Dengar Cakap Orang Tua

Dengar Cakap Orang Tua Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dengar Cakap Orang Tua, balakong.

25/11/2020

Pakcik perasan semakin ramai tokoh dan pakar ekonomi tampil beri pandangan mereka tentang penggunaan wang daripada akaun 1 KWSP.

Contohnya macam peringatan yang diberikan oleh Profesor Jomo Kwame Sundaram dalam video ini. Menurut beliau 82% pencarum KWSP tidak cukup simpanan untuk pendapatan yang lebih dari paras kemiskinan apabila sudah bersara.

Jika ada keperluan mendesak akibat masalah ekonomi hari ini, gunalah peluang untuk keluarkan wang daripada akaun 1 untuk memenuhi keperluan seharian. Sebaiknya janganlah usik kalau tak betul-betul perlu kerana kesannya di masa hadapan sangat besar.

Video Profesor Jomo dari FB Ekonomi Rakyat https://www.facebook.com/EkonomiRakyatMY/posts/230422608507710

TOLONG YANG TERJEJAS TANPA MENJEJASKAN SIMPANAN HARI TUAAda yang kata ajal itu di tangan tuhan, jadi kenapa kita yakin s...
24/11/2020

TOLONG YANG TERJEJAS TANPA MENJEJASKAN SIMPANAN HARI TUA

Ada yang kata ajal itu di tangan tuhan, jadi kenapa kita yakin sangat bahawa hayat kita akan sampai ke 70 atau 80 tahun? Kenapa tidak diutamakan keperluan hari ini berbanding masa depan yang entah akan sampai atau tidak?

Pakcik memang setuju seratus peratus yang ajal itu urusan tuhan, dan kita tidak tahu bila nafas terakhir kita. Namun itu tidak bermakna kita tidak meletakkan sebarang usaha untuk merancang masa hadapan. Tawakkal kita bukannya dengan hanya berserah kepada ilahi, sebaliknya kita melakukan usaha sebaik mungkin untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita dan keluarga kita, makan minum kita, keperluan kita, dan lain-lain.

Itulah pentingnya ada simpanan untuk waktu persaraan. Kita mungkin rasa hari ini kita masih muda, dan umur 55 itu nun jauh di depan. Tapi percayalah cakap pakcik, usia muda kita tidak tahan lama, dan tiba-tiba badan kita beritahu kita yang kita ni sudah menjadi tua. Badan pun dah tak kuat macam dulu, sakit-sakit sini sana, waktu itu kita akan rasa lega kalau kita ada duit hasil caruman kita sepanjang kita bekerja.

Dalam waktu ramai susah dan terjejas ini, pakcik faham yang kita perlu dapatkan bantuan buat memenuhi perbelanjaan asas kita. Pada hemat pakcik, itulah gunanya ada program i-Sinar KWSP untuk bawa keluar sejumlah simpanan akaun 1 yang ada bagi memenuhi keperluan, tetapi tidak sampai menjejaskan hari tua. Termasuklah sekali program-program lain seperti I-Lestari, Bayaran Prihatin Rakyat, subsidi upah, geran peniaga kecil. Bukanlah pakcik nak ambil alih tugas JASA, tetapi sekadar mengenal pasti apa bantuan yang ada dari kerajaan sebagai maklumat yang pakcik boleh sampaikan.

Pakcik perasaan ramai kawan-kawan baru singgah ke page kecil ini,dan membaca apa yang pakcik kongsi. Ada yang setuju, ada yang tidak, biasalah. Sesama adik-beradik pun boleh berbetah, inikan p**a orang di Facebook. Apapun pakcik nak ucap terima kasih buat semua yang ambik masa untuk beri komen dan share tulisan pakcik. Niat di hati hanya untuk kongsi sedikit pengetahuan dan nasihat dari apa yang pakcik tahu.

Pakcik setuju dengan pandangan anak muda ni. Kita kena bantu orang di waktu kecemasan. πŸ‘πŸ½
23/11/2020

Pakcik setuju dengan pandangan anak muda ni.

Kita kena bantu orang di waktu kecemasan. πŸ‘πŸ½

Kalau tiada simpanan asas dalam Akaun 1, tidak ada duit untuk sara hidup bila sudah tidak bekerja di usia tuaBila dah be...
23/11/2020

Kalau tiada simpanan asas dalam Akaun 1, tidak ada duit untuk sara hidup bila sudah tidak bekerja di usia tua

Bila dah bekerja 15 ke 20 tahun, dan tiap-tiap bulan gaji kita ada potongan untuk tujuan pencaruman ke dalam KWSP, sudah tentu hari ini sudah besar jumlah simpanan kita. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, kata orang tua. Baki dalam KWSP bukannya kita tengok setiap hari, baik Akaun 1 atau 2, kerana kita tahu ianya simpanan untuk hari tua.

