Polis Balai Bandar Penawar

  • Home
  • Polis Balai Bandar Penawar

Polis Balai Bandar Penawar TEGAS.ADIL.BERHEMAH MISI

Menyediakan perkhidmatan professional dan berkualiti dalam melindungi Negara dan menjamin persekitaran yang selamat bagi masyarakat.

Laman ini merupakan Laman Rasmi Polis Diraja Malaysia Polis Balai Bandar Penawar 81930, Kota Tinggi, Johor. [Hotline : 07-8837222] [No.Telefon: 07-8221122] [No.Faxs: 07-8221122]

VISI

Agensi peneraju dalam menjadikan Malaysia Negara yang selamat, aman dan sejahtera. Kepimpinan PDRM Daerah Kota Tinggi
-----------------------------------------------------

Ketua Polis Daerah
Supt. Hussin bin Zamora



Timbalan Ketua Polis Daerah
Dsp Nik Azaham bin Nik Aziz

Ketua Bahagian Pengurusan Daerah
Asp Sattar bin Jaafar

Ketua Cawangan Khas Daerah
Asp Mohd Khazli bin Abd Jalil

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah
Asp Fauzi bin Kamaruddin

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah
Asp Mohd Suhairie bin Seman

Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Daerah
Asp Zaidi bin Mohd Nor

Ketua Bahagian Siasatan Perundangan dan Trafik Daerah
Asp Dr. Bibiana Anak Manggai

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
Asp Azri bin Yaacob

Ketua Bahagian Siasatan Komersil Daerah
Insp Villiam Prasad A/L Francis

Ketua Bahagian Logistik Daerah
Insp Ayu Azeerah Ezzanie binti Mat Rasid

Inspektor Ketenteraman Awam Daerah
Asp Mohamadeen bin Bujang

--------------------------------------------------------------------------------------
Ketua Balai Polis Kota Tinggi
Insp Wan Nasrul Fariq bin Wan Ismail

Ketua Balai Polis Bandar Tenggara
Insp Khairul Anuar bin Omar

Ketua Balai Polis Sungai Rengit
Insp Low Johan

Ketua Balai Polis Bandar Penawar
Insp Noor Aswadi Armei bin Abidin

Ketua Balai Polis Bayu Damai
Insp Zakaria bin Ab Wahab

Ketua Balai Polis Pengerang
SM Roslan bin Mian

Ketua Polis Balai Telok Sengat
SM Ibrahim bin Mamat

Ketua Balai Polis Kuala Sedili
SM Saidon Hadzri bin Hj Abu Hassan

Ketua Polis Balai Air Tawar 2
SM Azril bin Mohd Shah

Ketua Polis Balai Gugusan Adela
Sjn Abd Jamal bin Mohd Yusof

Ketua Polis Balai Mawai
Sjn Ahmad Ramzee James bin Abdullah

Ketua Polis Balai Batu Ampat
Sjn Abd Razak bin Harun

Ketua Balai Polis Bukit Besar
Sjn Hassan bin Md Said

# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #

PENAFIAN BERITA PALSUKota Tinggi, 25 April 2026 - Unit Media, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi telah mengesan satu p...
25/04/2026

PENAFIAN BERITA PALSU

Kota Tinggi, 25 April 2026 - Unit Media, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi telah mengesan satu penyebaran maklumat palsu melalui aplikasi WhatsApp berhubung kewujudan sindiket aktif menjalankan aktiviti ragut dan rogol beramai-ramai di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Polis Kota Tinggi menafikan berita tular tersebut dan mengesahkan tidak menerima sebarang laporan polis berhubung penemuan mayat di dalam longkang berhampiran IKBN Bandar Penawar.

Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat palsu atau dokumen pengenalan diri orang lain tanpa asas yang kukuh.

Perbuatan menyebarkan berita palsu sehingga mendatangkan kekeliruan, mencetus kebimbangan masyarakat serta menganggu keamanan negara adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selamat menyambut hari polis ke 219
24/03/2026

Selamat menyambut hari polis ke 219

05/02/2026
AMARAN BANJIR NEGERI JOHOR ‼️‼️‼️‼️
16/12/2025

AMARAN BANJIR NEGERI JOHOR ‼️‼️‼️‼️

‼️MAKLUMAN AWAL BANJIR – NEGERI JOHOR‼️Dikeluarkan oleh: PRABN (12 Disember 2025, 7.00 PM)PDRM menasihatkan orang ramai ...
12/12/2025

‼️MAKLUMAN AWAL BANJIR – NEGERI JOHOR‼️

Dikeluarkan oleh: PRABN (12 Disember 2025, 7.00 PM)

PDRM menasihatkan orang ramai agar berwaspada susulan ramalan hujan berterusan serta potensi banjir bermula 14 – 17 Disember 2025 melibatkan kawasan berikut:

📍 1. Daerah Mersing
• Lembangan Sungai Endau
• Lembangan Sungai Tenglu Besar
• Lembangan Sungai Mersing
• Lembangan Sungai Sedili Besar
• Lembangan Sungai Jemaluang

📍 2. Daerah Kota Tinggi
• Lembangan Sungai Johor
• Lembangan Sungai Santi
• Lembangan Sungai Sedili Kecil
• Lembangan Sungai Lebam
• Lembangan Sungai Sedili Besar
• Lembangan Sungai Punggai
• Lembangan Sungai Endau

📍 3. Daerah Batu Pahat
• Lembangan Sungai Batu Pahat
• Lembangan Sungai Simpang Kiri & Kanan
• Lembangan Sungai Benut
• Lembangan Sungai Rengit
• Lembangan Sungai Senggarang
• Lembangan Sungai Ayam

⚠️ Peringatan Keselamatan:
• Ikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
• Elakkan melalui kawasan rendah & mudah dinaiki air.
• Sediakan dokumen penting, barang keperluan & pastikan kenderaan diletakkan di kawasan selamat.
• Pantau info rasmi melalui portal banjir & agensi berkaitan.

