18/11/2022
Demokrasi tidak menjamin kejayaan dan kesejahteraan negara tanpa dua prinsip asas.
Pertama. Rakyat perlu bijak membuat pilihan parti mana yang patut disokong sehingga dapat mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil dan boleh menjamin kelangsungan pentadbiran bagi tempoh ditetapkan.
Kestabilan dan kelangsungan inilah yang membawa kepada perancangan dan pelaksanaan kedua-dua pembangunan dan kebajikan.
The developmental planning, welfare provision and actual delivery of results require a stable and competent Government in place.
Kedua. Kerajaan yang dipilih semestinya yang mempunyai visi yang jelas dan berinspirasi, mampu mentadbir dengan kepimpinan yang dinamik, berintegriti dan berkesan.
Wajarlah kita mengingatkan diri betapa besar risiko dan betapa besar kesannya kita buat pilihan berdasarkan sentimen yang dimainkan.
Orang politik waktu mereka sedang menuntut jawatan dan meraih sokongan masa berkempen, macam-macam boleh janjikan.
Malah ada ahli politik yang digelar "YB ini apa pun jawab boleh boleh".
Tentu sekali penipuan skala besar PRU14 masih segar dalam ingatan kita dan kita sebagai pengundi mesti mempelajari apa yang telah berlaku supaya pisang tidak berbuah dua kali.
Apapun yang didambakan kepada rakyat mesti dinilai berpaksi kepada realiti dan sama ada mampu dilaksanakan oleh kerajaan nanti.
Kini isu terbesar adalah bagaimana kita mampu menangani cabaran inflasi dan tekanan ekonomi negara yang terkesan kerana persekitaran ekonomi global.
Bertambah p**a dengan risiko geopolitik yang semakin merbahaya.
Kita juga sudah tentu tidak mahu ketinggalan berbanding dengan negara-negara jiran kita.
Jika Laos dan Indonesia sudah mempunyai High Speed Train tapi kita tidak, walhal Malaysia yang memulakan rundingan dengan melaksanakan projek High Speed Rail di antara KL dan Singapura lebih awal lagi.
Jika BN tidak tewas dalam PRU14 pada tahun 2018, projek HSR ini akan siap dalam masa 3 tahun lagi.
Ia pasti akan menjadi Game Changer dan pemangkin kepada ekonomi Malaysia ke arah negara maju.
Tetapi tidak kesampaian.
Kita terkapai-kapai tanpa halatuju, berdendam berbalah tidak berkesudahan, berpolitik dalam dasar-dasar sehingga membawa kegagalan.
Kita hanya mampu berdukacita, bersedih merenung visi dan agenda pembangunan untuk Malaysia hancur berkecai akibat peralihan kuasa pada tahun 2018.
Kerana dendam kesumat semua rancangan yang baik telah dibatalkan atau diubah skop dan ada juga yang tak diteruskan sehingga mati disekerat jalan.
Sedangkan dasar-dasar, inisiatif-inisiatif dan projek-projek yang diusahakan dahulu diakui baik oleh pakar-pakar bidang malah oleh ahli-ahli politik pentadbiran seterusnya.
Hanya kerana memenuhi keperluan naratif politik, menyuburkan benih kebencian dan dendam yang ditanam terhadap insan bernama Najib Razak.
Malang seribu malang. Yang menjadi mangsa, kebajikan semua.
Susah hati kita membayangkan perancangan besar BN tidak dapat diteruskan.
We had a very good plan and we were on track to achieve greater success.
Bayangkan negara Malaysia yang mungkin dapat kita rasai hari ini. BRIM yang dijanjikan pada kadar RM2,000 pada tahun 2018, bantuan untuk petani, pekebun dan nelayan tentu lebih tinggi lagi hari ini.
Bayangkan juga. Kawasan Felda dapat kita terus majukan, penjawat awam dapat kenaikan gaji khas pada 2018 dan gaji mereka pasti lebih tinggi hari ini.
Dan boleh dirujuk kembali track rekod kita, pengumuman dasar kita.
Cukai pendapatan dan cukai korporat dikurangkan tahun demi tahun, dan diyakini akan dapat dikurangkan secara berperingkat lagi.
Ditambah p**a dengan projek perumahan rakyat, penjawat awam dan projek PR1MA diperkasakan, UTC, RTC dan Klinik Rakyat 1Malaysia diperluaskan, projek infrarakyat seperti LRT3, ECRL, MRT3 dan HSR dapat diusahakan dan disiapkan mengikut ketetapan masa, Pan Borneo Highway siap dan Central Spine Road lebih maju pembinaannya, masalah legasi seperti bayaran tol dapat diselesaikan dan dimansuhkan, mengatasi masalah bekalan air dan meningkatkan fokus terhadap projek tebatan banjir.
"KESTABILAN DAN KEMAKMURAN"
"BN MENANG RAKYAT SENANG"