Pejabat Atase Pendidikan Negeri Terengganu Timur Tengah

Pejabat Atase Pendidikan Negeri Terengganu Timur Tengah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Atase Pendidikan Negeri Terengganu Timur Tengah, Government Organization, Building No. 14, Masyrou' 18, El-Tooba El-Ramly, 10th District, Nasr City.

NOTIS KONSULAR KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI MESIRKeluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir - KPT
30/07/2026

NOTIS KONSULAR KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI MESIR

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir - KPT

NOTIS KONSULAR KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI MESIR

Wisma Putra

TAHNIAH KEPADA GRADUAN ANAK TERENGGANU KUMPULAN PERTAMA ALGERIAPejabat Atase Pendidikan Terengganu Timur Tengah mengucap...
17/07/2026

TAHNIAH KEPADA GRADUAN ANAK TERENGGANU KUMPULAN PERTAMA ALGERIA

Pejabat Atase Pendidikan Terengganu Timur Tengah mengucapkan tahniah kepada 8 orang graduan Terengganu kumpulan Pertama yang telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Emir Abdul Qader, Constantine dan Universiti Algiers , Algiers.

Usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri Terengganu membuahkan hasil sebermula kunjungan hormat ke Kementerian Pengajian Tinggi Algeria pada tahun 2022 yang membuka peluang kepada 10 orang pelajar Terengganu menerima tajaan biasiswa penuh daripada kerajaan Algeria. Hasil hubungan baik yang berterusan, koata penghantaran pelajar bertambah kepada 20 orang pelajar setiap tahun.

Pelajar Terengganu di Algeria terkini seramai 57 orang akan bertambah kehadiran pelajar baru tidak lama nanti.

Semoga usaha dan pelaburan negeri ini memberi manfaat yang besar untuk negeri, masyarakat dan agama kelak.

Kredit gambar kepada:
Ustaz Saiful Bahri
Yayasan Terengganu
Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu
Persatuan Mahasiswa Malaysia Algeria - PIQMA





06/07/2026

[๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐: ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐๐ˆ๐๐‰๐€๐Œ๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐”๐๐€๐‡ ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”]

Peluang keemasan buat anak-anak Terengganu yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di luar negara!

Yayasan Terengganu kini membuka permohonan bagi Skim Pinjaman Boleh Ubah (Pengajian Luar Negara) 2026 khusus bagi Program Persediaan Pengajian Islam ke destinasi berikut:

๐ŸŒ Destinasi & Program Ditawarkan:

1. Cape Town โ€“ Persediaan Pengajian Islam ke International Peace College South Africa (IPSA) di Universiti Islam Selangor.

2. Algeria โ€“ Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Emir Abdelkader Universiti Algeria.

3. Tunisia โ€“ Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Ez-Zitouna Universiti Tunisia.

4. Libya โ€“ Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Kuliah Dakwah Islamiah Tripoli, Libya.

๐Ÿ“… Tarikh Permohonan Dibuka:

Mulai : 3 Julai 2026 (8.00 Pagi)

Tutup: 9 Julai 2026 (12.00 Tengah Hari)

๐Ÿ’ป Cara Memohon:
Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui pautan rasmi:

๐Ÿ”— https://ytpenajaan.terengganu.gov.my

๐Ÿ“ฑ Syarat Kelayakan:
Sila imbas kod QR yang tertera pada poster untuk menyemak syarat-syarat tawaran penuh.

Salam Maal Hijrah 1448Pejabat Atase Pendidikan Negeri Terengganu Timur Tengah ingin mengambil kesempatan untuk mengucapk...
15/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448

Pejabat Atase Pendidikan Negeri Terengganu Timur Tengah ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1448 buat seluruh umat Islam khususnya yang berada di Timur Tengah.

Semoga kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa agung Hijrah Baginda SAW dan para Sahabat RA.

Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum.

ูƒู„ ุนุงู… ูˆุฃู†ุชู… ุจุฎูŠุฑ





AIDILADHA DISAMBUT MERIAH PELAJAR TERENGGANU DI MESIR, JORDAN DAN ALGERIAKAHERAH, 1 Jun - Para pelajar Malaysia di luar ...
02/06/2026

AIDILADHA DISAMBUT MERIAH PELAJAR TERENGGANU DI MESIR, JORDAN DAN ALGERIA

KAHERAH, 1 Jun - Para pelajar Malaysia di luar negara termasuk pelajar Terengganu di Mesir, Jordan dan Algeria menyambut hari lebaran Aidiladha dengan penuh meriah dan gembira. Pejabat Atase Pendidikan Terengganu Timur Tengah dengan kerjasama persatuan pelajar antaranya Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir - KPT, Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan Terengganu Jordan (PUTRA) Terengganu Jordan Putra, dan Persatuan Mahasiswa Malaysia Algeria (PIQMA) Persatuan Mahasiswa Malaysia Algeria - PIQMA turut menganjurkan pelbagai aktiviti dan pengisian bagi menzahirkan rasa syukur di hari lembaran ini antaranya gotong-royong pembersihan, Malam Gema Takbir, Perutusan Aidiladha, Penyembelihan Binatang Korban dan persiapan Jamuan Rumah Terbuka bersama para pelajar Terengganu.

