Armada Bersatu Malaysia

Armada Bersatu Malaysia Laman Rasmi Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), sayap pemuda rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia. https://linktr.ee/ArmadaBersatu

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026MMenghayati erti pengorbanan dengan penuh keikhlasan. Semoga Aidiladha...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M

Menghayati erti pengorbanan dengan penuh keikhlasan. Semoga Aidiladha tahun ini membawa keberkatan, kesejahteraan, dan kedamaian yang berpanjangan buat kita seisi keluarga.

ARMADA BERSATU MALAYSIA

Ketua Penerangan ARMADA BERSATU Malaysia, Harris Idaham Rashid, menegaskan bahawa setakat ini tiada sebarang perancangan...
26/05/2026

Ketua Penerangan ARMADA BERSATU Malaysia, Harris Idaham Rashid, menegaskan bahawa setakat ini tiada sebarang perancangan untuk Bersatu bekerjasama dengan PKR atau Pakatan Harapan.

Sebaliknya, fokus Bersatu bersama PAS, Gerakan, MIPP dan IPR adalah untuk memperkukuh Perikatan Nasional sebagai blok pembangkang yang bersedia berdepan Pilihan Raya Umum akan datang.

Matlamat utama adalah memastikan PN mampu melepasi 111 kerusi bagi membentuk kerajaan sendiri. Namun, sekiranya jumlah itu tidak dicapai, kebijaksanaan kepimpinan PN akan diuji dalam menentukan bentuk kerjasama politik yang sesuai selepas pilihan raya.

Bersatu juga berpandangan bahawa penyatuan parti politik Melayu perlu dirangka sebelum PRU akan datang supaya undi Melayu tidak berpecah, namun ia harus dilakukan dengan sikap berlapang dada dan keinsafan bahawa tiada parti boleh bertanding di semua tempat secara bersendirian.

AGENDA DAP MAHU KURANGKAN KUASA RAJA-RAJAARMADA BERSATU Malaysia mengecam keras kenyataan biadap Tony Pua. Saat isu kebi...
20/05/2026

AGENDA DAP MAHU KURANGKAN KUASA RAJA-RAJA

ARMADA BERSATU Malaysia mengecam keras kenyataan biadap Tony Pua. Saat isu kebiadapan dan keceluparan pimpinan DAP semakin berleluasa, saya yakin kenyataan tersebut dibuat dengan sengaja untuk meneruskan polemik dan krisis biarpun disedari boleh menggugat keharmonian dan kesentosaan masyarakat.

ARMADA yakin, DAP akan terus menggasak dan memperlekeh institusi Raja Berperlembagaan kerana mereka berasa kebal. Ini kerana Kerajaan Perpaduan - Madani kini dibawah telunjuk DAP. Sama ada PKR, AMANAH termasuk UMNO, semuanya dibawah telunjuk DAP. Tanpa DAP, mereka tidak mungkin berkuasa.

Maka, tidak ada pemimpin Madani yang akan berani menghentikan kebiadapan yang sedang dilakukan DAP. Sekalipun UMNO dilihat cuba melawan dan mencabar DAP, tapi itu lah hipokrasi mereka. Di Selangor, UMNO ikut Himpunan Daulat Tuanku di Shah Alam, tapi 2 orang ADUN UMNO menikus dalam Dewan Negeri dan tidak berani menegur perbahasan biadap ADUN DAP. UMNO malah turut bersekongkol untuk menolak usul supaya ADUN Seri Kembangan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor.

ARMADA percaya, DAP sedang rancak melaksanakan agenda mereka. Minggu lalu, DAP berjaya ‘menunjuk’ kabinet Madani untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) biarpun ianya bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. UMNO malah menjadikan Tahfiz sebagai perisai mempertahankan UEC.

Justeru, DAP semakin rancak dan berani kerana ketika ini kerana pelbagai agenda mereka berjaya direalisasikan. DAP sedang berada di puncak kekuasaan. Mereka akan terus mencabar institusi Raja Berperlembagaan dan meneruskan polemik ini. Mengapa ? Kerana agenda DAP seterusnya adalah mengurangkan kuasa Raja-Raja.

MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

Seluruh kepimpinan dan warga ARMADA BERSATU Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada barisan kepimpinan...
16/05/2026

Seluruh kepimpinan dan warga ARMADA BERSATU Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada barisan kepimpinan yang telah dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional di negeri Selangor, Perak, Johor, Sarawak serta Wilayah Persekutuan dan Melaka.

