Biro Penerangan & Penyelidikan UPKO Malaysia

Biro Penerangan & Penyelidikan UPKO Malaysia Informations de contact, plan et itinéraire, formulaire de contact, heures d'ouverture, services, évaluations, photos, vidéos et annonces de Biro Penerangan & Penyelidikan UPKO Malaysia, Organisation politique, LOT 9&10, Ting 2&3, New World Commercial Centre, Pekan Penampang, Democratic Republic of the.

31/05/2026

Mamason yahai, Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan kumaa toinsanan.

31/05/2026

Kotobian Tadau Tagayo Kaamatan buat seluruh rakyat Malaysia tidak kira dimana jua anda berada.

Semoga Kaamatan pada kali ini dapat memupuk keharmonian, perpaduan, kerjasama dan kebersamaan di antara kita.

Tuhan memberkati dan terus cemerlang!

30/05/2026

Kenyataan Media 29 Mei 2026

29/05/2026

Kota Kinabalu: Upko on Friday submitted an application to become a component party of Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

29/05/2026

29 Mei 2026KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hari ini mengemukakan permohonan menjadi parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick mengetuai delegasi parti tersebut mengada pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajij...

29/05/2026

UPKO MOHON SERTAI GABUNGAN RAKYAT SABAH

1. Hari ini, saya mengetuai delegasi UPKO mengadakan kunjungan dan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

2. Dalam pertemuan ini, saya mengemukakan permohonan UPKO menjadi parti komponen GRS.

3. Ini sesuai dengan mandat Majlis Tertinggi UPKO yang bersidang pada 25 Mei 2026 yang telah sebulat suara memutuskan untuk menyertai GRS. Keputusan Majlis Tertinggi tersebut telah dibincangkan di peringkat Bahagian-Bahagian UPKO sebelum itu.

4. UPKO mahu menyumbang kepada penyatuan dan kerjasama parti-parti tempatan Sabah bagi memperkukuh usaha membangunkan masa depan Sabah serta memperjuangkan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

5. Dalam pilihanraya yang lepas, UPKO menyatakan akan bekerjasama dengan parti-parti tempatan Sabah dalam menubuh dan memperkukuh Kerajaan Sabah.

6. Wawasan Sabah First yang diperjuangkan oleh UPKO adalah bersesuaian dengan perjuangan GRS melalui Halatuju Sabah Maju Jaya 2.0 yang mesti diperkukuh melalui kerjasama lebih erat dan penyatuan parti-parti tempatan Sabah.

7. Sabah First, Sabah Prosper, Sabah Forward dan Sabah United - intipati Halatuju Sabah Maju Jaya 2.0 yang mendekatkan UPKO dengan GRS.

8. Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri di atas kesediaan dan keterbukaan beliau yang mengalu-alukan keputusan penyertaan UPKO ini.


Adresse

LOT 9&10, Ting 2&3, New World Commercial Centre, Pekan Penampang
Democratic Republic Of The
89507

Site Web

Notifications

Soyez le premier à savoir et laissez-nous vous envoyer un courriel lorsque Biro Penerangan & Penyelidikan UPKO Malaysia publie des nouvelles et des promotions. Votre adresse e-mail ne sera pas utilisée à d'autres fins, et vous pouvez vous désabonner à tout moment.

Raccourcis

Partager