Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota

  • Home
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota

Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota, Government Organization, Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota, .

30/03/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI & MAJLIS PERSARAAN SERTA PERTUKARAN ANGGOTA

30 MAC 2026 | 10 SYAWAL | ISNIN

TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN ATAS SEGALA PENGORBANAN DAN JASA YANG TELAH DICURAHKAN SEPANJANG BERKHIDMAT DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT INDERA MAHKOTA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERASALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRABBP I...
27/03/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

BBP INDERA MAHKOTA

TARIKH : 27 MAC 2026, 7 SYAWAL 1447H (JUMAAT)
MASA : 15:00:00 - 17:30:00
PASUKAN : CEKAP

AKTIVITI :
LAWATAN YS PENGARAH JBPM PAHANG BERSAMA PENGERUSI PERISMA PAHANG.

YS Pengarah JBPM Pahang, Dato' Mohd Razam bin Taja Rahim bersama Pengerusi PERISMA Pahang, YBhg Datin Suraya binti Jusoh dan AJK Induk telah singgah berhari raya serta beramah mesra bersama anggota bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota

TERIMA KASIH YS DATO DAN YBHG DATIN ❤️

Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota
Bomba & Penyelamat Negeri Pahang
Perisma JBPM Pahang


27/03/2026

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA – BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA 🔥🚒

PEMERIKSAAN PILI BOMBA KAWASAN JAGAAN

🗓 27 March 2026 (Jumaat)
📍 Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota
👨‍🚒 Pasukan Cekap BBP Indera Mahkota

Pemeriksaan pili bomba di kawasan jagaan Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota telah dilaksanakan oleh pasukan cekap.

Setiap pili bomba diperiksa secara menyeluruh bagi memastikan ianya berada dalam keadaan baik, berfungsi dengan sempurna serta bebas daripada sebarang kerosakan.

Tindakan ini adalah bagi menjamin kesiapsiagaan yang berterusan dalam menghadapi sebarang kecemasan serta memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara.

Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota
Bomba & Penyelamat Negeri Pahang



21/03/2026

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA – BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA 🔥🚒

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA TAHUN 2026

🗓 21 March 2026 (Sabtu)
📍 Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota
👨‍🚒 Pasukan Cekap BBP Indera Mahkota

"Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026; pastikan pandu kenderaan dengan berhemah di jalan raya, serta jangan lupa periksa punca api dan suis elektrik di rumah sebelum pulang ke kampung demi keselamatan keluarga tersayang!"

Terima kasih di atas keperihatinan dan sumbangan kepada kami yang bertugas di barisan hadapan.

Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota
Bomba & Penyelamat Negeri Pahang



Alhamdulillah🤲🏻 Majlis Berbuka Puasa Pasukan Cekap Balai Bomba Indera Mahkota berlangsung dengan penuh ukhuwah dan keber...
28/02/2026

Alhamdulillah🤲🏻 Majlis Berbuka Puasa Pasukan Cekap Balai Bomba Indera Mahkota berlangsung dengan penuh ukhuwah dan keberkatan bersama keluarga tercinta serta Ketua Balai Tuan Abdul Rahim bin Baharom

Bukan sekadar berkumpul untuk berbuka puasa, tetapi mengeratkan silaturahim, menyemai semangat kebersamaan dan memperkukuh hubungan antara warga balai serta insan tersayang.

Semoga kebersamaan ini terus menguatkan semangat kami dalam berkhidmat dengan penuh dedikasi demi agama, bangsa dan negara. 🤲🔥




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERASALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA – BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA📅 28...
28/02/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA – BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

📅 28 Februari 2026 (Sabtu)
⏰ 0630 pagi hingga selesai
🚒 Pasukan: Bersih
🚨 Jenis Kes: Kemalangan Jalan Raya
📍 Lokasi: KM 209, Bypass dari Indera Mahkota menghala ke Gebeng

Telah berlaku satu kemalangan jalan raya melibatkan empat (4) buah kenderaan:

• Lori Tangki – 1 lelaki dewasa (selamat)
• Perodua Myvi – 1 lelaki dewasa (meninggal dunia di tempat kejadian, disahkan oleh KKM)
• Proton Satria – 1 wanita dewasa (selamat)
• Mitsubishi Storm (4WD) – 1 lelaki dewasa (selamat)

👥 Jumlah mangsa: 4 orang
✅ 3 selamat
1 meninggal dunia

Operasi berjalan lancar dan ditamatkan setelah keadaan disahkan selamat serta terkawal.

Semoga semua mangsa yang terlibat diberikan kekuatan dan ketabahan.

Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota
Bomba & Penyelamat Negeri Pahang


🚨 AWAS! PANGGILAN PALSU 999 ADALAH KESALAHAN JENAYAH! 🚨Jangan jadikan talian kecemasan sebagai bahan gurauan.Setiap pang...
21/02/2026

🚨 AWAS! PANGGILAN PALSU 999 ADALAH KESALAHAN JENAYAH! 🚨

Jangan jadikan talian kecemasan sebagai bahan gurauan.

Setiap panggilan palsu bukan sekadar “main-main”…
❌ Mengganggu operasi Polis & Bomba
❌ Melambatkan bantuan kecemasan sebenar
❌ Membahayakan nyawa orang lain

Hukuman berat menanti!
💰 Denda sehingga RM50,000
⛓ Penjara sehingga 1 tahun
⚖️ ATAU kedua-duanya sekali!

Bayangkan masa kita prank call, ada orang tengah nazak, rumah tengah terbakar, kemalangan tengah berlaku…
Tapi bantuan lambat sebab talian disalah guna.
Fikir sebelum bertindak.
999 untuk kecemasan, bukan untuk hiburan.
Sebarkan kesedaran.
Lindungi nyawa.

Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota
SURAU BALAI BOMBA IM
Bomba & Penyelamat Negeri Pahang



19/02/2026

✨ Barisan Jawatankuasa Surau BBP Indera Mahkota 2026 ✨

“Surau bukan sekadar tempat solat, tetapi tempat kita membina jiwa, menyatukan hati, dan menghidupkan sunnah.
Semoga Allah menerima setiap usaha kecil kita sebagai amal besar di sisi-Nya.”

Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota

Address

Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota

25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share