Aktiviti penyembelihan binatang korban dan lapah di Mesir telah dilaksanakan dengan dua ekor unta, seekor lembu dan 26 ekor kambing.

Manakala di Jordan, seekor unta turut dijadikan ibadah korban pada tahun ini. Di Algeria, binatang biri-biri dijadikan pilihan.

Antara binatang yang dikorbankan adalah sumbangan yang diberikan daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu-Official iaitu seekor unta untuk pelajar Mesir, seekor unta untuk pelajar Jordan dan seekor biri-biri untuk pelajar Algeria. Para pelajar turut tidak melepaskan peluang mengambil bahagian korban bagi memenuhi tuntutan ibadah.

Agihan daging binatang korban kepada pelajar turut diagihkan pada hari penyembelihan binatang korban.

Semoga hari lembaran yang sangat bermakna ini mempertautkan ukhuwah di kalangan pelajar dengan penuh keberkatan dan di bawah naungan Allah S.W.T.





26/05/2026

SALAM AIDIL ADHA 1447H / 2026M

Bersempena dengan hari yang mulia ini, Pejabat Atase Pendidikan Negeri Terengganu Timur Tengah mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada seluruh umat Islam.

Semoga segala amalan dan pengorbanan kita diterima oleh Allah SWT.

ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… ุตุงู„ุญ ุงู„ุฃุนู…ุงู„





26/05/2026

Mesyuarat Jawatankuasa SPKM Bil 1 Tahun 2026 telah diadakan bagi menyelaras serta membincangkan pelbagai isu berkaitan tatakelola, kebajikan dan kesejahteraan pelajar Malaysia di Mesir. Mesyuarat dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Agensi Persekutuan dan Atase Pendidikan Negeri di Kaherah.

Perbincangan turut memberi penekanan kepada usaha memperkukuh kerjasama serta memupuk hubungan baik dengan pihak kerajaan tuan rumah demi memastikan urusan dan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara.

Semoga segala usaha dan kerjasama erat antara semua pihak terus diperkasakan ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif, selamat dan harmoni buat seluruh pelajar Malaysia di Mesir. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฌ

Selamat Menyambut Hari Arafah 1447HSemoga hari yang penuh kemuliaan ini menjadi asbab keampunan dosa, keberkatan hidup d...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Arafah 1447H

Semoga hari yang penuh kemuliaan ini menjadi asbab keampunan dosa, keberkatan hidup dan dimakbulkan segala doa.

โ€œYa Allah, jadikanlah kami dalam kalangan hamba-Mu yang dibebaskan daripada api neraka, serta ampunkanlah kami, kedua ibu bapa kami dan seluruh umat Islam.โ€

Semoga kita semua dipertemukan dengan rahmat, keampunan dan kasih sayang Allah SWT pada hari yang mulia ini.





MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI PEJABAT ATASE PENDIDIKAN TERENGGANU TIMUR TENGAH BERSEMPENA HARI ARAFAH, HARI RAYA ...
25/05/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI PEJABAT ATASE PENDIDIKAN TERENGGANU TIMUR TENGAH BERSEMPENA HARI ARAFAH, HARI RAYA AIDILADHA 1447H, HARI WESAK DAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Sukacita dimaklumkan bahawa sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H di Republik Arab Mesir ditetapkan pada hari Rabu, 27 Mei 2026 hingga Khamis, 28 Mei 2026. Dalam masa yang sama, Perdana Menteri Republik Arab Mesir turut mengumumkan bahawa cuti umum Hari Raya Aidiladha 1447H bagi sektor kerajaan dan swasta di Mesir adalah bermula pada hari Selasa, 26 Mei 2026 (Hari Arafah) sehingga Ahad, 31 Mei 2026.

Sehubungan itu, operasi pejabat akan ditutup sementara bermula pada hari Selasa, 26 Mei 2026 sehingga Isnin, 1 Jun 2026 bersempena Hari Arafah, Hari Raya Aidiladha 1447H, Hari Wesak serta Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Pejabat akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari Selasa, 2 Jun 2026. Cuti umum ini termasuk dalam Jadual Cuti Tahunan/Hari Kelepasan Am Tahun 2026 Malawakil Kaherah.



Address

Building No. 14, Masyrou' 18, El-Tooba El-Ramly, 10th District
Nasr City

Opening Hours

Monday 9am - 4pm
Tuesday 9am - 4pm
Wednesday 9am - 4pm
Thursday 9am - 3pm
Sunday 9am - 4pm

Telephone

+20220788086

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Atase Pendidikan Negeri Terengganu Timur Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Atase Pendidikan Negeri Terengganu Timur Tengah:

Shortcuts

Share