Radio Televisyen Brunei

Radio Televisyen Brunei This is the official page for Radio Television Brunei (RTB), Brunei Darussalam's national radio and television broadcaster.

TITAH PERUTUSAN KHAS  KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULA...
04/06/2026

TITAH PERUTUSAN KHAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Akan Disiarkan Pada Hari Ini,
Khamis, 17 Zulhijjah 1447 Hijrah | 04hb, Jun 2026 Masihi
Jam 3.00 Petang

Melalui;
Semua Saluran TV, Rangkaian Radio Dan RTBGo

27/05/2026
RTB memaklumkan kepada orang ramai bahawa siaran televisyen dan radio dari Stesen Pemancaran Subok pada masa ini mengala...
25/05/2026

RTB memaklumkan kepada orang ramai bahawa siaran televisyen dan radio dari Stesen Pemancaran Subok pada masa ini mengalami gangguan disebabkan oleh gangguan bekalan elektrik di kawasan Kota Batu.

Berikutan ini, siaran televisyen dan radio di Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong tidak dapat diikuti ketika ini.

Kerja-kerja membaik pulih sedang giat dilaksanakan dan RTB memohon maaf atas sebarang kesulitan.

Siaran TV & Radio RTB boleh diikuti melalui laman web dan aplikasi RTBGo.

Siaran TV dan Radio RTB di Daerah Belait dan Tutong tidak terjejas.

Terima kasih

Bengkel Juruacara Majlis akan diadakan selama 04 hari pada 22 hingga 25 Jun 2026.  Berminat untuk ikut serta? Borang pen...
13/05/2026

Bengkel Juruacara Majlis akan diadakan selama 04 hari pada 22 hingga 25 Jun 2026.

Berminat untuk ikut serta?
Borang penyertaan boleh diperolehi di Penyambut Tetamu, Ibu Pejabat Radio Televisyen Brunei, Bangunan Sekretariat, Jalan Elizabeth II
ataupun melalui laman sesawang http://www.rtb.gov.bn , tidak lewat, Hari Sabtu, 06 Jun 2026.

Penyertaan adalah terhad kepada 25 orang sahaja.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi penyelaras program ditalian +673 2341308.

Sertai Kempen Derma Darah dan selamatkan nyawa.Terbuka kepada warga Radio Televisyen Brunei (walk-in) dan orang ramai di...
09/05/2026

Sertai Kempen Derma Darah dan selamatkan nyawa.
Terbuka kepada warga Radio Televisyen Brunei (walk-in) dan orang ramai dialu-alukan hadir dengan membuat tempahan slot melalui aplikasi Bloodkad.
……………………………………
Join our Blood Donation Drive and save lives.
Open to all Radio Televisyen Brunei staff (walk-in) and we welcome members of the public to join by booking a slot through the BloodKad application.

Seramai 7 orang warga RTB akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.Majlis Doa Selamat telah diadakan bertempat di Bili...
04/05/2026

Seramai 7 orang warga RTB akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Majlis Doa Selamat telah diadakan bertempat di Bilik VIP, Ibu Pejabat RTB, Bangunan Sekretariat.

Hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada bakal-bakal haji ialah Awang Cheong Chee Keong, Pemangku Pengarah RTB.

Warga RTB yang akan menunaikan fardhu haji bagi musim haji tahun 1447H/2026M ialah:

1. Awang Muhammad Akmal Adli bin Ariffin (Pelapor Haji)
2. Dayang Hajah Maznah binti Haji Ismail
3. Dayang Mas’aliah binti Haji Mas’ud
4. Dayang Sapiah binti Ibrahim
5. Dayang Siti Mariam Masayu binti Mohd Suria
6. Awang Khairul Anwar bin Mohd Faisal
7. Awang Haji Muhammad Abdul Hanif bin Haji Brahim

Selamat menunaikan ibadah haji. Semoga Allah SWT memudahkan urusan, memberi kesihatan yang baik, dan mengurniakan haji yang mabrur.

29 April - Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada warga Radio Televisyen Brunei atas Pengurniaan Pingat Indah Kerja Ba...
01/05/2026

29 April - Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada warga Radio Televisyen Brunei atas Pengurniaan Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Bagina Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-79 Tahun

Isnin, 20 April 2026.Seorang Pelapor Hal Ehwal Haji dari Radio Televisyen Brunei, hari ini berangkat meninggalkan Negara...
21/04/2026

Isnin, 20 April 2026.

Seorang Pelapor Hal Ehwal Haji dari Radio Televisyen Brunei, hari ini berangkat meninggalkan Negara Brunei Darussalam menuju ke Tanah Suci.

Muhd Akmal Adli bin Ariffin, Penyunting Kanan di Radio Television Brunei akan bertugas melaporkan, Laporan Haji setiap hari melalui radio Brunei dan rancangan Rampai Pagi.

Laporan Haji akan mula bersiaran semasa musim haji pada hari Jumaat, 01 May 2026 dan akan dapat diikuti melalui Rampai Pagi pada setiap hari Jumaat dan Ahad jam 9.30 pagi. Laporan Rampai Pagi akan mula di laporkan pada hari Jumaat, 8hb Mei 2026; rangkaian radio Nasional FM dan Nur Islam FM pada setiap hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu jam 5.00 petang, manakala Jumaat dan Ahad pada jam 8.30 pagi; Harmoni FM pada setiap hari jam 9.00 malam.

Kami di RTB mendoakan keselamatan dan kesejahteraan semua pegawai petugas haji. Semoga pengurusan dan segala tugasan akan dipermudahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Address

Bangunan Sekretariat, Jalan Elizabeth 2
Bandar Seri Begawan
BA8610

Opening Hours

Monday 07:45 - 16:30
Tuesday 07:45 - 16:30
Wednesday 07:45 - 16:30
Thursday 07:45 - 16:30
Saturday 07:45 - 16:30

Telephone

+6732242296

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Radio Televisyen Brunei posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Radio Televisyen Brunei:

Share