Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar

  • Home
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar

Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ Kangar, 12 Jun 2026 โ€“ Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, DSP Rosmizan bin Abdul Waha...
13/06/2026

๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ

Kangar, 12 Jun 2026 โ€“ Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, DSP Rosmizan bin Abdul Wahab, hadir Aktiviti Sukan Mingguan IPD Kangar yang berlangsung di Dewan Pavilion IPD Kangar, Perlis.

Aktiviti pada petang ini merupakan anjuran Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kangar dengan pengisian aktiviti senam tari poco-poco yang bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Polis IPD Kangar.

Aktiviti ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Polis IPD Kangar dalam membudayakan amalan hidup sihat, di samping memperkasakan tahap kecergasan, disiplin dan kesiapsiagaan warga pasukan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Selain itu, aktiviti ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerja berpasukan serta memperkukuhkan kesejahteraan mental dan fizikal dalam kalangan pegawai, anggota serta pegawai awam Polis IPD Kangar.

Turut hadir ialah Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Pegawai-pegawai Rendah Polis serta Pegawai-pegawai Awam Polis IPD Kangar.




๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ฅKangar, 11 Jun 2026 โ€“ Sebagai tanda keprihat...
11/06/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ

Kangar, 11 Jun 2026 โ€“ Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral terhadap warga pasukan yang diuji dengan masalah kesihatan, satu lawatan kebajikan telah diadakan ke atas pegawai kanan polis, DSP Abdul Ruslan bin Azizan, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Kangar, di kediaman beliau di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, hari ini.

Lawatan tersebut diketuai oleh YDH ACP Yusharifuddin bin Mohd Yusop, Ketua Polis Daerah Kangar bersama YBhg. Puan Nor Khamishah binti Osman, Pengerusi PERKEP Daerah Kangar. Kehadiran mereka adalah bagi menziarahi DSP Abdul Ruslan yang sedang menjalani pemulihan pembedahan selepas mengalami jangkitan kuman baru-baru ini.

Lawatan ini mencerminkan keprihatinan dan semangat kekeluargaan yang sentiasa diterapkan dalam organisasi PDRM. Dalam kesempatan tersebut, YDH Ketua Polis Daerah Kangar dan YBhg. Pengerusi PERKEP Daerah Kangar turut meluangkan masa bertanya khabar serta memberikan kata-kata semangat agar beliau terus tabah, kuat dan sabar dalam menghadapi ujian kesihatan yang dihadapi.

YDH Ketua Polis Daerah Kangar turut menzahirkan harapan agar DSP Abdul Ruslan bin Azizan diberikan kesembuhan yang berpanjangan serta dapat kembali menjalankan tugas seperti sediakala dalam keadaan sihat dan cergas.

Sebagai tanda ingatan dan sokongan moral, YDH Ketua Polis Daerah Kangar turut menyampaikan sumbangan ikhlas berupa bakul buah dan sumbangan peribadi kepada DSP Abdul Ruslan bon Azizan. Sumbangan tersebut diharapkan dapat memberikan sedikit keceriaan serta mencerminkan rasa prihatin dan kebersamaan warga IPD Kangar terhadap beliau dan keluarga.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah DSP Rosmizan bin Abdul Wahab, Pemangku Timbalan KPD Kangar, ASP Suhaimi bin Awang (KBPJKKD), Insp Mohd Irwan bin Mohamad Sani (KPB Kangar), Insp Rosmawati binti Mat Nor (Insp Pentadbiran), Insp Rafiatul Azni (Insp Perkhidmatan/Perjawatan), Insp Nur Farahin binti Mohd Rahim (Insp Pelesenan), Sjn Nik Rohaya binti Nik Abdullah (KC Kebajikan), Kpl Siti Yasmin binti Shuib (Cawangan HEA/HEPP), Kpl Khairul Anuar bin Robani (Cawangan Kebajikan), Kpl Ali bin Mohamed (Cawangan Latihan), PF Fadhlina binti Zainal (Pengurusan), PF Amerrizal bin Amdan (Pengurusan) serta Ustaz Mohamad Munif bin Mohd Tajudin.

Semoga DSP Abdul Ruslan bin Azizan terus diberikan kekuatan, ketabahan dan kesembuhan yang sempurna serta dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh pemulihan beliau.





