Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu

  • Home
  • Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu

Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu Pendidikan

Tahniah
26/05/2026

Tahniah

24/05/2026

𝗝𝗣𝗑 π—žπ—˜π——π—”π—› π—§π—”π—‘π—šπ—”π—‘π—œ π—žπ—˜π—π—”π——π—œπ—”π—‘ π—¦π—”π—Ÿπ—”π—› π—Ÿπ—”π—žπ—¨ π—•π—¨π—Ÿπ—œ, π— π—˜π— π—£π—˜π—₯π—œπ—‘π—šπ—”π—§π—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π— π—¨π—” π—œπ—‘π—¦π—§π—œπ—§π—¨π—¦π—œ π—£π—˜π—‘π——π—œπ——π—œπ—žπ—”π—‘ 𝗕𝗔π—ͺ𝗔𝗛 π—žπ—˜π—Ÿπ—’π—Ÿπ—”π—”π—‘π—‘π—¬π—” π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π— π—˜π— π—”π—§π—¨π—›π—œ π—šπ—”π—₯π—œπ—¦ 𝗣𝗔𝗑𝗗𝗨𝗔𝗑 π——π—œπ—§π—˜π—§π—”π—£π—žπ—”π—‘

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah memandang serius mengenai kejadian buli yang berlaku di sebuah sekolah di negeri ini seperti yang dilaporkan oleh media.

Kejadian ini sedang berada dalam siasatan pihak jabatan. JPN Kedah memberi jaminan siasatan yang telus dan terperinci bagi memastikan keadilan untuk murid yang menjadi mangsa. Tindakan disiplin tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Semua institusi pendidikan di bawah kelolaan JPN Kedah diingatkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan bagi membenteras salah laku buli. Sekiranya berlaku kejadian buli, ia perlu ditangani dengan segera berdasarkan kepada garis panduan yang telah ditetapkan.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
24 MEI 2026




PERUBAHAN PENGURUSAN MENENGAH DAERAH KUBANG PASUPejabat Pendidikan Daerah Kubang PasuPertukaran dan Pelantikan Pegawai P...
21/05/2026

PERUBAHAN PENGURUSAN MENENGAH DAERAH KUBANG PASU

Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu
Pertukaran dan Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Menengah

1. PN. HASH*TA BINTI ABD HAMID
Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan SMK Megat Dewa ditempatkan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah yang sama.
Tarikh kuatkuasa pada 17 Mei 2026.

2. EN. RAMLAN BIN MOHD NOR
Guru Penolong SMK Megat Dewa ditempatkan sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan di sekolah yang sama.
Tarikh kuatkuasa pada 17 Mei 2026

3. PN. HASIAH BINTI HANIPAH
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Megat Dewa ditempatkan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Bandar Baru Sintok.
Tarikh kuatkuasa pada 17 Mei 2026.

4. PN. NAFIZA BINTI AZIZ
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Megat Dewa ditempatkan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah yang sama.
Tarikh kuatkuasa pada 17 Mei 2026.

TAHNIAH dan SYABAS
Selamat Menjalankan Amanah

Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu

21 Mei 2026

Tahniah
21/05/2026

Tahniah

Alhamdulillah.
Pihak sekolah merakamkan ucapan TAHNIAH kepada tuan pengetua, Tuan Haji Khairul Anwar bin Haji Mohamad Ali atas pelantikan sebagai Yang Dipertua, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Kubang Pasu yang baharu. Semoga terus memimpin dengan hikmah dan keberkatan.


Tahniah dan Syabas
15/05/2026

Tahniah dan Syabas

✨ Tahniah dan syabas diucapkan kepada Muallimah Mash*toh binti Abdul Hamid atas kejayaan meraih πŸ₯‰ Tempat Ketiga Anugerah Khas Pendidikan Pencipta Kandungan Digital sempena Hari Guru 2026.

Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan warga Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara dan warga pendidikan, malah menjadi bukti bahawa usaha, kreativiti dan keikhlasan dalam menyampaikan ilmu mampu memberi manfaat kepada ramai insan. 🌸

β€œDan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah akan melihat amalan kamu...”
(Surah At-Taubah: 105)

Semoga segala usaha mendidik, berkongsi ilmu dan menghasilkan kandungan bermanfaat ini menjadi saham pahala yang berterusan serta inspirasi kepada guru-guru lain untuk terus berinovasi demi anak bangsa.

Terus melangkah membawa cahaya ilmu, kerana sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain. 🀍






Selamat Hari Guru 2026β€œGuru Bitara Nadi Negara”
15/05/2026

Selamat Hari Guru 2026
β€œGuru Bitara Nadi Negara”

14/05/2026

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-55 dengan tema β€œGuru Bitara, Nadi Negara” diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan warga pendidik yang terus komited dalam memperkasa agenda pendidikan negara serta melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing.

Antara pengisian program Sambutan Hari Guru ialah:

πŸ—“οΈ 15 Mei 2026 (Jumaat)

🀲 Majlis Bacaan Yasin, Tahlil, Khutbah dan Solat Jumaat

πŸ… Majlis Anugerah Guru Peringkat Kebangsaan

✨ Kemuncak Sambutan Hari Guru 2026 ✨

πŸ—“οΈ 16 Mei 2026 (Sabtu)

πŸ‘‘ Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-55 di Ipoh, Perak yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Semoga sambutan ini terus menjadi simbol penghargaan terhadap peranan guru sebagai tunjang pembangunan bangsa dan negara.

Tahun Ini, Tahun Kita
β€œGuru Bitara, Nadi Negara”







PERUBAHAN PENGURUSAN MENENGAH DAERAH KUBANG PASUPejabat Pendidikan Daerah Kubang PasuPertukaran dan Pelantikan Pegawai P...
11/05/2026

PERUBAHAN PENGURUSAN MENENGAH DAERAH KUBANG PASU

Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu
Pertukaran dan Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Menengah

1. EN. MOHD HAFIZ BIN ABU BAKAR
Guru Penolong SMK Changlun ditempatkan sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik Dan Vokasional di SMK Jitra.
Tarikh kuatkuasa pada 17 Mei 2026.

2. PN. YUSNI BINTI HASSAN
Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik Dan Vokasional SMK Jitra ditempatkan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Bandar Darulaman.
Tarikh kuatkuasa pada 17 Mei 2026

3. EN. AMER BIN RAMLEE
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bandar Baru Darulaman ditempatkan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Tunku Anum Tunku Tunku Abdul Rahman.
Tarikh kuatkuasa pada 17 Mei 2026.

4. EN. MOHAMMAD KAMAL BIN AYUB
Guru Penolong SMK Megat Dewa ditempatkan sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa di sekolah yang sama.
Tarikh kuatkuasa pada 17 Mei 2026.

5. PN. NOOR FADZILLAH BINTI MOHMD ROZI
Guru Penolong SMK Jerlun ditempatkan sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan di sekolah yang sama.
Tarikh kuatkuasa pada 17 Mei 2026.

TAHNIAH dan SYABAS
Selamat Menjalankan Amanah

Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu

11 Mei 2026

Syabas dan Tahniah
10/05/2026

Syabas dan Tahniah

Address

Bandar Darul Aman

06000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049199979

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share