Semoga pelantikan ini terus memperkukuh saf kepimpinan Perikatan Nasional, di samping menyemarakkan semangat perjuangan demi rakyat dan masa depan Malaysia.

ARMADA Bersatu Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar atas pel...
16/05/2026

ARMADA Bersatu Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar atas pelantikan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

RESPON BALAS KEPADA DATUK DR MOHD PUAD ZARKASHIDatuk Dr Mohd Puad Zarkashi sepatutnya memahami perbezaan antara pengambi...
16/05/2026

RESPON BALAS KEPADA DATUK DR MOHD PUAD ZARKASHI

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sepatutnya memahami perbezaan antara pengambilan bersasar atas faktor keperluan dengan pengiktirafan umum terhadap sesuatu sijil.

Pengambilan lepasan UEC ke IPG bagi opsyen Bahasa Cina telah diumumkan sejak Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) pada tahun 2010 oleh Perdana Menteri ketika itu bagi menangani kekurangan guru Bahasa Cina di SJKC.

Pengambilan tersebut dibuat atas keperluan khusus. Sebab itu ia terhad kepada opsyen tertentu dan calon tetap wajib memenuhi syarat SPM serta tapisan ketat KPM.

Malah ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, Pejabat Perdana Menteri sendiri pernah menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menyatakan akan mengiktiraf UEC.

Persoalannya sekarang, kemasukan lepasan UEC ke IPTA p**a dibuat atas keperluan apa?

Adakah ini sebenarnya satu bentuk pengiktirafan UEC secara berperingkat?

UEC tidak sepatutnya diiktiraf kerana ia tidak selaras dengan Akta Pendidikan 1996 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Ini bukan soal kaum atau sentimen perkauman. Ini soal prinsip, dasar dan hala tuju pendidikan negara.

Jika hari ini UEC diberikan laluan ke IPTA, bagaimana p**a sekiranya pada masa akan datang muncul sistem peperiksaan atau sijil lain yang beroperasi di luar kerangka pendidikan negara tetapi turut menuntut pengiktirafan yang sama?

Adakah semua sistem luar selepas ini juga akan diberikan laluan khas hanya kerana mempunyai jumlah pelajar yang ramai atau tekanan politik tertentu?

Sebab itu prinsipnya perlu jelas dan konsisten. Selagi sesuatu sijil atau sistem pendidikan itu tidak selaras dengan kerangka serta dasar pendidikan negara, maka ia tidak sepatutnya diberikan pengiktirafan rasmi.

Tahniah buat Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya BERSATU.Selamat maju j...
15/05/2026

Tahniah buat Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya BERSATU.

Selamat maju jaya dalam menggalas tanggungjawab ini.

Tahniah Y.B. Muhammad Hilman Bin Idham di atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional.Ikhlas daripa...
15/05/2026

Tahniah Y.B. Muhammad Hilman Bin Idham di atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional.

Ikhlas daripada seluruh kepimpinan ARMADA BERSATU Malaysia.

Selamat berkhidmat!

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA ARMADA PUSAT BIL 1/2026Ketua ARMADA BERSATU Malaysia, YB Hilman Idham telah mempengerusikan ...
01/02/2026

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA ARMADA PUSAT BIL 1/2026

Ketua ARMADA BERSATU Malaysia, YB Hilman Idham telah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa ARMADA Pusat Bil 1/2026 yang berlangsung di Ibu Pejabat BERSATU pada 30 Januari 2026 yang lalu.

Mesyuarat kali ini menumpukan fokus kepada pemerkasaan pengurusan ARMADA di setiap peringkat bagi memastikan kelancaran gerak kerja pentadbiran organisasi.

Selain itu, barisan kepimpinan turut memperhalusi strategi bagi persiapan pilihan raya akan datang serta membincangkan isu-isu semasa yang memberi kesan langsung kepada rakyat dan negara.

ARMADA komited untuk terus menjadi barisan hadapan perjuangan parti demi agama, bangsa, dan tanah air.

Laungan “Era Baru Bongawan” bergema malam tadi!Kepimpinan Pemuda Perikatan Nasional bersama rakyat Bongawan bersatu menu...
13/11/2025

Laungan “Era Baru Bongawan” bergema malam tadi!

Kepimpinan Pemuda Perikatan Nasional bersama rakyat Bongawan bersatu menuntut perubahan demi masa depan yang lebih cerah.

Perikatan Nasional bertekad untuk membawa aspirasi rakyat Bongawan ke arah Era Baru!

Address

Bhulta

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Armada Bersatu Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Armada Bersatu Malaysia:

Share