27/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐๐ฆ๐๐๐ก๐๐๐ฅ, 24 April - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah mengadakan Mesyuarat Pemantauan Prestasi Pelaksanaan Aktiviti Pembangunan Modal Insan dan Pendidikan serta Sesi Libat Urus bersama Kementerian Kewangan (M*F) Bilangan 1 Tahun 2026 pada 24 hingga 25 April 2026 bertempat di Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar (AKKSI) Perak.
Penganjuran mesyuarat ini bertujuan memastikan pelaksanaan program, aktiviti dan projek pembangunan di bawah Belanjawan 2026 dilaksanakan selaras dengan dasar Kerajaan serta mencapai objektif yang telah ditetapkan demi memenuhi keperluan golongan sasar.
Lawatan diketuai oleh Puan Rohayu Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara dan Industri M*F bersama Datin Siti Noorliza Md Salleh, Pengarah Bahagian Kewangan dan Perolehan Ibu Pejabat KEMAS serta Puan Nurul Najihah Mohd Nasir, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kewangan dan Perolehan. Turut hadir Puan Linda binti Hamzah, Pengetua AKKSI yang memastikan kelancaran penganjuran program sepanjang berlangsungnya mesyuarat dan sesi libat urus ini.
Lawatan turut menyaksikan Majlis Peragaan Fesyen Tahun Akhir pelatih Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang Operasi Pengeluaran Pakaian. Program ini menjadi platform kepada pelatih untuk mempamerkan kreativiti, kemahiran serta hasil pembelajaran sepanjang tempoh latihan, sekali gus mencerminkan keupayaan institusi KEMAS dalam melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing.
Selain itu, sesi libat urus yang diadakan turut menjadi platform penting untuk mengenal pasti isu dan cabaran pelaksanaan di peringkat akar umbi, sekali gus membantu memperkukuh perancangan bagi tahun 2027 agar lebih efisien, komprehensif dan selari dengan hala tuju negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.
Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan KEMAS dalam memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan program memberi impak maksimum kepada masyarakat serta menyokong agenda pembangunan negara secara menyeluruh.