30/05/2026
Makluman jadual uijan berkomputer mulai 02.06.2026 hingga 04.06.2026 dan 06.06.2026
Semak jadual ujian melalui modul "Kalendar Saya" di www.recruitment.gov.bn. Notifikasi turut dihantar melalui Bell, Paparan Notifikasi dan emel. Pastikan alamat emel masih aktif, peti masuk tidak penuh serta sentiasa menyemak Inbox atau Junk/Spam.
Jadual penuh ujian juga boleh dilihat di laman sesawang www.spa.gov.bn, klik Jadual Ujian dan pilih bulan dan minggu ujian diadakan. Jadual berkenaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dibuat melalui modul "Aduan Saya" PSCR 2.0 dengan memilih jenis
aduan "Ujian" dan nama jawatan yang dipohon dengan betul bagi memastikan disalurkan ke kementerian berkaitan.