๐Ÿšจ SCAM QR & OTP SEMAKIN BERLELUASA ๐ŸšจMereka menyamar sebagai โ€œpegawai rasmiโ€ Boost, Shopee, Grab, SPayLaterโ€ฆ๐Ÿ‘‰ Nampak legi...
11/06/2026

๐Ÿšจ SCAM QR & OTP SEMAKIN BERLELUASA ๐Ÿšจ
Mereka menyamar sebagai โ€œpegawai rasmiโ€ Boost, Shopee, Grab, SPayLaterโ€ฆ
๐Ÿ‘‰ Nampak legit, tapi sebenarnya ia adalah perangkap ๐Ÿ˜ˆ

โš ๏ธ Modus Operandi: antaranya nak โ€œUpgrade akaunโ€, โ€œNaikkan limitโ€, โ€œPengesahan keselamatanโ€
๐Ÿ‘‰ Lepas tu suruh: ๐Ÿ“ท Scan QR & ๐Ÿ”ข Bagi OTP

โ— HAKIKAT SEBENAR:
QR = akses akaun anda
OTP = kunci penuh akaun anda

โฑ๏ธ SEKIRANYA BOCOR? Dalam sekelip mata saja:
๐Ÿ’ธ Duit dalam akaun atau e-wallet anda akan lesap;
๐Ÿ“‰ Transaksi berlaku tanpa kita sedar atau kebenaran;
๐Ÿ“Š Hutang meningkat;
๐Ÿ” Akaun kita diambil alih & Risiko menjadi keldai akaun sangat tinggi.

๐Ÿ›‘ INGAT INI:
โŒ Jangan scan QR dari call / WhatsApp / SMS dari sumber yang tidak dikenali;
โŒ Jangan kongsi OTP dengan pihak ketiga;
โŒ Syarikat yang sah TAK AKAN minta OTP.

Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

๐Ÿšจ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.


INFO NARKOTIKRamai yang terjebak bukan kerana mahu rosakkan hidup.Mereka bermula dengan satu alasan yang sama.โ€œAku cuma ...
10/06/2026

INFO NARKOTIK

Ramai yang terjebak bukan kerana mahu rosakkan hidup.

Mereka bermula dengan satu alasan yang sama.

โ€œAku cuma nak cuba sekali.โ€

Tetapi apa yang jarang difikirkan ialah apa yang berlaku selepas itu.

Bagaimana jika satu keputusan hari ini menyebabkan impian yang dibina bertahun-tahun musnah?

Bagaimana jika peluang melanjutkan pelajaran hilang?

Bagaimana jika keluarga yang selama ini percaya mula kecewa?

Bagaimana jika suatu hari nanti, ketika rakan-rakan sedang membina kerjaya dan keluarga, kita masih bergelut untuk membina semula kehidupan yang pernah runtuh?

Dadah sintetik hari ini bukan lagi seperti dahulu.

Ia sentiasa berubah, muncul dalam bentuk dan nama baharu, malah ada yang disalahgunakan melalui medium seperti v**e.

Jangan biarkan rasa ingin tahu menentukan masa depan anda.

Kerana masa depan yang hilang akibat dadah bukan berlaku dalam sehari, tetapi bermula dengan satu pilihan yang salah.

๐Ÿšซ Jangan cuba.
๐Ÿšซ Jangan terpedaya.
๐Ÿšซ Jangan jadi mangsa.

๐Ÿ“ข Dadah Membawa Padah. Pencegahan Bermula Dengan Kesedaran.

Sumber : Facebook AADK JOHOR

08/06/2026

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS KESAN โ€œBOOKIEโ€ PROMOSI JUDI PIALA DUNIA DI MEDIA SOSIAL

Kuala Lumpur, 8 Jun 2026 - Sindiket aktiviti pertaruhan atau โ€œbookieโ€ haram dikesan mencari pelbagai kaedah mempromosi judi sempena Piala Dunia 2026 termasuk trend menjadikan pempengaruh (influencer) media sosial untuk mempromosikan kegiatan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, jika dahulu pertaruhan tertumpu kepada kaedah konvensional (bookie fizikal), namun data semasa menunjukkan aktiviti kali ini akan beralih hampir 90 peratus kepada platform digital (perjudian dalam talian) yang membolehkan pertaruhan dibuat 24 jam sehari tanpa sempadan fizikal.

Menurutnya, sindiket lazimnya menggunakan iklan dan promosi yang menarik dengan menjanjikan promosi yang menjanjikan pulangan lumayan, bonus pendaftaran, kredit percuma serta kemudahan pertaruhan secara langsung semasa perlawanan berlangsung.

"Mereka turut mengguna media sosial, aplikasi pesanan dan laman sesawang tertentu bagi menarik pelanggan baharu.