Ini juga menyenangkan kita menabung untuk hari persaraan, kerana apabila kita sudah tinggalkan dunia pekerjaan nanti, kita masih perlukan wang untuk menyara kehidupan sendiri dan keluarga.
Menurut KWSP, kita perlu ada simpanan sekurang-kurangnya RM240,000 menjelang usia 55 tahun agar kita dapat menampung perbelanjaan sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh 20 tahun dari usia tersebut.

Air ada pasang surutnya, begitu juga rezeki kita. Kalau selama ini kita bernasib baik dapat bekerja dan dibayar gaji secukupnya, hari ini tidak semestinya. Banyak perkara yang berlaku di luar jangkaan sesiapa, dan di luar kawalan semua. Kesannya, ramai yang hilang pekerjaan dan tidak lupa dipotong gaji.

Peluang untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 KWSP (melalui i-Lestari) dan mulai Januari nanti Akaun 1 menerusi i-Sinar sudah pasti membuat ramai menghembus nafas lega.

Pada masa yang sama, sudah tentu ramai yang bertanya,β€œKan banyak lagi simpanan dalam Akaun 1 aku, kenapa boleh bawa keluar sehingga 9000 saja?”. Ini bagi mengurangkan risiko simpanan persaraan terjejas.

Lebih-lebih lagi kerana ramai orang mempunyai jumlah caruman Akaun 1 yang kurang daripada paras simpanan asas untuk tahap umur mereka supaya mempunyai wang yang mencukupi di usia persaraan. Sebagai contoh, seorang yang berusia 34 tahun perlu mempunyai baki Akaun 1 sekurang-kurangnya RM52,000.

Jika pengeluaran mengurangkan baki Akaun 1 bawah paras simpanan asas ia akan memberi kesan kepada p**angan yang akan kita terima, dan seterusnya menyukarkan kemampuan kita capai paras RM240,000 di umur 55 nanti. Seperti yang pakcik dah sebut sebelum ni, RM9,000 yang dikeluarkan hari ini boleh mengurangkan hasil pelaburan lebih RM30,000 di masa hadapan.
Tidak dapat dinafikan ramai yang terjejas, dan sebarang sinar harapan sangatlah diharapkan.

Peluang mengeluarkan wang dari Akaun 1 akan dapat membantu ramai orang memenuhi keperluan perbelanjaan mereka, dan pada masa yang sama melindungi simpanan untuk persaraan di masa hadapan.

Arwah bini pakcik dulu dengan kawan-kawan dia s**a main 'kutu'. Orang zaman sekarang bukan tahu sangat cara orang lama b...
22/11/2020

Arwah bini pakcik dulu dengan kawan-kawan dia s**a main 'kutu'. Orang zaman sekarang bukan tahu sangat cara orang lama belajar menyimpan duit untuk bantu diri dan kawan-kawan.

Dulu masa arwah masih ada, setiap bulan dia akan pergi dari rumah ke rumah, kutip duit kutu. Tak banyak pun, seorang seratus. Bila kumpul sepuluh orang, dapat la seribu. Duit yang terkumpul tu kemudian mereka beri ikut giliran, atau kepada sesiapa yang sedang sesak antara mereka.

Bulan ni Kiah, bulan depan Senah, bulan seterusnya Joyah; setiap orang merasa dapat seribu sebulan daripada hasil kutipan duit kutu ni. Kalau bulan tu si Kiah terdesak nak pakai duit, dia buat la permohonan kepada jawatankuasa pengelola kutu (arwah bini pakcik la tu) dan kalau diluluskan, dapat la dia bantuan.

Mungkin ini lah konsep yang digunakan untuk kerajaan tubuhkan Kump**an Wang Simpanan Pekerja. Mungkin kerajaan dulu pun ada bini diorang yang main kutu.

Setiap bulan, pekerja dan majikan masing-masing mencarum satu peratusan daripada gaji pekerja ke KWSP. Caruman ini kemudiannya masuk ke tabung ayam KWSP yang berbilion jumlahnya, dan kemudian dilaburkan. Macam-macam cara la diorang laburkan tu, supaya duit yang dicarum tidak kekal dalam jumlah yang sama, malah bertambah-tambah.

