04/05/2026
๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ง๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ ๐๐ฅ๐๐ซ ๐๐ฎ๐๐ฆ๐ข & ๐๐ฒ๐๐ก
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah beratnya ujian yang menimpa keluarga Allahyarham Mohammad Fazlee bin Ariffin yang meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.
Seorang suami dan ayah yang sebelum ini terlantar akibat sakit jantung akhirnya kembali ke rahmatullah akibat septic shock secondary to hospital-acquired pneumonia with multiorgan failure. Pemergian Allahyarham bukan sekadar kehilangan, tetapi hilangnya tempat bergantung isteri dan anak anaknya.
Isteri Allahyarham, Puan Hajar menggalas tanggungjawab membesarkan lima orang anak sendirian. Dalam kesedihan, beliau tetap cekal mencari rezeki dengan mengambil upah menghantar dan mengambil kanak-kanak sekolah demi kelangsungan hidup.
Melalui Lawatan Prihatin hari ini,turut dihadiri Tuan Muhamad Rashid Bin Othman Pengarah Perkeso Petaling Jaya, Tok Azizi Bin Aziz Ketua Kg, Kampung Melayu Subang, Muhammad Ikhwan Najmi Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sg Buloh, Encik Aimmul Adha dan Puan Fatin Farahiyah Pegawai Skuad Prihatin Perkeso Petaling Jaya telah menyalurkan sumbangan keperluan harian berupa Kotak Prihatin . Puan Hajar juga layak menerima Faedah Perkeso iaitu Faedah Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) RM3,000
Disamping itu, Pejabat Perkeso Selangor juga telah menaja Skim Lindung Kasih kepada Puan Hajar sebagai jaminan keselamatan sosial beliau semasa menguruskan dan menjaga keluarganya.
Semoga Puan Hajar dan anak-anak terus diberikan kekuatan dan ketabahan. Kami akan terus bersama, memberi sokongan agar mereka mampu bangkit meneruskan kehidupan.