Urus Setia Wanita Terengganu

Urus Setia Wanita Terengganu URUS SETIA WANITA TERENGGANU (USWa) Nama Organisasi :
Urus Setia Wanita Terengganu

Visi :
Peneraju Pembangunan Wanita Ke Arah Terengganu Sejahtera.

Sejarah Penubuhan :

Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) telah ditubuhkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Terenganu pada bulan Ogos 2020 melalui portfolio Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional. Penubuhan USWa juga menunjukkan keseriusan Kerajaan Negeri terhadap pembangunan Wanita seiring Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030. Misi :
- Membangunkan Wanita Terengganu yang berilmu, berakhlak dan berkemahiran untuk kesejahteraan masyarakat.
- Merealisasikan anjakan paradigma wanita Terengganu yang berprinsip, berkepimpinan dan berwibawa.
- Melestarikan kesejahteraan wanita dan memastikan hak-hak wanita terpelihara. Peranan :

1. Urusetia rasmi kerajaan bagi mendokong aspirasi Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional.
2. Mekanisme penyumbang kepada pencapaian slogan Terengganu Maju Berkat Sejahterta melalui pelaksanaan modul-modul pembangunan wanita.
3. Organisasi yang akan merakyatkan program-program wanita melalui jaringan pentadbiran lapangan akar umbi.
4. Medium untuk menyampaikan dasar-dasar yang melibatkan wanita di semua sektor melalui jaringan media massa, sosial serta peringkat akar umbi.
5. Pusat maklumat utama mengenai hal ehwal wanita serta menyebarluaskan maklumat yang bermanfaat kepada para wanita di Negeri Terengganu selaras dengan dasar Kerajaan Negeri.

LAWATAN TAPAK PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KAMPUNG SUNGAI BERUA17 Ogos 2026 | Isnin Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) hari ...
17/08/2026

LAWATAN TAPAK PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KAMPUNG SUNGAI BERUA

17 Ogos 2026 | Isnin

Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) hari ini mengadakan lawatan tapak ke Perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Berua, Kuala Berang sebagai persediaan bagi pelaksanaan program yang bakal dianjurkan di kawasan tersebut.

Lawatan ini turut disambut baik oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang menjadi pemudah cara dalam perbincangan dan penyelarasan pelaksanaan program. Sesi mesyuarat diadakan bagi meneliti beberapa perkara penting, khususnya aspek kesesuaian, keselesaan serta keperluan masyarakat Orang Asli agar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Pihak USWa turut dibawa meninjau kawasan kediaman masyarakat Orang Asli bagi mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai persekitaran dan kehidupan komuniti di sana. Pendekatan ini penting agar setiap perancangan yang dilaksanakan benar-benar bersesuaian dengan keperluan masyarakat setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak JAKOA atas kerjasama serta komitmen yang diberikan sebagai pemudah cara. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi memastikan golongan Orang Asli sentiasa diberi perhatian, disantuni dan tidak tercicir daripada arus pembangunan.

Bersama melangkah ke hadapan, memastikan setiap lapisan masyarakat turut menikmati manfaat Terengganu Maju Berkat Sejahtera.

Pada hari Jumaat lepas , Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) berpeluang membuka reruai sempena Program Himpunan OKU Tere...
16/08/2026

Pada hari Jumaat lepas , Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) berpeluang membuka reruai sempena Program Himpunan OKU Terengganu yang berlangsung di Dewan Masjid Rusila.

Pihak USWa amat berbesar hati menerima kunjungan para pengunjung yang hadir ke reruai kami. Setiap kunjungan, sapaan dan senyuman menjadi ruang untuk USWa memperkenalkan peranan, fungsi serta usaha yang dilaksanakan demi menyantuni dan memperkasa wanita Terengganu.

Pergi ke Rusila membeli keropok,
Singgah sebentar di tepi laman;
Salam dihulur pembuka elok,
Kami USWa, salam perkenalan.

