13/06/2026
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui bahagian Perpustakaan telah melaksanakan Perkhidmatan Perpustakaan Berperahu di Sekolah Rendah Tanjung Kindana, Kampung Sungai Bunga pada pagi tadi sebagai salah satu usaha berterusan untuk menyemarakkan budaya membaca dan memupuk minat terhadap buku dalam kalangan murid sekolah.
Program dimulakan dengan sesi membaca beramai-ramai yang memberikan peluang kepada para murid untuk meluangkan masa bersama bahan bacaan yang disediakan. Aktiviti diteruskan dengan sesi Read Aloud (bacaan lantang) yang disampaikan secara interaktif bagi menghidupkan jalan cerita serta meningkatkan pemahaman dan penghayatan murid terhadap bahan bacaan. Bagi menambahkan keseronokan dan menguji kefahaman peserta, program turut diserikan dengan kuiz interaktif.