26/09/2026
🇲🇾 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐒𝐈𝐑 𝐊𝐄 𝐊𝐎𝐍𝐒𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐉𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐈 𝐈𝐒𝐓𝐀𝐍𝐁𝐔𝐋, 𝐓Ü𝐑𝐊𝐈𝐘𝐄
22 September 2026 | Istanbul, Türkiye
Pejabat MARA Mesir telah mengadakan kunjungan hormat ke Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, Türkiye pada 22 September 2026, yang diwakili oleh Dr. Wan Mukhtar bin Wan Muda, Pengarah Pejabat MARA Mesir.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Tuan Ahmad Amiri Abu Bakar, Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, bersama Puan Mardhiah Sabri, Ketua Canseri, dan Encik Fahros Faiz Roslan, Konsul Muda.
Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada 17 orang pelajar tajaan MARA melalui Program Young Talent Programme (YTP) yang kini melanjutkan pengajian di Sabancı University, Tuzla, Türkiye, khususnya berkaitan pemantauan, kebajikan dan aspek keselamatan pelajar sepanjang tempoh pengajian.
Dalam pertemuan tersebut, pihak Pejabat MARA Mesir turut berkongsi perkembangan penempatan serta pengurusan pelajar MARA di Sabancı University dan membincangkan keperluan kerjasama serta penyelarasan dengan pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul dari semasa ke semasa.
Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul menyambut baik usaha dan cadangan tersebut serta menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama yang bersesuaian, khususnya dalam perkara berkaitan pelajar Malaysia tajaan MARA di Türkiye.
Kunjungan ini turut menjadi platform untuk memperkukuh jaringan kerjasama dan penyelarasan antara Pejabat MARA Mesir, Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul serta perwakilan Malaysia di Türkiye, khususnya dalam memastikan kebajikan dan kepentingan pelajar tajaan MARA sentiasa diberikan perhatian.
Semoga hubungan baik yang terjalin ini terus diperkukuh serta membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat dalam pendidikan tinggi, pembangunan bakat dan kebajikan pelajar Malaysia di Türkiye.
MARA – Menjunjung Amanah, Membina Generasi Masa Hadapan.