01/02/2024
Ziarah Prihatin :-
Biro Kebajikan kelab Sukan & Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda (KESUKPA KM) L/Kpl (PA) Maheran binti Darus telah menganjurkan ziarah Prihatin ke rumah Pbt (PA) Aminah binti Shahadan MyASPA APM Kuala Muda. Turut serta Lt.M (PA) Nur Farhana binti Ishak mewakili Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, YDP Kelab SM ( PA ) Ahmad Fauzi bin Azizan, Tim. YDP SM (PA) Amran bin Ismail. Pbt Aminah baru sahaja kehilangan anak perempuan akibat kemalangan maut di Pulau Pinang semasa pulang dari kerja. Almarhum yang berusia 23 tahun adalah seorang jururawat yang bertugas di Hospital swasta Pulau Pinang. Semoga Pbt Aminah dan ahli keluarga tabah menghadapi ujian Allah. Semoga Almarhum dicucuri rahmat dan tempatkan bersama golongan para solehin.
Al- Fatihah.