Majlis Mesyuarat Negara

Majlis Mesyuarat Negara Selama 20 tahun Majlis Mesyuarat Negara telah tidak ditubuhkan. Majlis Mesyuarat Negara telah ditubuhkan semula pada bulan September 2004.

Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Pertama Persidangan Majlis Mesyuarat Negara telah diadakan pada 25 hingga 28 September 2004 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Kemudian ianya dibubarkan pada 1 September 2005 dan ditubuhkan semula pada 2 September 2005 mengikut pindaan Perlembagaan yang telah dimasyhurkan pada 29 September 2004.

18/03/2014

Perkara VII: Persidangan Majlis Mesyuarat Negara pada peringkat Jawatankuasa hari ini telah meluluskan Rang Undang - Undang Perbekalan bagi Kementerian Pendidikan.

Mesyuarat Jawatankuasa diteruskan dengan membincangkan Rang Undang - Undang Perbekalan bagi Kementerian Perindustrian dan Sumber - Sumber Utama.

Majlis Mesyuarat Negara juga telah meluluskan satu Usul Yang Tidak Diberi Notis.

Bagi laporan harian persidangan sila layari www.majlis-mesyuarat.gov.bn

17/03/2014

Perkara V: Soalan Yang Diberi Notis sebanyak 28 Soalan telah selesai dibentangkan dan dibincangkan mulai 6 Mac hingga 17 Mac 2014.

Persidangan Majlis Mesyuarat Negara sedang membincangkan Perkara VII: Rang Undang - Undang Perbekalan 2014/2015.

Mesyuarat Jawatankuasa hari ini Isnin, 17 Mac 2014 sedang membincangkan perkara - perkara dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan - Jabatan dibawahnya.

Sebelum Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesepuluh Majlis Mesyuarat Negara, Bangunan...
08/03/2014

Sebelum Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesepuluh Majlis Mesyuarat Negara, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis pada Hari Khamis, 6 Mac 2014

Bentara Dewan mengangkat Cokmar semasa perarakan masuk ke dalam Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara Sergeant-at-ar...
03/03/2014

Bentara Dewan mengangkat Cokmar semasa perarakan masuk ke dalam Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara

Sergeant-at-arms carrying the Mace proceeding to the Legislative Council Chamber

PERATURAN - PERATURAN & KOD PAKAIAN MENGHADIRI PERSIDANGAN MAJLIS MESYUARAT NEGARA:
02/03/2014

PERATURAN - PERATURAN & KOD PAKAIAN MENGHADIRI PERSIDANGAN MAJLIS MESYUARAT NEGARA:

02/03/2014

1. Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesepuluh Majlis Mesyuarat Negara bagi tahun ini akan berlangsung pada Hari Khamis, 4 Jamadilawal 1435 Hijrah bersamaan dengan 6 Mac 2014 Masihi bertempat di Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara, Bangunan Dewan Majlis di Jalan Dewan Majlis.

2. Pada lazimnya berikutan Istiadat Pembukaan Rasmi tersebut, Sesi Persidangan Majlis Mesyuarat Negara akan dimulakan pada keesokan harinya atau pun pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara yang mana ianya adalah dibukakan kepada orang awam yang berminat untuk mendengarkan perbincangan dan perbahasan di dalam Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Ianya juga boleh dihadiri oleh mana-mana institusi pendidikan kerajaan dan swasta yang berminat untuk memberikan pendedahan mengenai tatacara membincangkan dan membentangkan sesebuah rang undang-undang di Negara Brunei Darussalam kepada penuntut-penuntut atau mahasiswa / mahasiswi.

3. Bagi orang awam yang berhasrat untuk menghadiri dan menyaksikan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara adalah diminta untuk membawa kad pengenalan untuk mendapatkan pas keselamatan badan di pos - pos sekuriti dan mematuhi peraturan kod pakaian yang ditelah ditetapkan.

4. Bagi mana - mana institusi pendidikan kerajaan mahupun swasta yang berhasrat untuk membawa penuntut - penuntut atau mahasiswa/mahasiswi untuk menyaksikan sendiri Persidangan Majlis Mesyuarat Negara atau membuat Lawatan Sambil Belajar adalah dipohonkan untuk menghubungi Urusetia Persidangan Majlis Mesyuarat Negara Kesepuluh di talian 2384286 atau 2381611 untuk urusan lebih lanjut.

5. Bagi Pegawai - Pegawai yang berhasrat untuk menghadiri Persidangan Majlis Mesyuarat Negara diminta membawa kad pengenalan untuk mendapatkan pas keselamatan badan di pos - pos sekuriti.

6. Mana-mana pihak yang berhasrat untuk menghadiri Sesi Persidangan Majlis Mesyuarat Negara adalah diminta untuk mematuhi beberapa Peraturan khususnya berkenaan dengan kod pakaian termasuklah Peraturan-peraturan semasa berada di dalam Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

7. Pada kebiasaannya, Sesi Persidangan Majlis Mesyuarat Negara dibahagikan kepada Sesi Pagi yang bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan Sesi Petang yang dimulakan pada pukul 2.00 petang hingga 4.30 petang.

8. Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai Persidangan Majlis Mesyuarat Negara Kesepuluh ini bolehlah melayari www.majlis-mesyuarat.gov.bn atau menghubungi terus Urusetia Persidangan Majlis Mesyuarat Negara Kesepuluh di talian 2384286 atau 2381611.

Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara Jurutulis I (Pertama) kepada Majlis Mesyuarat NegaraJurutulis II (Kedua) kepada M...
02/03/2014

Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara
Jurutulis I (Pertama) kepada Majlis Mesyuarat Negara
Jurutulis II (Kedua) kepada Majlis Mesyuarat Negara

Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Negara adalah dibahagikan kepada 4 Kategori (seperti yang termaktub didalam Perlembagaan Ne...
02/03/2014

Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Negara adalah dibahagikan kepada 4 Kategori (seperti yang termaktub didalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam (Pindaan) 2004):

01/03/2014
Sebelum Pengubahsuaian Dome
01/03/2014

Sebelum Pengubahsuaian Dome

01/03/2014

In the process of updating..... thank you very much...

01/03/2014

Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesepuluh Majlis Mesyuarat Negara akan berlangsung pada Hari Khamis, 4 Jamadilawal 1435 / 6 Mac 2014 bertempat di Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis

Oleh yang demikian, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara Musim Kesepuluh akan dimulakan pada keesokan harinya atau pada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara

Persidangan Majlis Mesyuarat Negara Musim Kesepuluh ini akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara. Dibantu oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Jurutulis I (Pertama ) Kepada Majlis Mesyuarat Negara dan Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abd Salam bin Abd Momin, Jurutulis II (Kedua) Kepada Majlis Mesyuarat Negara

Bagi orang awam yang berhasrat untuk menghadiri dan menyaksikan sendiri Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini, bolehlah membawa Kad Pengenalan dan mendapatkan pas keselamatan badan di pos-pos sekuriti Bangunan Dewan Majlis pada hari Persidangan tersebut

Sebarang maklumat lanjut bolehlah berhubung terus kepada Urusetia Persidangan Majlis Mesyuarat Negara di talian 2384286 ATAU 2381611 atau layari Laman Web www.majlis-mesyuarat.gov.bn

Address

Jalan Dewan Majlis
Bandar Seri Begawan
BB3910

Opening Hours

Monday 07:45 - 16:30
Tuesday 07:45 - 16:30
Wednesday 07:45 - 16:30
Thursday 07:45 - 16:30
Saturday 07:45 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Mesyuarat Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share