Bahagian Pameran dan Perkhidmatan Pusat Sejarah Brunei

Bahagian Pameran dan Perkhidmatan Pusat Sejarah Brunei Bahagian Perkhidmatan dan Pameran Pusat Sejarah Brunei

Bahagian ini terbahagi kepada tiga unit iaitu Unit Grafik dan Ilustrasi; Unit Reka Bina (Teknikal); dan Unit Lawatan dan Pameran.

1. Unit Reka Bina (Teknikal)
• Merancang, menggarap, menyelaras dan menyediakan pameran-pameran dari semasa ke semasa, sama ada Pameran berkala atau pameran tetap dengan kerjasama bahagian-bahagian Jabatan. Bentuk pameran disesuaikan dengan peranan, tujuan dan matlamat

.
• Merancang, menggarap dan melaksanakan kerja-kerja pertukangan untuk pameran, mendapatkan bahan-bahan dan seterusnya mengolah serta membentuk kehendak bahan pameran.
• Bertanggungjawab membuat pembaikan dan pemeliharaan pameran serta kerosakan dari masa ke semasa.


2. Unit Grafik dan Ilustrasi
• Menyediakan rekabentuk dan rekaletak pameran serta grafik, rajah dan ilustrasi yang perlu dalam sesuatu pameran

• Membuat rekabentuk, rajah dan ilustrasi buku, jurnal, majalah, risalah dan penerbitan. Selain itu menggarap dan melukis kembali peristiwa-peristiwa sejarah Brunei yang disesuaikan daripada gambar, buku, sejarah lisan, penulisan atau histroriografi yang berkenaan


3. Unit Lawatan dan Pameran
• Memandu dan memberi penerangan kepada pelawat yang berkunjung ke Balai Pameran. Lawatan berkumpulan secara rasmi dari dalam atau luar negeri diadakan ceramah sebelum dibawa ke Balai Pameran.

Salam Maulidur Rasul💐
27/09/2023

Salam Maulidur Rasul💐

Selamat Hari Guru 🙂
23/09/2023

Selamat Hari Guru 🙂

Isnin dan Rabu, 11 dan 13 September 2023 - Seramai 6 orang pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Pusat Sejarah ...
13/09/2023

Isnin dan Rabu, 11 dan 13 September 2023 - Seramai 6 orang pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Pusat Sejarah Brunei mengikuti Taklimat Induksi dan Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK). Taklimat dan bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk membolehkan para pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat untuk memahami tentang tatacara peraturan-peraturan asas dalam Perkhidmatan Awam. Taklimat dan bengkel tersebut disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan dan Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran.

Pusat Sejarah Brunei akan mengadakan Forum Sejarah Kesultanan Brunei anjuran bersama Kedutaan Republik Rakyat China dan ...
30/08/2023

Pusat Sejarah Brunei akan mengadakan Forum Sejarah Kesultanan Brunei anjuran bersama Kedutaan Republik Rakyat China dan Persatuan Persahabatan Brunei-China.

Forum ini akan diadakan pada:
🗓️16 Safar 1445 / 2 September 2023 (Sabtu)

⏰Pukul: 2.00 petang

📍Bertempat di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei.


18/09/2021

Meneroka Sejarah Brunei: Sejarah Brunei Tua

09/09/2021

Sedutan rancangan Rampai Pagi TV, Radio Televisyen Brunei, keluaran 01 September 2021 mengenai lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei

17/08/2021
17/08/2021

Berikutan dengan penularan wabak pandemik Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, maka sebagai langkah berjaga-jaga, Pusat Sejarah Brunei menutup sementara semua Dewan Pameran bagi kunjungan orang ramai sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian

24/10/2020

Semua dewan pameran Pusat Sejarah Brunei akan dibuka seperti biasa pada hari Ahad, 25 Oktober 2020 bermula jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari

27/07/2020

Bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-74 tahun, Pusat Sejarah Brunei mengalu-alukan orang ramai mengunjungi galeri Legasi Payung Negara yang bertempat di bangunan Lapau Lama, Pusat Sejarah Brunei

Lawatan adalah percuma. Orang ramai boleh mengunjungi galeri ini pada:

Hari Selasa, Rabu, Khamis & Sabtu
8:00 pagi - 11:00 pagi
2:00 petang - 4:00 petang

Ahad
8:00 pagi - 12:00 tengah hari

27/07/2020

Waktu lawatan ke Galeri Pusat Sejarah Brunei

Selasa, Rabu, Khamis & Sabtu
8:00 pagi hingga 11:00 pagi
2:00 petang hingga 4:00 petang

Ahad
8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari

Juma'at dan Cuti Awam
TUTUP

Address

Jalan James Pearce
Bandar Seri Begawan
BS8610

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:00
Tuesday 07:00 - 16:00
Wednesday 07:00 - 16:00
Thursday 07:00 - 16:15
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 07:00 - 16:00

Telephone

+6732240169

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pameran dan Perkhidmatan Pusat Sejarah Brunei posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Pameran dan Perkhidmatan Pusat Sejarah Brunei:

Share