Institut Koperasi Malaysia Perak - Cawangan Ipoh

  • Home
  • Institut Koperasi Malaysia Perak - Cawangan Ipoh

Institut Koperasi Malaysia Perak - Cawangan Ipoh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Koperasi Malaysia Perak - Cawangan Ipoh, Government Organization, NO 54, KOMPLEKS PERDAGANGAN DWJ@MERU, .

27 APRIL 2026 Telah berlangsung Mesyuarat Penubuhan Koperasi bertempat di Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Cawangan Ipo...
28/04/2026

27 APRIL 2026

Telah berlangsung Mesyuarat Penubuhan Koperasi bertempat di Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Cawangan Ipoh, Perak.

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk menyokong usaha penubuhan koperasi dalam kalangan penduduk Kampung Gula, satu inisiatif telah dilaksanakan dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan. Antara yang terlibat ialah penduduk Kampung Gula, pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), wakil Kolej Komuniti Sungai Siput dan pakar kepada bidang paya bakau.

Turut dijemput dalam program ini ialah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Taiping bagi menyampaikan taklimat berkaitan proses dan keperluan penubuhan koperasi.

Sepanjang program berlangsung, para peserta turut berpeluang bertukar pandangan serta mendapatkan panduan berhubung amalan terbaik dalam pengurusan dan pembangunan koperasi.

Institut Koperasi Malaysia (IKMa) berharap agar jaringan kerjasama strategik yang terjalin ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa demi memperkasa pembangunan koperasi dan komuniti setempat.










14 - 15 APRIL 2026Telah berlangsung satu kursus Wajib 2 - Pengurusan Kewangan Koperasi bertempat di Ritz Garden Hotel, M...
17/04/2026

14 - 15 APRIL 2026

Telah berlangsung satu kursus Wajib 2 - Pengurusan Kewangan Koperasi bertempat di Ritz Garden Hotel, Manjung, Perak. Kursus ini telah dihadiri oleh ALK koperasi dan anggota koperasi dari seluruh koperasi di negeri Perak seramai 46 orang peserta.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pihak pengurusan koperasi terutamanya ALK Memberi kefahaman terhadap aspek asas pengurusan kewangan dan menerangkan aspek pengurusan modal kerja koperasi.

Kursus ini juga telah berjalan dengan lancar & semua peserta yang hadir memberi kerjasama yang terbaik.










🎉🎉🎉🎉🎉🎉KURSUS WAJIB 3- PENGURUSAN STRATEGIK KOPERASI📖Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Jom sertai sebelum penyertaan d...
13/04/2026

🎉🎉🎉🎉🎉🎉
KURSUS WAJIB 3- PENGURUSAN STRATEGIK KOPERASI📖

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Jom sertai sebelum penyertaan ditutup!! Penyertaan adalah TERHAD 🗣️!!!!!

🗓 19 - 20 MEI 2026 (Selasa & Rabu)
🕘 8.30 pagi - 04.30 petang
📍Taiping, Perak
💰 Yuran RM50 (KOPERASI)

Pautan Pendaftaran 👇🏻
https://mitsv2.ikma.edu.my/ords/r/mitsv2/mits/maklumat_kursus?p42_course_key=24336&p42_oa_course_intake_key=217066

>Mohon untuk membuat pembayaran YURAN dengan menggunakan sistem MITS semasa pendaftaran<

☎️Sebarang pertanyaan, boleh hubungi En Fahmi - 05-5299486 / 0145859195 (Setiausaha Program)

📆Tarikh tutup permohonan: 12 Mei 2026

JANGAN TUNGGU LAGI !!!! SLOT TERHAD 📲 DAFTAR HARI INI !

LAWATAN PENULISAN KAJIAN KES IKMa DI KOPERASI PENDUDUK ULU CHEPOR BERHAD.9 April 2026Ulu Chepor bukan sahaja terkenal de...
10/04/2026

LAWATAN PENULISAN KAJIAN KES IKMa DI KOPERASI PENDUDUK ULU CHEPOR BERHAD.

9 April 2026

Ulu Chepor bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam semula jadinya yang menghijau, malah turut menyimpan potensi besar dalam pembangunan komuniti melalui gerakan koperasi.

