14/06/2026
🏊♂️ PROGRAM JOM BELAJAR BERENANG BERSAMA BOMBA SIRI 9/2026 🏊♀️
13 Jun 2026 (Sabtu) – Telah berlangsung Program Jom Belajar Berenang Bersama Bomba Siri 9/2026 bertempat di Kolam Renang MBMB, Bandar Hilir, Melaka.
Program ini melibatkan seramai 23 orang peserta terdiri daripada doktor dan pegawai-pegawai perubatan Daerah Melaka Tengah.
Pelaksanaan program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kemahiran asas renang, keselamatan di air serta meningkatkan keyakinan ketika berada di kawasan berisiko air.
JBPM Negeri Melaka sentiasa komited dalam memperkasa kesedaran keselamatan air melalui program bersama komuniti selaras dengan usaha pencegahan kejadian lemas.
“Bersama Bomba, Kita Tingkatkan Keselamatan Di Air”