05/02/2023
*DAP SILA JANGAN CAMPUR URUSAN UMNO*
1.Saya ingin menegur Setiausaha DAP Perak Chong Zemin yang berkata siasatan dan tindakan disiplin perlu dikenakan terhadap terhadap 10 ahli Parlimen Barisan Nasional yang menandatangani SD menyokong Muhyiddin selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)
2.Kenyataan ini merupakan penghinaan kepada UMNO kerana kami sebagai parti terbesar di negara ini tahu bagaimana untuk mentadbir parti & kami tidak perlu orang luar terutamanya parti yang ketika ini menjadi sekutu kami untuk menasihatkan kami untuk menguruskan hal dalaman kami.
3.Sebagai rakan di dalam Kerajaan Persekutuan, segala kenyataan yang boleh mengguris hati ahli haruslah di elakkan. Adalah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan Kerajaan Perpaduan ini stabil demi rakyat.
4.Tiada desakan dari UMNO untuk Nurul Izzah letak jawatan. Tiada desakan dari UMNO untuk Rafizi meletakkan jawatan atas kenyataan2 beliau yang mengguris hati rakyat.
5.Hentikan sebarang kenyataan-kenyataan tidak matang yang boleh mengganggu-gugat kestabilan politik negara, yang sedang kita nikmati ini. Desakan untuk mengambil tindakan disiplin merupakan kenyataan yang angkuh dan bongkak. Tidak wujud semangat berpasukan
6.UMNO parti bermaruah. Saya ingin tegaskan kepada DAP untuk jangan campur urusan parti kami.
*Alfie Zainal*
*Ketua Pergerakan Pemuda*
*UMNO Bahagian Subang*
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin DAP menggesa, kepemimpinan Barisan Nasional (BN) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap semua Ahli Parlimennya yang sebelum ini menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.