12/12/2025
8 - 11 Disember 2025 - Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dengan kerjasama Education Malaysia Egypt (EME) telah berjaya menganjurkan program Pengukuhan Kepimpinan MADANI Pelajar-pelajar Malaysia di Mesir Siri 2. Delegasi AKM dikepalai sendiri oleh Ketua Pengarah AKM, YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan Bin Hussin; dengan disertai oleh En. Mohd Yamani bin Abdul Rahman dan En. Mohd Dahri bin Zakaria.
Pada program kali ini, AKM mengadakan 4 sesi berasingan secara berfokus. Sesi pertama adalah melibatkan sesi kenegaraan bersama dengan pelajar Kelantan seramai 100 orang yang bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK). Sesi kedua p**a adalah ukhwah MADANI bersama 40 orang pelajar Pulau Pinang, Perak, Johor, dan Melaka di Wisma Mutiara Pulau Pinang, al-Ḥayyu al-Sābi`. Sesi ukhwah MADANI ketiga p**a melibatkan 40 orang pelajar Wilayah Persekutuan, Pahang, Terengganu, dan Perlis di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan, al-Ḥayyu al-Sābi`. Manakala sesi ukhwah MADANI yang terakhir, telah berlangsung di Asrama Selangor, al-Ḥayyu al-`Āsyir, menghimpunkan 40 orang pelajar dari Selangor, Sarawak, Sabah dan Kedah.
Mudah-mudahan para pelajar yang menyertai program Pengukuhan Kepimpinan MADANI kali ini dapat memahami konsep dan makna kenegaraan, di samping mengekalkan konsep wasatiyy dalam membina negara dan peradaban anak bangsa.