Pihak USWa berharap kehadiran reruai ini dapat membuka lebih banyak ruang untuk masyarakat mengenali USWa dengan lebih dekat serta mengetahui inisiatif dan program yang disediakan untuk wanita dan masyarakat.

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah, beramah mesra dan meluangkan masa bersama warga USWa. Salam perkenalan daripada kami — semoga pertemuan yang singkat ini menjadi permulaan kepada hubungan yang lebih dekat dan bermakna.

KUNJUNGAN HORMAT USWa KE JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI TERENGGANU16 Ogos 2026 | AhadUrus Setia Wanita Terengganu (...
16/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT USWa KE JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI TERENGGANU

16 Ogos 2026 | Ahad

Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) meneruskan usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik melalui Kunjungan Hormat ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, khususnya dalam memperkasakan agenda kebajikan dan kesejahteraan wanita.

Pertemuan ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan mengenai isu kebajikan masyarakat, terutama wanita yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan termasuk ibu tunggal, wanita yang berdepan tekanan hidup serta mereka yang sedang diuji dengan cabaran kesihatan mental.

Dalam usaha memperkukuh agenda kebajikan, USWa menyedari bahawa gerak kerja kesukarelawanan tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian. Sebaliknya, ia memerlukan sinergi bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti, persatuan serta sukarelawan daripada pelbagai latar belakang. Jaringan ini penting bagi memastikan bantuan, sokongan dan perhatian dapat disampaikan dengan lebih tersusun kepada golongan yang memerlukan.

Kesukarelawanan juga dilihat sebagai satu kekuatan masyarakat untuk bersama-sama menyantuni mereka yang diuji. Ia bukan sekadar menghulurkan bantuan, tetapi membina rasa empati, kepedulian dan kebersamaan dalam komuniti.

Semoga kunjungan ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak kerjasama rentas agensi dan penglibatan masyarakat dalam memperkukuh ekosistem kebajikan wanita, agar setiap wanita yang diuji sentiasa mempunyai ruang untuk mendapatkan sokongan dan kembali bangkit.

Kerana kebajikan bukan tugas satu pihak. Ia adalah amanah bersama.

Jemput join live ya.☺️✨💜
16/08/2026

Jemput join live ya.☺️✨💜

Jangan lepaskan temu bual khas bersama dalam Manis Manis Pagi tau✨
Kami bawakan istimewa untuk anda, YM Tuan Roslina Tuan Sulaiman selaku Pengarah Urusetia Wanita Terengganu bagi membincangkan mengenai :

📌 Lamanita 2026 : Ayam Penelur
🗓️ 16 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 9:15 pagi

📺 Saksikan secara LIVE di Facebook Manis FM mengenai perkongsian menarik untuk anda. Jangan lupa ya!❤️

HIMPUNAN OKU TERENGGANU | SUKANEKA PENUH KECERIAANProgram Himpunan OKU Terengganu diteruskan dengan aktiviti sukaneka be...
14/08/2026

HIMPUNAN OKU TERENGGANU | SUKANEKA PENUH KECERIAAN

Program Himpunan OKU Terengganu diteruskan dengan aktiviti sukaneka bersama tujuh persatuan OKU di Terengganu. Alhamdulillah, biarpun hadir dengan keistimewaan dan cabaran masing-masing, para peserta tetap menyertai setiap aktiviti dengan penuh keceriaan, keseronokan dan keterujaan.

Dalam semangat kebersamaan, semua kakitangan Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) turut ditugaskan sebagai fasilitator bagi membantu dan memberikan sokongan kepada peserta sepanjang aktiviti berlangsung.

Gelak tawa, celoteh spontan dan telatah para peserta sangat mencuit hati. Melihat mereka begitu teruja menyertai setiap permainan, fasilitator juga turut sama merasai keterujaan dan kegembiraan tersebut. Sesungguhnya, keceriaan itu menular dan kebahagiaan itu terasa apabila kita berkongsi bersama.

