15/06/2025
πππππππ πππππππππππ ππππππππππ πππππππ ππππππ ππππππ ππππ β πππππ πππππ ππππππ
Kuala Pilah, 15 Jun 2025 (Ahad) β YDH IG Tan Sri Razarudin bin Husain, Ketua Polis Negara telah menghadiri Program Keharmonian Masyarakat Kampung Angkat MADANI 2025 anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung di Institut Tasawuf, Kampung Parit Seberang, Kuala Pilah.
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara telah disambut oleh YDH DCP Datoβ Ahmad Dzaffir bin Mohd Yussof, Ketua Polis Negeri Sembilan bersama barisan kepimpinan tertinggi PDRM dan Kerajaan Negeri Sembilan, menzahirkan sokongan padu terhadap usaha memperkasa komuniti luar bandar melalui pendekatan menyeluruh kerajaan atau Whole of Government.
Antara tetamu kehormat yang turut hadir YB Datuk Seri Hj Jalaluddin bin Hj Alias Exco Kemajuan Desa, Perladangan & Komoditi, YBhg Datoβ Rozitta binti Sulaiman Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Datoβ Hj. Adnan bin Abu Hassan Ahli Parlimen Kuala Pilah, YB Datoβ Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBhg Puan Nawal binti Mohamed Amin Pegawai Daerah Kuala Pilah, YBhg Puan Fatimah binti Hamid Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua-ketua agensi kerajaan negeri, dif-dif jemputan khas, pemimpin dan masyarakat setempat Kampung Parit Seberang, Kuala Pilah.
Dalam ucapan beliau, YDH Ketua Polis Negara menjelaskan bahawa pemilihan kampung angkat ini dibuat berdasarkan penilaian terhadap tahap kemudahan asas yang berada di bawah 50 peratus, melibatkan kawasan yang prasarana dan infrastrukturnya tidak lengkap serta memerlukan perhatian khas. Bagi menjayakan usaha ini, sebanyak satu (1) juta Ringgit telah diperuntukkan untuk membiayai keseluruhan inisiatif peningkatan taraf hidup komuniti terlibat.
Usaha ini turut bertujuan merapatkan jurang kemudahan antara kawasan desa dan bandar secara holistik. Ia digerakkan melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan, kementerian, jabatan serta institusi pengajian tinggi awam, dengan harapan dapat menyediakan perkhidmatan kemasyarakatan yang lebih inklusif, berkesan dan mampan.
Program ini merupakan manifestasi komitmen PDRM dalam memperkukuh hubungan antara pihak polis dan masyarakat melalui pendekatan proaktif yang selari dengan semangat MADANI dan aspirasi pembangunan negara.