Dewan Muslimat PAS Tanjong Karang

  • Home
  • Dewan Muslimat PAS Tanjong Karang

Dewan Muslimat PAS Tanjong Karang ISTIQOMAH MENUJU KEMENANGAN

30/05/2026

๐Š๐‹ ๐“๐€๐Š ๐๐„๐‘๐‹๐” ๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐‡๐”๐ ๐‡๐ˆ๐๐”๐‘๐€๐

Kuala Lumpur tidak perlu dijadikan โ€œhub hiburanโ€ semata-mata untuk menarik pelancong kerana kekuatan sebenar Malaysia terletak pada identiti budaya, kepelbagaian masyarakat, nilai ketimuran serta keunikan warisan yang tidak dimiliki negara lain. Pelancong hari ini bukan hanya mencari hiburan malam atau pusat pesta, tetapi mereka juga mencari pengalaman autentik, keamanan, makanan tradisi, seni budaya, sejarah, alam semula jadi dan kehidupan masyarakat tempatan.

Kuala Lumpur sendiri sudah mempunyai daya tarikan tersendiri seperti Menara Berkembar Petronas, Masjid Negara dan kepelbagaian budaya yang hidup dalam masyarakat majmuk negara ini.

Selain itu, pembangunan sektor pelancongan yang terlalu bergantung kepada industri hiburan boleh memberi kesan sosial dan moral kepada masyarakat setempat. Sesebuah negara maju bukan diukur melalui banyaknya pusat hiburan, tetapi bagaimana ia mampu membina bandar yang selamat, bersih, mesra keluarga dan mempunyai nilai kehidupan yang seimbang.

Kuala Lumpur boleh menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia melalui pelancongan ilmu, pelancongan kesihatan, pelancongan Islamik, makanan halal, ekopelancongan dan program kebudayaan yang memperkenalkan identiti Malaysia kepada dunia.

Malah, ramai pelancong luar datang ke Malaysia kerana suasana harmoni dan sederhana yang ada pada negara ini. Mereka mahu melihat budaya Melayu, Cina, India dan etnik-etnik lain hidup bersama dalam aman. Inilah kekuatan sebenar Kuala Lumpur. Bandar raya ini perlu dibangunkan sebagai pusat ekonomi, ilmu, teknologi dan budaya, bukannya dikenali hanya sebagai pusat hiburan.

Pelancongan yang berteraskan nilai dan identiti akan lebih lestari, dihormati dan memberi manfaat jangka panjang kepada negara serta generasi akan datang.

๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ๐š๐ก ๐‡๐š๐ฃ๐ฃ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ซ๐ข๐๐š๐ก ๐›๐ญ ๐’๐š๐ฅ๐ฅ๐ž๐ก
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)
30 Mei 2026 bersamaan 13 Zulhijjah 1447H

26/05/2026
26/05/2026

26/05/2026

๐Œ๐”๐๐€๐‰๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐€๐‘๐€๐…๐€๐‡

Hari Arafah adalah peluang terbaik untuk kita kembali mendekat kepada Allah dengan doa, istighfar dan penuh pengharapan.

Semoga setiap munajat yang dipanjatkan pada hari mulia ini diangkat dan diterima oleh-Nya. ๐Ÿค

โ€œTiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hamba daripada api neraka selain Hari Arafah.โ€ - Riwayat Muslim

Rebutlah peluang menggandakan amal dan menyemai saham akhirat melalui infaq serta kebaikan yang berpanjangan.



26/05/2026

Masih ada masa kita memperbanyak doa kita.

18/05/2026

๐ž-๐“๐ข๐ฉ๐ฌ: ๐Ÿ• ๐’๐ข๐Ÿ๐š๐ญ ๐€๐ก๐ฅ๐ข ๐’๐ฒ๐ฎ๐ซ๐ ๐š

1. Beriman
2. Khusyuk dalam solat
3. Menjauhkan diri dari perbuatan sia-sia
4. Menunaikan zakat
5. Memelihara kemaluan (kecuali kepada yang halal)
6. Memelihara amanah dan janji
7. Memelihara solat

Surah Al-Mukminun ayat 1-11.



15/05/2026

Akhlak yang baik.

๐ŸŒผYASINAN DAN DOA SELAMAT BERSAMA DENGAN USTAZAH MUSTAZZILAH๐ŸŒผ๐Ÿ—“๏ธTarikh : 08.05.2026 (jumaat)โฐMasa  : 3.00 petang๐Ÿ Tempat : ...
09/05/2026

๐ŸŒผYASINAN DAN DOA SELAMAT BERSAMA DENGAN USTAZAH MUSTAZZILAH๐ŸŒผ

๐Ÿ—“๏ธTarikh : 08.05.2026 (jumaat)
โฐMasa : 3.00 petang
๐Ÿ Tempat : Rumah Puan Sabariah Binti Yaakup,Batu 12,Sungai Burong .
Alhamdulillah isteri YB ADN Sungai Burong Dr Zamri Mantop, berpeluang mengetuai bacaan Surah Yaasin & Doa Selamat di kediaman Puan Sabariah kelmarin.

Moga Allah rahmati & berkahi perkumpulan ini aamiin.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Tanjong Karang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share