Pada 9 April 2026, IKMa Perak telah mengadakan lawatan kerja ke Koperasi Penduduk Ulu Chepor Bhd. sebagai sebahagian daripada penulisan kajian kes 2026. Lawatan ini memberi peluang untuk meneliti sendiri perkembangan aktiviti koperasi serta peranan pentingnya dalam menjana ekonomi setempat.

Selain itu, keunikan lokasi Ulu Chepor yang dikelilingi keindahan semula jadi menjadikannya kawasan yang berpotensi untuk pembangunan pelancongan komuniti dan keusahawanan koperasi.

Diharapkan melalui lawatan ini, lebih banyak inisiatif dapat dirangka bagi memperkukuh kerjasama serta mempromosikan Ulu Chepor sebagai destinasi komuniti koperasi yang berdaya maju dan berdaya saing.

Terima kasih kepada Koperasi Penduduk Ulu Chepor Bhd. atas sambutan mesra dan perkongsian yang amat bermakna.










🎉🎉🎉🎉🎉🎉PENGIRAAN CUKAI KOPERASI 📝 💸Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Jom sertai sebelum penyertaan ditutup!! Penyertaa...
03/04/2026

🎉🎉🎉🎉🎉🎉
PENGIRAAN CUKAI KOPERASI 📝 💸

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Jom sertai sebelum penyertaan ditutup!! Penyertaan adalah TERHAD 🗣️!!!!!

🗓 05 - 06 Mei 2026 (Selasa - Rabu)
🕘 8.30 pagi - 04.30 petang
📍Ipoh, Perak
💰 Yuran RM50 (KOPERASI)

Pautan Pendaftaran 👇🏻
https://mitsv2.ikma.edu.my/ords/r/mitsv2/mits/maklumat_kursus?p42_course_key=24334&p42_oa_course_intake_key=217054&session=9024932284162

>Mohon untuk membuat pembayaran YURAN dengan menggunakan sistem MITS semasa pendaftaran<

☎️Sebarang pertanyaan, boleh hubungi En Fahmi - 05-5299486 / 0145859195 (Setiausaha Program)

📆Tarikh tutup permohonan: 28 April 2026

JANGAN TUNGGU LAGI !!!! SLOT TERHAD 📲 DAFTAR HARI INI !

LAWATAN KERJA KE KOPERASI RTBK PERLOP II SUNGAI SIPUT (U) PERAK BERHAD. 1 APRIL 2026Satu lawatan kerja IKMa ke Koperasi ...
02/04/2026

LAWATAN KERJA KE KOPERASI RTBK PERLOP II SUNGAI SIPUT (U) PERAK BERHAD.
1 APRIL 2026

Satu lawatan kerja IKMa ke Koperasi RTBK Perlop II telah diadakan pada 1 April 2026 di Pejabat koperasi. Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menjalinkan kerjasama antara koperasi dan melihat perkembangan aktiviti koperasi.

Terima kasih diucapkan kepada koperasi di atas kesudian menerima kunjungan daripada pihak IKMa Perak.









31 MAC 2026Telah berlangsung satu kursus Teknik Penulisan Minit Mesyuarat bertempat di Symphony Suites Hotel, Ipoh, Pera...
02/04/2026

31 MAC 2026

Telah berlangsung satu kursus Teknik Penulisan Minit Mesyuarat bertempat di Symphony Suites Hotel, Ipoh, Perak. Kursus ini telah dihadiri oleh ALK koperasi dan anggota koperasi dari seluruh koperasi di negeri Perak seramai 43 orang peserta.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pihak pengurusan koperasi terutamanya ALK dalam memahami fungsi minit mesyuarat dan cara mengambil nota mesyuarat berserta menulis minit mesyuarat yang lebih sistematik.

Kursus ini juga telah berjalan dengan lancar & semua peserta yang hadir memberi kerjasama yang terbaik.










PROGRAM JOM@COOP 2026 & CSR KOMUNITIProgram JOM@COOP & CSR KOMUNTI telah berjaya diadakan pada 15 Februari 2026 bertempa...
25/02/2026

PROGRAM JOM@COOP 2026 & CSR KOMUNITI

Program JOM@COOP & CSR KOMUNTI telah berjaya diadakan pada 15 Februari 2026 bertempat di Surau Madrasatul Al-Saadati Al Abadiyah, Kampung Baru Kelompang, Selinsing, Perak dengan kehadiran seramai 100 peserta.

