Perpustakaan DBP Temburong

Perpustakaan DBP Temburong Laman Utama Facebook Perpustakaan DBP
Daerah Temburong
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Negara Brunei Darussalam

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Temburong mula ditubuhkan pada 8 Disember 1975 di Bangunan kedai pekan bangar, Temburong. Kemudian ianya berpindah sementara ke seberang sungai, Bangar Baru pada 16 Februari 1978. Pada 23 Mei 1989 cawangan perpustakaan daerah Temburong berpindah lagi ke Kompleks Kedai Bumiputera Temburong. Perpustakaan Daerah Temburong pada masa ini mula dibuka pada 22 Julai 1993. Bangunan kekal ini menggantikan bangunan perpustakaan yang disewa sebelum ini sejak tahun 1989.

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong dengan kerjasama Pusat Makmal Hospital Pengiran Isteri Hajah Mari...
27/05/2026

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong dengan kerjasama Pusat Makmal Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam, Temburong akan mengadakan Kempen Derma Darah Sempena Ilal Hijrah 1448.

Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama menjayakan kempen ini sebagai tanda keprihatinan dan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan.

🗓️ Isnin, 06 Muharam 1448 | 22 Jun 2026
⏰ 8.45 pagi - 12.00 tengah hari
📍Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Daerah Temburong

Marilah bersama-sama menyumbang darah demi membantu menyelamatkan nyawa serta memeriahkan kempen ini dengan semangat perpduan, keprihatinan dan kasih sayang sesama insan.

Untuk makluman pengunjung dan orang ramai.
27/05/2026

Untuk makluman pengunjung dan orang ramai.

untuk makluman pengunjung dan orang ramai.
27/05/2026

untuk makluman pengunjung dan orang ramai.

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik sempena musim cuti persekolahan penggal ...
27/05/2026

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik sempena musim cuti persekolahan penggal kedua:.
📅 Tarikh: 30 Mei – 6 Jun 2026
⏰ Pukul: 9.00 pagi – 11.30 pagi
Pelbagai aktiviti menyeronokkan menanti awda! terbuka kepada kanak-kanak, remaja dan juga dewasa. Jangan lepaskan peluang untuk mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat di perpustakaan! 📖✨


23 Zulkaedah 1447 | 11 Mei 2026Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong telah mengadakan Bengkel Mencipta ...
12/05/2026

23 Zulkaedah 1447 | 11 Mei 2026

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong telah mengadakan Bengkel Mencipta Buku Mini Sesi Kedua yang dikendalikan oleh pelajar penempatan IBTE. Bengkel ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dan kreativiti dalam kalangan peserta melalui penghasilan buku mini secara kreatif dan interaktif. Bengkel ini dihadiri oleh penuntut tahun 6 dari Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar, Temburong.

16 Zulkaedah 1447 | 04 Mei 2026Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong telah mengadakan Bengkel Mencipta ...
04/05/2026

16 Zulkaedah 1447 | 04 Mei 2026

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong telah mengadakan Bengkel Mencipta Buku Mini yang dikendalikan oleh pelajar penempatan IBTE. Bengkel ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dan kreativiti dalam kalangan peserta melalui penghasilan buku mini secara kreatif dan interaktif. Bengkel ini dihadiri oleh penuntut tahun 5 dari Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar, Temburong.

Khamis, 05 Zulkaedah 1447 | 23 April 2026Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong telah menganjurkan aktiv...
30/04/2026

Khamis, 05 Zulkaedah 1447 | 23 April 2026
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong telah menganjurkan aktiviti Sesi Bercerita sempena Sambutan Hari Buku Sedunia yang dihadiri oleh para penuntut Sekolah Pai Yuek, Daerah Temburong.

Aktiviti dimulakan dengan sesi membaca selama 10 minit, diikuti dengan sesi bercerita yang disampaikan oleh kakitangan perpustakaan DBP Daerah Temburong. Selain itu, turut diadakan kuiz sebagai aktiviti penutup bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.

25 Syawal 1447 | 14 April 2026Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Daerah Temburong telah mengadakan Sambutan ...
15/04/2026

25 Syawal 1447 | 14 April 2026

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Daerah Temburong telah mengadakan Sambutan Hari Raya bersama Ahli Perpustakaan.

Sambutan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pemangku Pegawai Daerah Temburong serta beberapa agensi kerajaan, yang bersama-sama memeriahkan lagi sambutan tersebut. Usaha ini mencerminkan komitmen Perpustakaan DBP Temburong dalam memperkukuh nilai kemasyarakatan dan menyemai semangat prihatin dalam kalangan warga setempat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir dan Batin 🌙✨Dengan tulus ikhlas daripada Pegawai dan Kakitangan Bahagian P...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon Maaf Zahir dan Batin 🌙✨

Dengan tulus ikhlas daripada Pegawai dan Kakitangan Bahagian Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Untuk makluman pengunjung dan orang ramai.
20/03/2026

Untuk makluman pengunjung dan orang ramai.



Address

Gadong Baru, Mukim Batu Apoi, Bangar
Temburong

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 11:30
14:15 - 16:30
Saturday 09:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan DBP Temburong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category