🔗 Info Terkini Banjir:
publicinfobanjir.water.gov.my

PDRM menyeru semua penduduk untuk sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan keluarga.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TADIKA PENAWAR BESTARI KE BALAI POLIS BANDAR PENAWAR13 November 2025 - Balai Polis Bandar Penawar...
13/11/2025

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TADIKA PENAWAR BESTARI KE BALAI POLIS BANDAR PENAWAR

13 November 2025 - Balai Polis Bandar Penawar telah menerima kehadiran seramai 36 orang tetamu terdiri daripada kanak-kanak serta guru pengiring.

Ketibaan kanak-kanak Tadika Penawar Bestari ini disambut oleh Anggota Balai Polis Bandar Penawar yang sedang bertugas di Balai Polis Bandar Penawar serta memastikan lawatan pendidikan kanak-kanak Tadika Penawar Bestari di Balai Polis Bandar Penawar ini mampu memberikan pembelajaran serta pengalaman bermakna.

OMNIPRESENCE SEKOLAH DI BAWAH PENTADBIRAN BALAI POLIS BANDAR PENAWAR26 OKTOBER 2025 - Pegawai Polis dari Balai Polis Ban...
26/10/2025

OMNIPRESENCE SEKOLAH DI BAWAH PENTADBIRAN BALAI POLIS BANDAR PENAWAR

26 OKTOBER 2025 - Pegawai Polis dari Balai Polis Bandar Penawar telah melaksanakan penugasan omnipresence di beberapa buah sekolah di bawah pentadbiran Balai Polis Bandar Penawar.

Omnipresence ini melibatkan pemantauan di Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar, Sekolah Menengah Kebangsaan Lokman Hakim dan Sekolah Kebangsaan Felda Lok Heng.

📌 Kes Penipuan Melibatkan Dakwaan Penggubahan Wang Haram (Mei–Julai 2025)Mangsa menerima panggilan daripada individu yan...
12/10/2025

📌 Kes Penipuan Melibatkan Dakwaan Penggubahan Wang Haram (Mei–Julai 2025)

Mangsa menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai agensi kerajaan, mendakwa mangsa terlibat dalam aktiviti gubahan wang haram.

Mangsa diarahkan untuk mengisytiharkan semua harta dan simpanan.

Pada Jun 2025, mangsa diminta membuka 4 akaun bank berbeza menggunakan nombor simkad prabayar baharu.

Kad bank dan simkad tersebut kemudian diarahkan untuk diletakkan di lokasi awam sebanyak dua kali (Jun dan Julai 2025).

Akaun-akaun tersebut mengandungi wang simpanan mangsa berjumlah lebih RM6 juta, termasuk dana KWSP dan deposit tetap.

Awas penjualan kenderaan lelong‼️Kenderaan lupus negara jiran?Kenderaan rampasan agensi penguatkuasa?Kenderaan tender in...
09/10/2025

Awas penjualan kenderaan lelong‼️

Kenderaan lupus negara jiran?
Kenderaan rampasan agensi penguatkuasa?
Kenderaan tender institusi Kewangan?

Ditawarkan melalui media sosial?

Sabar saudara / saudari ☺️
Semak dahulu..
1) Mana mana institusi kerajaan atau swasta tidak akan melantik orang perseorangan untuk melakukan penjualan kenderaan lupus / tender

2) kenderaan dari negara jiran dikenakan syarat khas untuk digunakan disini.. kalau kenderaan lupus di negara berkenaan sudah pasti bertambah sukar untuk digunakan disini.

Semak dan bertanya..jangan jadi mangsa.

,

Pernah menerima tawaran pinjaman melalui dalam talian?Jangan mudah terpedaya dengan helah pinjaman tidak wujud.Anda mung...
09/10/2025

Pernah menerima tawaran pinjaman melalui dalam talian?

Jangan mudah terpedaya dengan helah pinjaman tidak wujud.

Anda mungkin jadi mangsa penipuan atau akaun perbankan anda digunakan sebagai keldai akaun

Sentiasa berwaspada dan teliti.


LAWATAN KEBAJIKAN BALAI POLIS BANDAR PENAWAR20 SEPTEMBER 2025 - Timbalan Ketua Polis Balai Bandar Penawar bersama anggot...
20/09/2025

LAWATAN KEBAJIKAN BALAI POLIS BANDAR PENAWAR

20 SEPTEMBER 2025 - Timbalan Ketua Polis Balai Bandar Penawar bersama anggota telah membuat lawatan kebajikan ke atas Konstabel Shahfiq anggota Balai Polis Bandar Penawar.

JANGAN JADI MANGSA SCAM‼️Tahukah Anda Kes Penipuan Dalam Talian  Berlaku Setiap Hari. Melibatkan Kerugian Wang Berjuta R...
17/09/2025

JANGAN JADI MANGSA SCAM‼️

Tahukah Anda Kes Penipuan Dalam Talian Berlaku Setiap Hari. Melibatkan Kerugian Wang Berjuta Ringgit.

Berhati-Hati ‼️
Jangan Sampai Anda Manjadi Mangsa ‼️

Sekiranya anda menjadi mangsa, segera hubungi hotline bank anda atau NSRC di talian 997 (8am - 8pm) dan buat laporan polis.





Address

Bandar Penawar

81930

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Balai Bandar Penawar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Balai Bandar Penawar:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share