Selain itu, Program Usaha sama Penanaman Pokok Bunga Kelompang di komuniti Kampung Baru Kelompang anjuran JPKK Kampung Jalan Gua Mukim Selinsing Daerah Kerian Perak turut diadakan pada hari tersebut. Program ini merupakan usaha sama antara JPKK Kampung dan universiti iaitu UNIMAS dan UKM.

Seterusnya, program CSR bersama komuniti turut dilakukan iaitu gotong royong mengecat dan membersihkan surau.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohamad Noor bin Dawoo, Pegawai Khas Menteri Besar Perak Dun Selinsing. Turut hadir adalah YBhg. Datuk Mohd Ali bin Mansor, Ketua Pengarah IKMa, YBrs. En Mohd Zaib bin Mat Yunos, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan IKMa, wakil pensyarah daripada UNIMAS dan UKM serta JPKK dan Ketua Kampung kawasan dun Selinsing.

Terima kasih kepada semua penduduk komuniti yang hadir !










03 - 04 FEBRUARI 2026Telah berlangsung satu kursus Wajib 1 - Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi bertempat di Kinta Rive...
06/02/2026

03 - 04 FEBRUARI 2026

Telah berlangsung satu kursus Wajib 1 - Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi bertempat di Kinta Riverfront Hotel, Ipoh, Perak. Kursus ini telah dihadiri oleh ALK koperasi dan anggota koperasi dari seluruh koperasi di negeri Perak seramai 90 orang peserta.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pihak pengurusan koperasi terutamanya ALK mengenai tugas dan tanggungjawab ALK serta perundangan yang perlu dipatuhi.

Kursus ini juga telah berjalan dengan lancar & semua peserta yang hadir memberi kerjasama yang terbaik.










PROGRAM JOM@COOP 2026 & BICARA ILMUProgram JOM@COOP 2026 telah berjaya diadakan pada 27 Januari 2026 bertempat di Impian...
28/01/2026

PROGRAM JOM@COOP 2026 & BICARA ILMU

Program JOM@COOP 2026 telah berjaya diadakan pada 27 Januari 2026 bertempat di Impiana Hotel, Ipoh, Perak dengan kehadiran seramai 212 peserta. Program JOM@COOP 2026 - SIRI PLATINUM ini merupakan salah satu daripada program IKMa yang akan dijalankan pada tahun ini bersempena Sambutan 70 Tahun Jubli Platinum IKMa, dan akan dilaksanakan di 40 lokasi di seluruh negara

Pada masa yang sama, program Bicara Ilmu turut diadakan, bertajuk “Usaha Dan Pendekatan Pematuhan Syariah Dalam Koperasi yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman peserta mengenai konsep, prinsip dan keperluan pematuhan Syariah dalam pengurusan dan operasi koperasi.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Salbiah binti Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak. Turut hadir adalah ketua-ketua agensi Negeri Perak dan wakil-wakil agensi Negeri Perak.

Terima kasih kepada semua koperator yang hadir !










KURSUS WAJIB 1- PENGURUSAN & PENTADBIRAN KOPERASI🎉🎉🎉🎉Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Jom sertai sebelum penyertaan ...
16/01/2026

KURSUS WAJIB 1- PENGURUSAN & PENTADBIRAN KOPERASI🎉🎉🎉🎉

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Jom sertai sebelum penyertaan ditutup!! Penyertaan adalah TERHAD !!!!!

🗓 03 - 04 Feb 2026 (Selasa & Rabu)
🕘 8.30 pagi - 04.30 petang
📍Ipoh, Perak
💰 Yuran RM50 (KOPERASI)
50 peserta TERAWAL akan diberi diskaun yuran & perlu membayar sebanyak RM30

Pautan Pendaftaran 👇🏻
https://shorturl.at/PCQMq

>Mohon untuk membuat pembayaran YURAN dengan menggunakan sistem MITS semasa pendaftaran<

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi En Fahmi - 05-5299486 / 0145859195 (Setiausaha Program)

Tarikh tutup permohonan: 26 Januari 2026

JANGAN TUNGGU LAGI !!!! SLOT TERHAD 📲 DAFTAR HARI INI !










Address

NO 54, KOMPLEKS PERDAGANGAN DWJ@MERU

30020

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Koperasi Malaysia Perak - Cawangan Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Koperasi Malaysia Perak - Cawangan Ipoh:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share