Kita ni orang Melayu kurang disiplin menabung. Kerajaan dulu-dulu mungkin sedar lah hal ni. Kerja gaji tak seberapa, malas menabung; bila dah tua macam pakcik ni, tak ada sumber pendapatan, melopong tak ada tabungan. KWSP ni lah caranya untuk mengajar kita menyimpan untuk hari tua.

Nak keluarkan boleh, tapi kena beringat. Jangan menyesal kemudian hari. Ada ayam boleh bagi telur setahun, jangan disembelih buat gulai sehari. Dengar la cakap orang tua-tua.

PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP: BIJAK HARI INI, GEMBIRA KEMUDIANBila keadaan sudah mendesak dan kita perlukan sedikit wang unt...
22/11/2020

PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP: BIJAK HARI INI, GEMBIRA KEMUDIAN

Bila keadaan sudah mendesak dan kita perlukan sedikit wang untuk memenuhi keperluan hidup hari ini, pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP merupakan sinar harapan. Namun, ia harus diguna dengan bijak kerana ia akan memberi kesan di masa hadapan.

Kalau boleh, memang kita nak langsaikan sebanyak mungkin hutang-piutang kita serta-merta. Siapa yang nak hidup terbeban? Kalau jadi apa-apa, nanti keluarga kita p**a yang perlu tanggung apa-apa hutang kita yang belum diselesaikan. Tak kiralah kepada bank ke, kepada kawan-kawan atau keluarga. Hutang perlu dibayar, tetapi dalam keadaan ekonomi dan pekerjaan serba tak tentu sekarang, ia sesuatu yang merunsingkan.

Tak peliklah kalau kita ada terfikir untuk mendapatkan sejumlah wang untuk digunakan membayar sebahagian daripada hutang tersebut. Itukan perkara yang bagus? Bila kita dapat segerakan tempoh penyelesaian kita. Kalau kita boleh keluarkan duit daripada akaun 1 KWSP dalam RM9,000, banyak yang boleh settle.

Kita mungkin layak untuk dapatkan jumlah sebanyak itu jika kita mempunyai sekurang-kurangnya RM90,000 dalam simpanan akaun 1 kita. Maksudnya RM9,000 itu 10% dan kurang daripada simpanan untuk hari tua kita. Ia juga bermaksud RM9,000 yang dikeluarkan hari ini akan mengurangkan baki simpanan kita dalam KWSP yang dilaburkan supaya simpanan kita beranak pinak sementara menanti kita menginjak usia senja.

Contohnya, jika p**angan daripada pelaburan KWSP ialah sekurang-kurangnya 4% setahun untuk 30 tahun yang akan datang, RM 90,000 yang kita ada hari ini akan menjadi lebih RM 290,000. Apabila kita keluarkan RM9,000 hari ini, kita akan kehilangan p**angan lebih daripada RM30,000 untuk tempoh yang sama. Kesannya, jumlah wang yang kita ada untuk persaraan akan mengecil.

Jadi, gunakanlah peluang untuk keluarkan simpanan daripada akaun 1 KWSP dengan sebaiknya. Jika kita sedang menghadapi keadaan yang terdesak, dan perlukan wang supaya mampu memenuhi keperluan perbelanjaan hari ini, ia merupakan suatu sinar harapan yang sangat dinantikan. Jika kita mahu gunakan untuk tujuan lain, ketahuilah tindakan kita itu akan ada kesan terhadap diri sendiri di hari tua kelak.

KELUAR WANG AKAUN 1 KWSP: IBARAT MENARIK RAMBUT DALAM TEPUNGBukan senang sekarang ini nak cari duit. Bisnes perlahan, ga...
21/11/2020

KELUAR WANG AKAUN 1 KWSP: IBARAT MENARIK RAMBUT DALAM TEPUNG

Bukan senang sekarang ini nak cari duit. Bisnes perlahan, gaji kena potong, OT? Hmm tak payah sebutlah.

Tak hairanlah kalau semakin ramai yang cuba cari pendapatan sambilan, macam berniaga kecil-kecilan atau buat kerja melalui app seperti Grab dan Foodpanda. Dah bekerja siang-malam macam itu pun, masih tak cukup lagi untuk menampung belanja keluarga.

Maklumlah, kita hidup ini bukan sendiri. Kalau yang berkeluarga, kena beri makan dan susu anak-anak. Tak lupa juga beli kredit internet supaya anak-anak yang bersekolah dapat ikut pengajian dalam talian. Hutang kereta, sewa rumah lagi, semua itu perlu wang.

