10/06/2025
Sesi perjumpaan Institut Perkhidmatan Awam (IPA) bersama Human Resource Ambassador (HRDA) dan Penyelaras Latihan (TC) Kementerian telah diadakan pada sebelah pagi, 4–5 Jun 2025 bertempat di Dewan Isyraq, IPA.
Sesi ini bertujuan untuk membarigakan, mengemaskini serta membincangkan hal ehwal berkaitan program pembelajaran dan pembangunan IPA, di samping memperkukuh penglibatan IPA bersama pihak berkepentingan khususnya di peringkat HRDA dan TC di kementerian dan jabatan, serta meningkatkan kerjasama padu dalam melaksanakan inisiatif pembelajaran dan pembangunan yang lebih efektif dan berimpak tinggi bagi perkhidmatan awam.
Seramai 196 HRDA dan TC telah menghadiri sesi selama dua hari ini, yang dihasratkan untuk mencapai objektif utama iaitu meningkatkan ketelusan dan kepercayaan antara IPA dan Kementerian; menunjukkan komitmen terhadap pembangunan modal insan; serta menggariskan peranan dan memperkukuh pengetahuan serta kemahiran Pegawai Fokal HR.
Diharapkan sesi ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam yang berimpak tinggi serta berdaya saing.