin mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga Saudari Aida Hidayah terus cemerlang dalam segala bidang yang bakal diceburi pada masa akan datang.

الحمد لله على سلامتكم ووصولكم إلى أرض مصر 🇪🇬أهلاً وسهلاً بكم في مصر، ونسأل الله أن تكون رحلتكم وبدايتكم الدراسية مباركة ...
03/09/2026

الحمد لله على سلامتكم ووصولكم إلى أرض مصر 🇪🇬

أهلاً وسهلاً بكم في مصر، ونسأل الله أن تكون رحلتكم وبدايتكم الدراسية مباركة وموفقة 🤲

Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) akan menganjur...
03/09/2026

Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) akan menganjurkan program ceramah perdana bertajuk GENERASI DALAM BAHAYA: MEMBENTENGI AKIDAH DARIPADA AJARAN SESAT, PENYELEWENGAN PEMIKIRAN DAN GEJALA SONGSANG yang akan disampaikan oleh Tuan ACP Bakari bin Bakar; Menteri Penasihat (Keselamatan), Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 5 September 2026 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Asrama Baharu Wilayah Perserkutuan

Sehubungan itu, semua pelajar anak Perak adalah dijemput untuk menghadiri program ini. Makanan akan disediakan bagi semua yang hadir seawal jam 7.00 malam sebelum program bermula.

Sekian, terima kasih.

BERBEZA BUDAYA BUKAN ALASAN UNTUK BERBEZA ADABKalau mahu dihormati, belajarlah menghormati.Kalau mahu diterima, jagalah ...
11/08/2026

BERBEZA BUDAYA BUKAN ALASAN UNTUK BERBEZA ADAB

Kalau mahu dihormati, belajarlah menghormati.

Kalau mahu diterima, jagalah adab.

Dan kalau membawa nama negara, jangan sesekali mencemarkannya.

GARIS PANDUAN ETIKA DAN GAYA HIDUP PELAJAR MALAYSIA DI MESIR

BELASUNGKAWASekitar upacara pengebumian Allahyarham Muhammad Al Fateh bin Khalid, pelajar Perak yang meninggal dunia pad...
14/07/2026

BELASUNGKAWA

Sekitar upacara pengebumian Allahyarham Muhammad Al Fateh bin Khalid, pelajar Perak yang meninggal dunia pada 13 Julai 2026 di Tanah Perkuburan Malaysia, Bilbeis.

Jenazah terdahulu telah disolatkan di Masjid Musa, Hayyu Sabie dengan kehadiran kira-kira 200 orang pelajar Malaysia yang tinggal di kawasan sekitar.

Pejabat AP Negeri Perak ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), Education Malaysia Egypt (EME), Pejabat Atase Agama Kaherah, Pejabat AP Negeri Kelantan, Pejabat MARA Mesir serta sahabat-sahabat Allahyarham termasuk daripada Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM), Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir (MP3M), ABIM Mesir yang telah bersama-sama melancarkan urusan perjalanan Allahyarham menuju ke negeri abadi.

Moga Allah S.W.T. mengampunkan segala dosa Allahyarham, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman.

Upacara pengebumian tersebut selesai disempurnakan pada jam 7.45 petang.

انا لله وانا إليه راجعونSemoga Allah S.W.T. menempatkan roh Allahyarham Muhammad Al Fateh bin Khalid bersama para solihi...
14/07/2026

انا لله وانا إليه راجعون

Semoga Allah S.W.T. menempatkan roh Allahyarham Muhammad Al Fateh bin Khalid bersama para solihin.

Turut didoakan supaya pengurusan jenazah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

إن شا الله. آمين يا رب العالمين.

Makluman Dukacita Pemergian Pelajar Perak di Mesir

Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar Perak, Allahyarham Muhammad Al Fateh bin Khalid, berusia 23 tahun, telah kembali ke rahmatullah pada 13 Julai 2026.

Allahyarham merupakan pelajar Tahun 3, Fakulti Syariah Islamiyah, Universiti Al-Azhar, Mesir, serta memegang amanah sebagai Exco Dakwah dan Tarbiah ABIM Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang baik, berakhlak mulia dan disenangi oleh rakan-rakan.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, mengurniakan tempat dalam kalangan orang-orang yang beriman serta mengurniakan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga.

Al-Fatihah.

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak invites registered contractors in the Arab Republic of Egypt with the relevant...
14/07/2026

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak invites registered contractors in the Arab Republic of Egypt with the relevant specifications to submit the offer for the following works.

PENGUMUMANMulai sesi pengajian 2026/2027, semua permohonan Dermasiswa Luar Negara (DLN) Majlis Agama Islam dan 'Adat Mel...
09/05/2026

PENGUMUMAN

Mulai sesi pengajian 2026/2027, semua permohonan Dermasiswa Luar Negara (DLN) Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak hendaklah dikemukakan melalui sistem MAIPk Bestari di pautan berikut:

🔗 https://bestari.maipk.gov.my/

Sistem ini juga boleh dimuat turun dalam versi aplikasi peranti mudah alih melalui Google Play atau Apple App Store.

Sekian, terima kasih.

MAIPk Bestari memudahkan Bayaran Zakat, Pengurusan Bantuan Agihan Zakat dan Pengurusan Mal & Wakaf dalam satu aplikasi pintar

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026Mاللهم تقبل صيامنا وخالص أعمالنا من العائدين والفائزينوكل عام وانتم بخير 😍
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M

اللهم تقبل صيامنا وخالص أعمالنا
من العائدين والفائزين
وكل عام وانتم بخير 😍

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2026M/1447H

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam khususnya di Negeri Perak.

Sama-samalah kita berasa insaf, melafazkan kesyukuran kerana dapat menyambut aidilfitri dalam suasana sebuah negara yang aman dan damai berbanding saudara-saudara islam kita yang berada di tempat-tempat yang menghadapi krisis, perang saudara dan peperangan terutama di Gaza dan di Iran.

Sambutlah Aidilfitri dalam semangat kesyukuran, berkongsi rezeki, menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan melalui zakat, wakaf dan sedekah.

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan silaturahim sesama kita.

Tulus ikhlas :

Yang Dipertua,
Ketua Pegawai Eksekutif,
dan warga kerja Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak

BORANG PENDAFTARAN RAKYAT MALAYSIA DI MESIRSemua rakyat Malaysia berstatus pelajar, expat mahupun pelancong yang berada ...
03/03/2026

BORANG PENDAFTARAN RAKYAT MALAYSIA DI MESIR

Semua rakyat Malaysia berstatus pelajar, expat mahupun pelancong yang berada di Mesir adalah digalakkan untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK)

Address

23, Ahmad Hassan Zayyad Street
Nasr City
11765

Opening Hours

Monday 9am - 2pm
Tuesday 9am - 2pm
Wednesday 9am - 2pm
Thursday 9am - 2pm
Sunday 9am - 5pm

Telephone

+201098569800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Atase Pendidikan Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Atase Pendidikan Perak:

Shortcuts

Share