Orang bujang p**a tidak bererti tiada komitmen. Ramai yang menyara ibu ayah di kampung, dan adik-adik yang masih di kolej. Dalam keadaan sekarang ini, mereka pun bagaikan telur di hujung tanduk. Jika sesuatu berlaku, hilang pekerjaan, kemalangan, atau dihinggap Covid, entah bagaimana nasib mereka nanti.

Siapa sangka angkara Covid, gaji boleh kurang tapi perbelanjaan naik!

Inilah perlunya ada cara untuk dapatkan sedikit wang untuk menampung keperluan hidup, supaya semua komitmen yang ada, baik keluarga, hutang-piutang, dapat dipenuhi. Selain itu, ia elakkan orang daripada meminjam daripada ah long apabila mereka dalam keadaan terdesak.

Pengeluaran wang daripada akaun 1 KWSP merupakan satu langkah pedih tetapi perlu untuk memberi sedikit ruang bernafas kepada mereka yang sudah tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan. Perkhidmatan bernama i-Sinar yang diumumkan minggu lalu sangat berjaga-jaga untuk mengimbangi kesempitan hari ini, dan keperluan kewangan di hari tua.

Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak. Inilah salah satu cara untuk menghadapi suasana yang cukup mencabar ini.

DUIT ANDA DALAM KWSP TAPI IA BUKAN BANKSetiap bulan para pekerja dan majikan masing-masing mencarum sejumlah peratusan d...
21/11/2020

DUIT ANDA DALAM KWSP TAPI IA BUKAN BANK

Setiap bulan para pekerja dan majikan masing-masing mencarum sejumlah peratusan daripada gaji pekerja ke dalam KWSP yang kemudiannya dilaburkan oleh KWSP bagi memulangkan dividen tahunan kepada para pencarum tersebut. Jumlah ini kemudiannya beranak pinak sehingga ke satu tempoh ia boleh dikeluarkan bagi kegunaan hari tua.

Ini kerana Kump**an Wang Simpanan Pekerja ditubuhkan sejak 1959 sebagai sebuah organisasi jaringan sosial yang memegang amanah golongan pekerja untuk mentabdir simpanan hari tua mereka?

Pelaburan KWSP dalam pelbagai bentuk: saham, hartanah, bon kerajaan dan korporat. Ada yang berjangka pendek dan ada yang berjangka panjang, tetapi mereka dipilih supaya memberikan p**angan terbaik kepada KWSP supaya simpanan pekerja Malaysia dapat digandakan.

Oleh itu, KWSP bukanlah sebuah bank di mana para penyimpan boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa. Apabila sejumlah besar wang simpanan pencarum perlu dikeluarkan, KWSP perlu menjual aset-aset pelaburan untuk mendapatkan dana tersebut.

Ini sudah pasti ada kesannya, dan beberapa pakar ekonomi berpendapat ia akan memberi impak negatif kepada pasaran saham, melemahkan matawang ringgit, dividen tahunan yang diterima pencarum, dan paling penting sekali jumlah simpanan untuk belanja hidup di waktu tua pencarum.

MENYESAL TAK SUDAH KALAU TABUNG PERSARAAN KERING BILA TUA NANTITahukah anda bahawa Kump**an Wang Simpanan Pekerja bukanl...
20/11/2020

MENYESAL TAK SUDAH KALAU TABUNG PERSARAAN KERING BILA TUA NANTI

Tahukah anda bahawa Kump**an Wang Simpanan Pekerja bukanlah macam bank. Sebab tu setiap bulan kita disebut mencarum, bukan menyimpan.

Sebagai pemegang amanah, KWSP mempunyai mandat untuk menguruskan caruman bulanan pekerja dan majikan, untuk faedah hari tua anda. Setakat hari ni, KWSP mempunyai seramai 14.8 juta pencarum. Dan caruman bulanan itu dilabur dengan pelbagai cara supaya anda mendapat dividen setiap tahun dan ada simpanan untuk hidup di hari tua.

Jika simpanan anda dikurangkan terlampau banyak atau dikosongkan, anda di usia emas yang akan menerima kesan buruk kerana kekurangan simpanan untuk belanja harian.

Kita orang Melayu jangan jadi bahan untuk orang politik buat main demi kepentingan peribadi. Kita jangan diperkotak-katik. Orang Melayu perlu cerdik, terutamanya dalam bab-bab duit. Jangan bila dengar guruh di langit, habis air di tempayan kita curah. Sudahnya menyesal di kemudian hari.

Address

Balakong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dengar Cakap Orang Tua posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share