Office of The Halal Attache, Canberra

Office of The Halal Attache, Canberra Office of The Halal Attache, High Commission of Malaysia, Canberra Australia

Halal Malaysia - Halal Knowledge - Halal Economy

12 November 2024 - Mesyuarat Animal & Animal Products Technical Working Group (AAPTWG) dan Halal Task Force (HTF) Malays...
15/11/2024

12 November 2024 - Mesyuarat Animal & Animal Products Technical Working Group (AAPTWG) dan Halal Task Force (HTF) Malaysia-Australia 2024 telah berlangsung dengan sempurna bertempat di Marriott Hotel, Putrajaya dan berakhir pada jam 9.30 malam (waktu Australia).

Mesyuarat ini mempertemukan pihak-pihak berkuasa terlibat iaitu Department of Agriculture, Fisheries & Forestry (DAFF) Australia, Ministry of Agriculture & Food Security (MAFS), Department of Veterinary (DVS) dan JAKIM.

Pejabat Atase Halal hadir secara virtual bersoal jawab, berunding dan membentangkan maklum balas & input kepada ahli mesyuarat.

Platform rundingan dua hala ini terus diperkukuhkan dan berhasil mencapai kesepakatan bersama ke atas beberapa agenda baharu khususnya berkaitan kerjasama halal.



01/10/2024

SEKALUNG TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkuatkuasa 1 Oktober 2024.

Dengan pengalaman kepimpinan beliau yang berwawasan dan dedikasi dalam memartabatkan syiar Islam pastinya akan membawa JAKIM ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi.

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha beliau dalam memperkukuhkan syiar Islam di Malaysia dan memperkasakan JAKIM sebagai agensi peneraju dalam hal ehwal Islam.

Marilah bersama-sama kita mendukung misi dan visi beliau untuk membawa JAKIM mencapai kejayaan yang lebih gemilang di peringkat global.

Global Halal Summit (GHaS) 2024 Kuala Lumpur
20/09/2024

Global Halal Summit (GHaS) 2024 Kuala Lumpur



05/09/2024
30/08/2024
Global Halal Summit 2024, Kuala Lumpur
27/08/2024

Global Halal Summit 2024, Kuala Lumpur



📢 Save The Date : Global Halal Summit 2024 Is Coming On This September! 🌍

📌Join us at the Global Halal Summit in conjunction with the Halal Malaysia Golden Jubilee taking place on 17th to 19th September 2024 at the Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

▶️This prestigious event gathers participants from Foreign Halal Certification Bodies, MABIMS Members and all players in the global halal industry. It’s an unparalleled opportunity to network, learn, and contribute to the future of the global halal market.

▶️As part of the GHaS 2024, JAKIM will be hosting several engaging events during the upcoming program:

1. [14th Halal Certification Bodies Conference]
Date & Time: [18&19 September 2024]

2. [3rd International Halal Tecnical Capacity Developement Program]
Date & Time: [18&19 September 2024]

3. [1st MABIMS Halal Summit]
Date & Time: [18 September 2024]

4. [MABIMS Halal Techincal Meeting 2024]
Date & Time: [18 September 2024]

▶️For more details on these programs and to register, please visit [https://ghasconvention.com/home].

🔊We look forward to your participation and to making GHaS 2024 a success together!






50th Halal Malaysia Certification Anniversary
11/08/2024

50th Halal Malaysia Certification Anniversary

Pada tahun ini, telah genap 50 tahun pensijilan halal Malaysia yang diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bermula sejak tahun 1974. Sambutan Jubli Emas Halal Malaysia akan membawa tema "Halal Malaysia: 5 Dekad Menerajui Dunia".




20/07/2024

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai 2024 Bersamaan 14 Muharam 1446H

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”

Sembah takzim daripada Ketua Pengarah dan Seluruh Warga JAKIM

11/07/2024

Lawatan Kerja Majlis Ugama Islam Singapura Ke Canberra, Australia

CANBERRA, AUSTRALIA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Pejabat Atase Halal JAKIM di Canberra, Australia telah menerima kunjungan dari Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada 20 Jun 2024.

Delegasi MUIS diketuai oleh YBrs. Tuan Sharifuddin Mohamed Ali, Ketua Rangkaian Pembekal Halal MUIS bersama pengurusnya iaitu YBrs. Tuan Aznan Ghazali yang telah berkunjung ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra.

Objektif utama kunjungan ini diadakan adalah bagi memahami proses perakuan halal loji sembelihan luar negara yang dilaksanakan oleh JAKIM dalam usaha MUIS memperkenalkan skim baharu iaitu pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara susulan kelulusan legistatif yang telah diperolehi oleh MUIS.

Delegasi kemudiannya mengadakan kunjung hormat ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Canberra sebelum meneruskan sesi lawatan observasi ke loji sembelihan diiktiraf Malaysia tersebut.

Delegasi berpeluang melihat secara dekat proses implimentasi Malaysian Protocol for the Halal Meat & Poultry Productions dan Malaysian Standard (MS 1500) yang mana kedua-dua dokumen ini adalah rujukan bagi tujuan perakuan halal untuk loji sembelihan luar negara yang diperkenalkan oleh JAKIM serta diberi pendedahan mengenai pelaksanaan audit pemantauan halal pasca kelulusan yang dilaksanakan oleh pejabat Atase Halal JAKIM.

Semoga dengan kunjungan seperti ini menjadi satu manifestasi pengukuhan persefahaman dan kerjasama lanjutan dari MoU MABIMS mengenai bidang halal yang telah dimeterai bersama pada tahun 2023.




30/06/2024

DAULAT TUANKU

Semoga Allah Lanjutkan Usia Dan Merahmati Pemerintahan Tuanku

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL-AMINUL KARIM SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH, SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

dan

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH MALIHA BINTI ALMARHUM TENGKU ARIFF, SULTANAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Dengan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-82 Pada 30 Jun 2024 bersamaan 23 Zulhijjah 1445H.

Sembah Takzim Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.

✨ عيد الأضحى المبارك✨أكبر الله أكبر الله أكبرلا إله إلا الله ، الله أكبر الله أكبر ولله الحمد🤲🏼 أعاده الله علينا وعليكم ...
16/06/2024

✨ عيد الأضحى المبارك✨

أكبر الله أكبر الله أكبر
لا إله إلا الله ، الله أكبر
الله أكبر ولله الحمد

🤲🏼 أعاده الله علينا وعليكم باليمن والبركات
🤲🏼 ونسأل الله أن يرزقنا وإياكم الحج وعرفة في السنة المقبلة
🤲🏼 وكل عام وأنتم بخير

Address

7 Perth Avenue
Yarralumla, ACT
2600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Office of The Halal Attache, Canberra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Office of The Halal Attache, Canberra:

Share