14/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
14 Mei 2026 | Rembau, Negeri Sembilan
Lawatan kerja Timbalan Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Puan Hajah Linda Binti Buang ke Projek Komuniti Tanaman Nanas MD2 di Rembau telah berlangsung bagi meninjau perkembangan semasa projek serta melihat sendiri pelaksanaan kerja-kerja Infrastruktur yang telah dilaksanakan di kawasan berkenaan.
Turut sama hadir ialah Puan Hajar Binti Zainal, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Encik Sharul Hafizan selaku wakil Bahagian Kejuruteraan, Encik Izwan Azrien daripada LPNM Negeri Sembilan dan Melaka serta pengusaha projek dan pihak-pihak yang terlibat.
Lawatan ini menjadi platform pemantauan dan penyelarasan bagi memastikan setiap pelaksanaan projek berjalan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. Selain itu, sesi lawatan turut memberi ruang untuk menilai keperluan semasa dan cadangan penambahbaikan demi memperkukuh pembangunan projek komuniti tanaman nanas MD2 di Rembau.
Komitmen berterusan LPNM melalui pelaksanaan projek komuniti seperti ini diharap dapat terus memperkasa industri nanas negara, di samping membuka peluang pembangunan ekonomi dan meningkatkan potensi sektor agromakanan di peringkat komuniti.
๐๐๐ง๐๐ฌ ๐๐ข๐ญ๐, ๐๐๐๐๐ง๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐ โจ๐
๐๐๐ฃ๐๐จ ๐๐ค๐ฌ๐๐ง! | ๐๐๐ ๐๐ก๐ ๐๐๐ฃ๐๐ข, ๐ฏ ๐๐๐ก๐ ๐๐ช๐๐