09/06/2026
Pada 9 Jun 2026, Pusat L3 telah mengambil bahagian dalam Pameran Kerjaya sempena Program Halatuju Sekolah Menengah Menglait 2026 yang berlangsung di Dewan Melati, Sekolah Menengah Menglait.
Antara objektif pameran ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai kursus dan latihan yang ditawarkan oleh pusat latihan serta memberikan panduan tentang halatuju kerjaya dan jenis pekerjaan yang diperlukan selepas mengikuti program tersebut.
Penyertaan Pusat L3 dalam pameran ini adalah untuk memperkukuh usaha bersama dalam mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran dunia pekerjaan, dengan menekankan pentingnya pembelajaran sepanjang hayat sebagai asas kejayaan masa depan.