Suasana program menjadi semakin meriah apabila aktiviti diselang-selikan dengan cabutan bertuah, mencetuskan sorakan dan senyuman para peserta.

Program kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah, saguhati dan Sumbangan Himpunan OKU Terengganu kepada para peserta sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan.

Majlis disempurnakan dengan penyampaian Sumbangan Himpunan OKU Terengganu oleh YB Hajah Zuraida Mohd Noor, yang menjadi antara pengisian bermakna dalam program ini.

Hari ini kita bukan sekadar bermain dan bergembira, tetapi belajar bahawa setiap insan punya keistimewaan, kekuatan dan cara tersendiri untuk mencipta bahagia.

HIMPUNAN OKU TERENGGANU | SESI DIALOG (TOWN HALL)Program Himpunan OKU Terengganu diteruskan dengan Sesi Dialog (Town Hal...
14/08/2026

HIMPUNAN OKU TERENGGANU | SESI DIALOG (TOWN HALL)

Program Himpunan OKU Terengganu diteruskan dengan Sesi Dialog (Town Hall) bersama Ustaz Faisal Che Yusof, Yang Dipertua Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, dengan YBhg. Ustaz Kamaruzaman bin Abdullah bertindak sebagai moderator.

Sesi ini menyentuh pengisian rohani yang cukup bermakna mengenai kedudukan dan peranan warga OKU dalam Islam, termasuk kisah Abdullah bin Ummi Maktum RA yang menjadi antara asbab nuzul Surah ‘Abasa. Kisah beliau membuktikan bahawa keterbatasan fizikal bukanlah ukuran kemuliaan seseorang di sisi Allah SWT apatah lagi dipandang rendah oleh Muslim yang lain.

Warga OKU juga merupakan insan yang mempunyai akal, tanggungjawab dan peranan sebagai seorang Muslim. Justeru, masyarakat diseru agar tidak memandang rendah atau meminggirkan golongan OKU, sebaliknya mengangkat martabat, menolong serta memberi ruang kepada mereka untuk terus berbakti mengikut kemampuan masing-masing.

Sebagai insan yang dikurniakan kesempurnaan fizikal, rasa syukur perlu sentiasa disematkan di dalam hati, kerana setiap manusia diuji dengan cara yang berbeza. Di sebalik keterbatasan, tersimpan kekuatan, perjuangan dan pahala yang dinilai oleh Allah SWT.

Sesi kemudiannya diteruskan dengan aktiviti sukaneka yang berlangsung dalam suasana ceria dan penuh kebersamaan, mengeratkan lagi silaturahim serta semangat inklusiviti dalam kalangan peserta.

OKU bukan untuk dikasihani, tetapi untuk dihormati, disantuni dan diberi ruang untuk terus berdikari.

HIMPUNAN OKU TERENGGANU 202614 Ogos 2026 | JumaatSekitar jam 8.30 pagi, para jemaah dan pengunjung mula berkumpul di Dew...
14/08/2026

HIMPUNAN OKU TERENGGANU 2026

14 Ogos 2026 | Jumaat

Sekitar jam 8.30 pagi, para jemaah dan pengunjung mula berkumpul di Dewan Masjid Rusila bagi menyertai Himpunan OKU Terengganu yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan.

Himpunan ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah, yang mewakili Menteri Besar Terengganu. Bersama beliau, YB Hajah Zuraida binti Md Noor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu dan Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang (Ayah Chik). Ayah Chik telah menyampaikan Kuliah Dhuha, yang menjadj rutin mingguan di Masjid Rusila. Sekitar jam 11.30 pagi, Ayah Chik juga terlibat dalam Sesi Dialog (Townhall) bersama peserta. Aturcara program seterusnya akan bersambung selepas Solat Fardhu Jumaat pada jam 2.30 petang.

