RISDA Daerah Perak Tengah/Kinta

  • Home
  • RISDA Daerah Perak Tengah/Kinta

RISDA Daerah Perak Tengah/Kinta PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

13/06/2026

"๐’๐ž๐ฌ๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ก๐ง๐ฒ๐š ๐ค๐š๐ฆ๐ข ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š-๐๐ฒ๐š ๐ค๐š๐ฆ๐ข ๐ค๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐ข."
(๐’๐ฎ๐ซ๐š๐ก ๐€๐ฅ-๐๐š๐ช๐š๐ซ๐š๐ก: ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ”)

Seluruh Warga Kerja RISDA merakamkan ucapan takziah kepada YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA serta seluruh ahli keluarganya di atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Hajah Ngainon binti Haji Kasmoin pada awal pagi ini.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-fatihah.

KAMPAR, 10 Jun 2026 โ€“ Satu program Taskforce Kebun telah dilaksanakan di kawasan TSB Sungai Peria, Kg Sahom,  melibatkan...
10/06/2026

KAMPAR, 10 Jun 2026 โ€“ Satu program Taskforce Kebun telah dilaksanakan di kawasan TSB Sungai Peria, Kg Sahom, melibatkan kakitangan Pejabat RISDA Stesen bagi mengenal pasti lot-lot kebun yang berpotensi untuk diusahakan dan dibangunkan.

Turut hadir dalam program ini ialah Puan Nurul Haulah binti Miswan, Pegawai RISDA Daerah Perak Tengah/Kinta, bagi meninjau pelaksanaan aktiviti serta mendapatkan maklumat berkaitan keadaan semasa kebun di kawasan terlibat.

Melalui pelaksanaan taskforce ini, usaha mengenal pasti potensi pembangunan kebun dapat dijalankan dengan lebih berkesan, sekali gus membantu memastikan tanah pertanian dimanfaatkan secara optimum demi meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan pekebun kecil.

๐Ÿš› Belian Getah Bergerak RPSB singgah di Tg Blanja.Alhamdulillah, urusan belian getah skrap pada 10 Jun 2026 berjalan lan...
10/06/2026

๐Ÿš› Belian Getah Bergerak RPSB singgah di Tg Blanja.

Alhamdulillah, urusan belian getah skrap pada 10 Jun 2026 berjalan lancar dengan jumlah belian sebanyak 814 kg pada harga RM3.75/kg.

Terima kasih kepada pekebun yang terus memberi sokongan dan kerjasama. Semoga inisiatif belian bergerak ini dapat memudahkan urusan pemasaran hasil serta membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

๐Ÿ“ Tg Blanja
โš–๏ธ Jenis Getah: Skrap
๐Ÿ“ฆ Berat Belian: 814 kg
๐Ÿ’ฐ Harga Belian: RM3.75/kg

08/06/2026

Alhamdulillah! Jualan Kelompok RISDA Daerah Muar/Tangkak pada 4 Jun 2026 bukan sahaja mencatatkan jualan tertinggi untuk tahun ini, malah merupakan ๐‘๐„๐Š๐Ž๐ƒ ๐“๐„๐‘๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ sepanjang Depo Kg. Kenangan, Gemeh ini beroperasi sejak tahun 2023!

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pekebun kecil atas komitmen padu dan barisan Jawatankuasa kerana terus setia serta percaya dengan potensi tanaman getah ini. Kejayaan ini adalah hasil usaha keras kita bersama! ๐Ÿค

๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ด ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฐ, ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐‘ผ๐‘จ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ผ๐‘ต๐‘ป๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ถ๐‘ฒ!








๐Ÿ“ข BELIAN GETAH HARI INI oleh RPSB๐Ÿ—“๏ธ 8 Jun 2026 (Isnin)๐Ÿ“ DPL Bukit Pekan๐Ÿฅ› Lateksโš–๏ธ Jumlah Belian: 4,344.50 kg๐Ÿ’ฐ Harga: RM9...
08/06/2026

๐Ÿ“ข BELIAN GETAH HARI INI oleh RPSB

๐Ÿ—“๏ธ 8 Jun 2026 (Isnin)

๐Ÿ“ DPL Bukit Pekan

๐Ÿฅ› Lateks
โš–๏ธ Jumlah Belian: 4,344.50 kg
๐Ÿ’ฐ Harga: RM9.20/kg

๐ŸŒณ Skrap
โš–๏ธ Jumlah Belian: 351.40 kg
๐Ÿ’ฐ Harga: RM3.90 โ€“ RM4.70/kg

Terima kasih kepada semua pekebun yang terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada RPSB. Semoga hasil yang diperoleh hari ini membawa keberkatan dan manfaat kepada seluruh warga pekebun.

31/05/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐ƒ๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎ, ๐๐š๐ฒ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi. ๐Ÿ‘‘๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semoga Tuanku dikurniakan kesejahteraan, keafiatan dan terus memayungi rakyat serta negara dengan penuh kedaulatan. Daulat Tuanku!

30/05/2026
Belian Getah Bergerak RPSB di Pekan Bota Kanan kali ini merekodkan belian 98.30kg getah skrap dengan harga RM4.30/kg ๐Ÿ’ฐBi...
26/05/2026

Belian Getah Bergerak RPSB di Pekan Bota Kanan kali ini merekodkan belian 98.30kg getah skrap dengan harga RM4.30/kg ๐Ÿ’ฐ

Bila perkhidmatan datang lebih dekat, urusan pekebun pun jadi lebih mudah. Semoga terus memberi manfaat dan membantu menambah pendapatan pekebun kecil ๐ŸŒฑ

26/05/2026

Address

LOT. 10, MUKIM BOTA

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA Daerah Perak Tengah/Kinta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share