"Polis Diraja Malaysia turut menyedari trend menjadikan pempengaruh (influencer) media sosial untuk mempromosikan aktiviti haram ini di laman-laman media sosial," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

DAULAT TUANKUMerafak Sembah Setinggi-Tinggi Ucapan TahniahDuli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Teng...
06/06/2026

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid,
Raja Perempuan Perlis

Sempena Ulang Tahun Keputeraan

Pada 6 Jun 2026 bersamaan 20 Zulhijjah 1447 Hijrah

Semoga Allah S.W.T lanjutkan usia DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis

Sembah Takzim Daripada:
YDH ACP Yusharifuddin bin Mohd Yusop, Ketua Polis Daerah Kangar bersama YBhg. Puan Nor Khamishah binti Osman, Pengerusi PERKEP Daerah Kangar serta seluruh warga PDRM IPD Kangar.

Merafak Sembah Dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah.Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis Datoโ€™ Seri Diraja Datin P...
05/06/2026

Merafak Sembah Dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah.

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis Datoโ€™ Seri Diraja Datin Paduka Hajah Sharifah Fazira binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-53.

Pada 5 Jun 2026 bersamaan 19 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim Daripada:
YDH ACP Yusharifuddin bin Mohd Yusop, Ketua Polis Daerah Kangar bersama YBhg. Puan Norkhamishah binti Osman, Pengerusi PERKEP Daerah Kangar serta seluruh warga PDRM IPD Kangar

๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ  ๐—™๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—œ๐—•๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ6๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘น, 05 Jun 2026โ€“ Aktiviti Fitik Ibu Pejabat Polis Daerah K...
05/06/2026

๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—™๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—œ๐—•๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ6

๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘น, 05 Jun 2026โ€“ Aktiviti Fitik Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar telah diadakan bertempat di Kawasan Ruang Pejabat dan Luar Pejabat Bahagian / Cawangan dan Balai-Balai (Balai Polis Kangar, Balai Polis Trafik, Balai Polis Kuala Perlis, Dan Balai Polis Simpang Empat IPD Kangar).

Fitik pada kali ini menitikberatkan aspek kebersihan luar dan dalam pejabat di setiap Bahagian dan Balai masing-masing dalam usaha menggalakkan dan melahirkan kesedaran semua warga IPD Kangar tentang pentingnya menjaga kebersihan kawasan tempat kerja. Malah aktiviti seperti ini dapat mengekalkan tahap kebersihan IPD Kangar.



๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก (๐—Ÿ๐——๐—ฃ) - ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—ฆ, ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKangar,  04 Jun 2026 (Khamis) - Satu LDP  Pengurusa...
04/06/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก (๐—Ÿ๐——๐—ฃ) - ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—ฆ, ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Kangar, 04 Jun 2026 (Khamis) - Satu LDP Pengurusan Stress telah diadakan bertempat di Dewan Pavilion IPD Kangar, Perlis hari ini.

Penceramah jemputan Insp Dr Alida bt Ali dan En Muhamad Zulhusni b. Amirulmominin dari Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standart,IPK Perlis.

Objektif LDP ini adalah untuk memberi kefahaman berkaitan punca dan kesan stres, meningkatkan kemahiran mengurus tekanan dalam persekitaran kerja, memupuk keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadi dan meningkatkan motivasi serta kesejahteraan mental warga IPD Kangar.

Dalam LDP ini penceramah telah menyampaikan ceramah berkaitan pengenalan stres, faktor penyumbang kepada tekanan kerja, kesan stres terhadap kesihatan serta teknik pengurusan stres yang berkesan.

Selain itu, peserta turut diberikan peluang untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman berkaitan cabaran tugas harian dengan penceramah jemputan tersebut.

Turut sama hadir , Insp Rosmawati binti Mat Nor, Inspektor Pentadbiran, Insp Rohaizat bin Ismail, Cawangan Khas, Pegawai Pangkat Rendah dan Pegawai Awam Daerah Kangar.








03/06/2026



TIP MENDAKI GUNUNG ATAU BUKIT

Aktiviti mendaki bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, malah memerlukan disiplin, pengetahuan dan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri serta alam sekitar.

Persediaan yang rapi, pematuhan kepada peraturan serta penggunaan peralatan yang sesuai dapat membantu mengurangkan risiko sepanjang pendakian.

Ikuti infografik yang disediakan sebagai panduan sebelum, semasa dan ketika berdepan situasi kecemasan di laluan pendakian. Ingat, langkah kecil boleh menyelamatkan nyawa anda dan pendaki yang lain. ๐Ÿ”๏ธ๐ŸŒฟ

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik โ€˜Likeโ€™ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#02062026

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar

01000

Telephone

+6049082222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share