Dalam kesempatan ini, Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWa), Tuan Roslina binti Tuan Sulaiman, turut beramah mesra bersama para pengunjung di reruai USWa, dengan diiringi seluruh warga kerja USWa.

USWa berbesar hati dapat menyantuni para pengunjung serta menjadi sebahagian daripada himpunan yang meraikan kekuatan, kebolehan dan peranan golongan OKU dalam masyarakat.

Menyantuni dengan kasih, memperkasa dengan usaha, bersama membina Terengganu yang lebih inklusif dan sejahtera. ♿️🌿

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM LAMANITA 2026 PROJEK PENTERNAKAN AYAM PENELUR13 OGOS 2026 | KhamisSelesai sudah Mesyuarat...
13/08/2026

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM LAMANITA 2026 PROJEK PENTERNAKAN AYAM PENELUR

13 OGOS 2026 | Khamis

Selesai sudah Mesyuarat LAMANITA Terengganu 2026 yang merupakan kesinambungan daripada taklimat program yang telah diadakan semalam, bersama wakil-wakil daerah. Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan dua hala bagi memperincikan pelaksanaan program, termasuk perkara-perkara yang perlu diperhalusi agar setiap gerak kerja dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Semoga segala perancangan dan usaha ini dipermudahkan Allah SWT serta memberi manfaat dan impak yang bermakna kepada wanita Terengganu.

LAMANITA TERENGGANU 2026 — SATU ANJAKAN, SATU HARAPAN, SATU LANGKAH UNTUK WANITA TERENGGANU 12 Ogos 2026 | RabuTelah ber...
12/08/2026

LAMANITA TERENGGANU 2026 — SATU ANJAKAN, SATU HARAPAN, SATU LANGKAH UNTUK WANITA TERENGGANU

12 Ogos 2026 | Rabu

Telah berlangsung Taklimat Penyelarasan Program LAMANITA Terengganu 2026 yang disertai oleh wakil-wakil daerah di seluruh Negeri Terengganu sebagai persediaan awal menjayakan inisiatif pemerkasaan wanita ini.

Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Roslina binti Tuan Sulaiman, Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) yang menerangkan hala tuju serta pelaksanaan program yang bakal digerakkan di beberapa zon di Negeri Terengganu.

Sesi taklimat kemudiannya dihangatkan dengan sesi soal jawab dan perbincangan bersama peserta, membuka ruang kepada wakil-wakil daerah mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam serta penjelasan beberapa perkara berkaitan pelaksanaan program.

LAMANITA bukan sekadar tentang penternakan ayam penelur. Ia adalah satu usaha untuk membina peluang, meningkatkan keupayaan dan membuka ruang kepada wanita Terengganu untuk bergerak lebih jauh.

🌱 Dari rumah, lahir sebuah usaha.
🥚 Dari usaha, tercipta peluang.
💪 Dari peluang, lahir wanita yang lebih berdaya.

Urus Setia Wanita Terengganu bersama agensi-agensi yang terlibat akan terus berganding bahu dan berusaha sedaya upaya demi memastikan objektif program dapat dicapai, seterusnya memberi manfaat kepada wanita, keluarga dan komuniti di seluruh Negeri Terengganu.

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama, sebelum para peserta menikmati jamuan tengah hari dan bersurai.

Adresse

Lot PT 60257 (Unit No. 8/Tingkat 1-4) Dataran Alamanda, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
Democratic Republic Of The
20000

Téléphone

+601121933832

Site Web

Notifications

Soyez le premier à savoir et laissez-nous vous envoyer un courriel lorsque Urus Setia Wanita Terengganu publie des nouvelles et des promotions. Votre adresse e-mail ne sera pas utilisée à d'autres fins, et vous pouvez vous désabonner à tout moment.

Contacter L’organisation

Envoyer un message à Urus Setia Wanita Terengganu:

Raccourcis

Partager