Bahagian Penyelidikan & Dokumentasi -PSB

Bahagian Penyelidikan & Dokumentasi -PSB Ruangan ini khas untuk aktiviti-aktiviti Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Pusat Sejarah Brunei.

Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi merupakan salah satu Bahagian yang terpenting di Pusat Sejarah Brunei dengan memainkan peranannya dalam menyelidik, mengumpul, menyimpan, mendokumentasi, mempamer dan menerbitkan bahan-bahan penyelidikan sejarah seperti riwayat hidup, salasilah, sejarah lisan, sejarah kampung, institusi, monumen, nisan serta bahan-bahan yang berkaitan meliputi gambar-gambar pe

nyelidikan sejarah. Selaras dengan peranan yang dimainkan ini maka Unit Dokumentasi sentiasa bertindak melaksanakan kerja-kerja pendokumentasian hasil daripada penyelidikan Unit Tokoh, Unit Salasilah, Unit Sejarah Tempatan dan Warisan, Unit Institusi dan Monumen, Unit Epigrafi dan Takapan. Tugas dan tanggungjawab Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi bukan hanya sekadar untuk mengumpul hasil bahan-bahan penyelidikan sejarah, malah apa yang lebih dititikberatkan ialah bahan-bahan yang ada akan dibuat pendokumentasian berasaskan keperluan-keperluannya. Ianya bertujuan supaya bahan-bahan yang diurus itu akan lebih teratur dan terpelihara. Bagi maksud ke arah itu Unit Dokumentasi telah memikul tanggungjawab bagi mengendalikannya dengan melaksanakan kerja-kerja pendokumentasian supaya perancangan-perancangan yang ada dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Bagaimanapun, ini semua bergantung kepada bidang kerjasama yang diberikan oleh Unit-Unit di Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi bagi merealisasikan penyempurnaan pendokumentasian tersebut berdasarkan pengetahuan mengenai dokumen, dokumentasi dan pendokumentasian

Address

Jalan James Pearce
Bandar Seri Begawan
BS8610

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Penyelidikan & Dokumentasi -PSB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Penyelidikan & Dokumentasi -PSB:

Share